PAGE
▼
Khamis, November 25, 2010
Bahagian tubuh suami dilarang sentuh
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama BG tak masukkan entry kategori 18SX. Sempena musim hujan yang sedang melanda, hari ini ada entry specel untuk pengunjung belog. Bacaan entry cuma sesuai untuk pasangan suami-isteri sahaja.
Lelaki memang sangat menyenangi sentuhan lembut atau belaian daripada pasangannya terutama sekali ketika mahu mengadakan hubungan intim. Sentuhan-sentuhan lembut isteri inilah yang akan membangkitkan ghairah seksnya.
Namun begitu ketika isteri asyik membelai suami, mereka harus beringat bahawa tidak semua bahagian tubuh suami anda boleh disentuh dan dirangsang. Ada bahagian pada tubuhnya yang dilarang untuk dibelai oleh tangan isteri. Sentuhan di bahagian tersebut membuatkan mereka berasa kurang selesa. Silap hari bulan boleh membantutkan mood untuk bercinta. Oleh itu penting untuk para isteri mengetahui bahagian terlarang di tubuh suami. Laman-Seri kali menerangkan bahagian-bahagian tubuh suami yang dilarang untuk disentuh.
1. Kepala
Apakah pasangan anda mempunyai rambut yang sedikit? Cenderung botak, atau keduanya sekali? Atau, apakah dia sering menutupi kepalanya kerana tidak selesa dengan rambutnya yang keriting halus itu? Sebagai isteri anda dituntut untuk memahami dan sedar dengan sensitivity suami. Pasangan anda mungkin berasa malu dengan keadaannya. Ini juga menandakan si dia tidak, atau kurang suka kalau anda mengusap, atau membelai kepala dan ubun-ubunnya. Mengusap dan meraba bahagian kepalanya yang botak misalnya kemungkinan besar akan mengurangkan ghairahnya
2. Cuping telinga
Tiada masalah sekiranya anda tertarik dengan telinga suami yang lucu, comel atau capang. Tapi jangan terus tergiur lalu membelainya. Sentuh sedikit dulu dan lihat reaksi. Jika suami menepis, jangan teruskan lagi sentuhan sebaliknya alihkan saja ke bahagian tubuhnya yang lain. Suami mungkin ada alasan tersendiri mengapa bahagian ini tidak selesa disentuh. Lihat saja pada diri anda sendiri, pasti ada bahagian-bahagian tertentu di tubuh anda yang membuat kurang senang jika disentuh atau distimulasi.
3. Perut buncit
Jangan main-main dengan bahagian tubuh suami yang satu ini. Suami boleh tersinggung atau malah marah-marah jika kekurangan di tubuhnya dibelai-belai apa lagi dirangsang oleh pasangannya. Perlu diketahui lelaki biasanya lebih 'paranoid' berbanding wanita sekiranya berbicara soal perutnya buncitnya. Maka tidak hairanlah jika suami akan tersinggung jika anda meraba-raba perutnya yang sudah seperti wanita hamil enam bulan itu.
4. Punggung
Siapa kata lelaki tidak malu jika isteri mengelus atau meraba bahagian punggungnya. Sebahagian besar lelaki sebenarnya tidak suka bahagian yang satu ini disentuh oleh pasangannya ketika bercinta. Mereka memang suka melihat dan mengelus punggung isteri tapi perkara yang sama jangan dilakukan kepada mereka.
Maklumlah, sekarang musim suami mengamuk, jadi diharapkan entry kali ini memberi manafaat kepada para isteri.
Jumpa lagi di lain entry!
hahaha...lawak2...
BalasPadamsuami saya memiliki perut yang buncit. Saya sangat suka cucuk-cucuk dan belai-belai peruttnya itu. Dia pun okey jer.xde rasa kekurangan
BalasPadam