PAGE

Jumaat, Februari 04, 2011

Oh! Abang misai...

Ken Wahl a.k.a. Wise Guy (Vinnie Terranova) dengan misai serabai tapi nampak 'macho'


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pasangan anda bermisai? Jika anda masih solo, cuba lihat ayah atau abang atau adik lelaki anda. Adakah mereka bermisai? Apa pendapat anda tentang lelaki bermisai? Nampak comot eh..?? Hik.. hik... Jangan marah. Sama jugalah dengan lelaki berimej botak, lelaki bermisai juga, jika kena gayanya akan nampak segak bergayanya dan 'macho'. Tapi, kan... kalau silap gaya, akan tampil comot, tidak mustahil tampak gatal! Heh... heh...

Species ini juga ada misai


Syyhhh... jangan tergelak dengan isu kali ini. Sekadar ingin dijadikan santapan ringan, bahan santai pembaca pada hari Jumaat. Abang bermisai atau tidak bermisai, yang mana satu menjadi pilihan kebanyakan wanita masa kini? Baik lelaki mahupun wanita, masing-masing ada cita rasa dan ciri tersendiri mencari teman rapat juga pasangan hidup.

Hakikatnya, rupa paras tidak menjadi persoalan sebaliknya hati budi menjadi pertaruhan. Tetapi, sebelum hati budi dikenali, biasanya mata akan 'scan' kulit luar dahulu. Macam kita pilih buah-buahan atau ikan-ikan di pasar. Tentu tengok keadaan luarannya dahulu, betul tak? Begitu jugalah bila melihat orang manusia di hadapan kita. Ya, pandangan mata membawa ke hati. Biasanya, paras rupa yang diteliti.

Johnny Depp bermisai kemas


Tom Selleck begitu sinonim dengan misai tebalnya


Abang bermisai pelik, macamana tidur ya?


Sesetengah wanita tidak boleh menerima lelaki yang bermisai lebat, berjanggut serta berjambang. Mungkin rimas katanya. Ada juga wanita yang alergik dengan misai dan jambang, kulitnya langsung gatal-gatal diserang ruam... Ada pula yang berpendapat lelaki bermisai seakan tampil wajah lebih tua berusia apatah lagi penampilan agak selekeh berbanding si lelaki yang tidak bermisai. Betulkah tanggapan itu?

Tidak kurang juga masih ada juga wanita yang suka melihat dan tidak kurang mencintai lelaki yang memiliki bulu lebat antara bawah hidung dan atas bibir selain menyimpan bulu pada bahagian tepi pipi atau dipanggil jambang. Ada yang berpendapat lelaki bermisai itu kelihatan lebih macho, bergaya dan segak. ‘Abang-abang’ katanya...”

Apa kata mereka?

Nazihah Ghapor : "Saya agak 'kureng' (tidak suka) sikit dengan lelaki bermisai. Not really my taste. Pada saya, lelaki yang tidak bermisai akan nampak lebih kemas. Tetapi, ia tidak bermaksud kalau yang bermisai, mereka tak kemas, cuma kena pandai menjaga personaliti dan penampilan dengan 'trim' (merapi) misai untuk tampak lebih kemas."

Wong WaiQuan : "Sesetengah kawan lelaki saya yang tidak bermisai, mereka nampak 'very boyish' (kebudak-budakan). Yang bermisai pula, orang menganggap mereka serius terutama apabila pergi mesyuarat untuk perbincangan perniagaan."

Shereena Saini : "Lelaki bermisai, nampak kelakar, adakala macam lelaki gatal. Kita tidak tahu jika mereka bersihkannya dengan betul atau tidak selepas makan terutamanya yang bermisai panjang. Jika tidak pandai jaga dengan baik, ianya akan nampak serabai."

BG : "You'd better shave or ..."

Sama ada bermisai, berjanggut dan berjambang, ia juga bergantung kepada hormon seseorang kerana tidak semua lelaki bertuah memilikinya. Ada yang tidak bermisai dan berjambang tetapi berusaha untuk memiliki aset berkenaan dengan membuat pelbagai jenis rawatan seperti menanam misai. Mungkin mereka berpendapat ia dapat menambah ketampanan dan ‘kejantanan’ seseorang.

Ken Wahl tampil macho tanpa misai


Tan Sri P Ramlee


Paling kurang pun berkumis saja sudah cukup tampan dan menawan hati seperti pelakon legenda terkenal, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Namun, pelbagai pandangan yang diterima mengenai lelaki bermisai atau tidak. Ikut kata pepatah `tepuk dada, tanya selera’, pilihan di tangan anda.




Ubah-suai dari : BHarian 21/01/2011

1 ulasan:

  1. misai n janggut boleh bela.. tapi kena trim kasi macho sikit..hehe

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...