PAGE

Ahad, Februari 06, 2011

Ujub zaman moden


Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,

Petang tadi, BG berkesempatan menjenguk blog yang diuar-uarkan popular di kalangan blogger, BenAshaari. Maaf, saya tidak mengenalinya, kerana masih baru dalam arena blogging dan yang sebenarnya, tak punya masa yang cukup untuk terjah ke sana terjah ke sini, kecuali blog yang tersenarai di 'Mutakhir dari Bloglist', blogger lain yang menyelitkan komen dan entry terkini di blog rakan yang tersenarai dan kadang-kala blog rakan-rakan yang berkesempatan meninggalkan komen di 'shoutbox'.

Selepas membaca kisah blogger yang dipetik oleh BenAshaari di blog-pilihan-hari-ini, saya terus teringat satu artikel yang pernah saya baca di akhbar iLUViSLAM yang mengupas satu penyakit hati yang dipanggil 'ujub'. Oh... Tak popular pun tidak mengapa, asalkan tidak dihinggapi penyakit hati yang berbahaya ini, nauzubillah...

Sebetulnya, entry ini bukanlah kes saja-saja hendak cari publisiti atau saja-saja hendak provoke bloggers atau sesiapa saja, cuma entry yang dimasukkan ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri, diri saya sendiri, diri saya sendiri dan rakan-rakan bloggers lain yang ingin ambil manafaat darinya.

Kita selalu dengar tentang ujub. Ujub adalah suatu penyakit hati yang bermaksud takjub dengan diri sendiri. Ujub merupakan titik tolak kepada penyakit hati yang lebih besar seperti riak (menunjuk-nunjuk) dan takabbur (membesarkan diri sendiri). Sifat-sifat ini tidak layak ada pada manusia.

Hanya Allah SWT sahaja yang layak memiliki sifat ini kerana Allah-lah yang mencipta sekalian alam dan pemilik segala kekuatan. Maka, tidak salah bagi Allah SWT untuk merasakan diri-Nya hebat, menunjuk-nunjuk kehebatan-Nya, dan mengagungkan diri-Nya.

Manusia yang ujub merasakan dirinya hebat. Contohnya, seseorang itu berasa ujub apabila dia berdoa lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sujud lebih lama daripada orang lain, berasa ujub apabila sedekahnya lebih banyak daripada orang lain. Mudah cerita, bisikan yang terlintas di hati berbunyi seperti, "Uishh... aku sujud lebih lama daripada dia...".

Perkembangan pesat teknologi di zaman ini menjadikan penyebab penyakit hati juga turut maju selaras dengan perkembangan semasa. Penyakit hati ini akan meresap bersama-sama pesakit dan mengikuti perkembangan dunia. Berikut merupakan sedikit sebanyak contoh-contoh ujub atau riak yang telah wujud di zaman moden.



1. Blog dan 'Followers'

Kebiasaannya perkara ini hanya menimpa di kalangan blogger. Sebab apa, ya? Sebab kebanyakan blog ada meletakkan 'followers' di blog masing-masing, termasuklah yang memasukkan entry ini (rujuk 'geng saya'). Mereka ini berisiko untuk merasa diri hebat apabila ramai peminat ataupun 'followers' yang mengikuti blog mereka. Ribuan atau ratusan 'followers' menyebabkan diri terasa hebat dan dikenali ramai.

Tidak salah untuk kita berasa seronok dengan ramainya 'followers'. Tetapi seronok atas dasar apa? Seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan 'followers' atau seronok kerana melihat JUMLAH 'followers' yang banyak?

Harap-harap, kita akan rasa seronok kerana dapat mencurahkan ilmu kepada ribuan atau ratusan 'followers', ya. Bukan seronok sebab konon-konon rasa ada ramai 'peminat'... :)

2. Status 'Like' di Facebook

Post 'status' di laman sosial facebook. Ramai pula yang tekan butang 'like'. Apabila ramai yang 'like', mulalah rasa diri mendapat perhatian ramai. Setiap cetusan minda yang terpapar di laman Facebook dihargai dan rasa bangga dengan apa yang telah dihasilkan. Awas! Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita lakukan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

Kini, butang 'Like' dari facebook ini telah berjangkit ke Laman-Seri dan mungkin di blog lain juga. Tidak salah untuk merasa gembira apabila orang lain suka apa yang kita coretkan, tapi janganlah sampai merasa riak dan berbangga dengan diri sendiri.

3. Komen di Facebook

Mungkin juga kita akan rasa teruja apabila ramai yang memberikan tindakbalas yang memberangsangkan pada 'post' kita di Facebook. Apabila ramai sangat, mungkin bibit-bibit perasaan ujub akan mula lahir.

4. Komen Gambar di Facebook

Perkara ni mungkin berlaku pada lelaki yang kacak dan perempuan yang cun sahaja. Apabila cun atau kacak, ramailah yang komen. Tidak kurang juga yang memuji. Apabila banyak sangat terima pujian, mulalah rasa semacam, bangga diri dan seronok dengan pujian itu. Maka, perasaan ujub pun senang-senang boleh diterbitkan.



6. Ramainya Kawan atau Peminat di Blogspot dan Facebook

Jumlah sekali lagi memainkan peranan penting bagi syaitan untuk menghasut manusia untuk berasa riak dan bangga diri. Ramai bilangan rakan maya di Blogspot dan Facebook juga membolehkan perasaan ujub diterbitkan. Itu baru kawan, apatah lagi peminat artis yang mencecah jumlah ratusan ribu, malahan jutaan orang. Apabila ramai orang yang meminati artis tersebut, mungkin perasaan ujub akan muncul. Hati-hati!

7. Berdakwah di Blogspot atau di Facebook

Mungkin ramai kawan kita yang merapu di Blogspot dan Facebook. Sebagai orang yang merasa dirinya wajib untuk berdakwah, maka Blogspot dan Facebook dijadikan medan untuk berdakwah di tengah-tengah rakan Blogspot dan Facebook yang banyak merapu. Maka, jadilah kita orang yang terpencil kerana tidak merapu sedangkan yang lain banyak yang merapu.

Apa yang dibimbangkan di sini, apabila kita berdakwah, kita turut akan berbangga dengan apa yang kita lakukan. Awas, wahai da'ie!

Jadi, berhati-hatilah dengan hati! Semoga kita dilindungi Allah daripada penyakit-penyakit hati ini. Ingatlah bahawa, setiap apa kebaikan yang kita lakukan semuanya adalah daripada Allah jua. Kita tiada hak untuk merasa ujub kerana tanpa izin-Nya ia tidak mungkin akan berlaku.

Kembalilah apa jua pujian itu kepada Allah. Renung-renungkan...




Artikel diubah suai dari sumber : iLUViSLAM

Capaian entry berkaitan :

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum.

    masyaAllah. Alhamdulillah.
    Nice post! jgn ada rse ujub di hati :p

    thanks for sharing.

    hmm. batul la kan. benda2 ni semua sebenarnye kadang2 tak perasan sehinggakan boleh jatuh ujub di hati.

    Alhamdulillah. sering ingat mengingatkan. manusia, sering alpa.

    :)

    BalasPadam
  2. Waalaikum salam wbt...

    Baru sempat terjah blog sar. You're in my list now.

    Happy blogging!

    Semoga kita terpelihara daripada godaan syaitan... :)

    BalasPadam
  3. hee. thank u so much for being one of my list too.
    Alhamdulillah.

    InsyaAllah. Semoga kita sentiasa diredhai oleh Nya. InsyaAllah.
    :)

    BalasPadam
  4. @Hann : Something wrong somewhere. Semalam sempat baca komen, tapi bila nak balas, macam dah kena delete pulak...

    BalasPadam
  5. dunai sekarang semua nak kan glamour hehehehe...mudah2 aku tdk tergolong dalam perasaan ujub tu minta lah dijauhkan...

    http://wrizuan.net/2012/02/berita-isu/faris-telah-pergi-buat-selamanya-al-fatihah

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...