PAGE
▼
Jumaat, Februari 04, 2011
Agar suami sentiasa ‘menginginkan’ anda
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Lama sungguh Laman-Seri tidak mengupdate entry label 18SX. Sempena cuti CNY yang panjang hingga hujung minggu dan kebetulan di luar sana tengah hujan (area Shah Alam ek!), elok sangatlah BG masukkan entry sedikit 'hot' untuk malam ini.
Jika merasakan hubungan seks bersama pasangan semakin hambar, maka ambillah tindakan segera. Namun, janganlah hanya mengharapkan suami mengambil inisiatif tersebut, anda sebagai isteri harus memainkan peranan.
Kehidupan seks yang kurang hangat ini akan kembali terangsang jika isteri tahu strategi mengambil hati dan merangsang suami. Malah jika panduan di bawah ini dipraktikkan tidak mustahil suami akan sentiasa mengingati anda dan mendambakan diri anda setiap malam.
1. Jemput suami pulang
Kalau biasanya anda dijemput oleh suami dari pejabat, tak salahnya jika kali ini giliran anda yang datang menjemputnya pulang. Abaikan saja kemungkinan cakap-cakap suami yang berkata ‘ada udang di sebalik batu’.
Sebaliknya tumpukan perbualan anda dalam perjalanan pulang dengan membicarakan kisah percintaan dengannya. Imbas saat pertama kali anda berdua dengannya.
Tanya tempat-tempat romantis yang biasa anda kunjungi berdua. Dalam pada itu pancinglah suami mengungkapkan isi hatinya di waktu malam pertama atau kali pertama dirinya mengucup bibir anda. Kenangan indah ini mampu membangkitkan hasrat suami untuk segera mengulanginya.
2. Berikan dirinya ketenangan
Sesampai di rumah, buat suami berasa tenang. Sediakan air dan juga hidangan untuk dirinya. Biarkan dia berehat seketika tanpa gangguan. Setelah itu aturlah strategi anda sendiri. Minta dirinya menuruti permintaan anda tanpa banyak pertanyaan.
Tarik tangannya dan bawakan ke kamar. Berikan belaian dan usapan yang memang didambakan oleh seorang lelaki. Iringi dirinya ke ranjang dan selanjutnya terserahlah pada diri anda.
3. Cari kelainan
Inisiatif isteri memulakan langkah untuk hubungan seks sebenar adalah salah satu cara untuk membuang rutin yang turut menjadi penyebab pudarnya hasrat seksual. Membuang rutin yang biasa anda lakukan sehari-hari mampu memperbaiki variasi seksual yang akan anda jalani.
Selain daripada mengajak suami untuk hubungan seksual, ada banyak lagi langkah yang boleh dilakukan. Sebagai contoh, jika selama ini anda kerap menonton televisyen pasangan sebelum tidur, ada baiknya anda mencuba kelainan seperti mengajaknya keluar rumah dan duduk di pekarangan sambil makan ais krim. Itu semua boleh dilakukan sebagai variasi dari rutin anda selama ini.
Paling penting apa pun yang anda lakukan haruslah keluar dari kebiasaan. Pakar seksual barat selalu menyarankan variasi itu tidak hanya dilakukan ketika berhubungan seks tapi juga sebelum acara seks dimulakan.
Perlu juga diingat bahawa, aktiviti hidup yang sama dan membosankan adalah salah satu sebab terjadinya keretakan dalam rumah tangga, meskipun peratusannya jauh lebih rendah dibandingkan dengan sebab hadirnya orang ketiga.
Selamat mencuba!
Rujukan : MW#1409
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...