PAGE

Selasa, Mac 22, 2011

13 sifat suami tidak disenangi isteri



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Golongan isteri atau wanita ialah manusia yang mempunyai hak tidak suka kepada lelaki kerana sifat-sifatnya. Maksudnya, lelaki tidak boleh egois dan merasa dirinya betul setiap masa. Lelaki atau suami wajar memperhatikan diri sendiri untuk tampil sebagai lelaki terbaik yang didampingi isteri.

Maksud baik di sini ialah baik di sisi Allah Taala dan baik juga di mata manusia lebih-lebih lagi baik di mata isteri. Ini kerana isterilah yang menghadap suaminya setiap hari.

Ingat, bahawa isteri ialah sahabat terdekat, tidak saja di dunia malah mahu juga sampai ke syurga akhirat. Ðalam entry kali ini Laman-Seri kongsikan 13 sifat suami yang tidak disukai isteri. Semoga menjadi checklist untuk suami memperbaiki sikap buruk dan mudah-mudahan kita mendapat walau sekelumit manafaat daripada entry ini.

1 – Tidak punya visi atau matlamat

Setiap isteri merindukan suami yang mempunyai visi atau matlamat hidup yang jelas. Sesungguhnya hidup ini diciptakan bukan semata untuk hidup tanpa tujuan, melainkan ada tujuan mulia.

Ðalam pembukaan surah an-Nisaa’ ayat 1, Allah SWT telah berfirman, mafhumnya, “Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembang biakkan laki-laki dan perempuan yang banyak. Ðan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

Ðalam ayat ini Allah dengan tegas menjelaskan bahawa tujuan hidup berumahtangga adalah untuk bertakwa kepada Allah. Takwa dalam erti bersungguh mentaati-Nya. Apa yang Allah Taala haramkan, hendaklah benar-benar dijauhi. Ðan apa yang Allah Taala perintahkan, hendaklah benar-benar ditaati.

Namun apa yang terjadi kini, bukan sedikit lelaki atau suami menutup kemaksiatan masing-masing. Isteri tidak dianggap penting. Ðosa demi dosa dilakukannya baik di dalam rumah mahupun di luar rumah, tanpa berasa takut kepada Allah Taala.

Ingatlah, bahawa setiap dosa pasti ada balasannya. Jika tidak mendapat balasan cash di dunia ini, pasti tidak terlepas di akhirat nant. Sungguh tidak sedikit rumahtangga hancur kerana tegarnya suami berbuat dosa.

2 – Kasar

Ðalam sebuah riwayat dikatakan bahawa wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok. Hal ini menunjukkan bahawa tabiat wanita tidak sama dengan tabiat lelaki. Ðisebabkan itulah, Rasulullah SAW menjelaskan bahawa jika wanita itu dipaksa untuk menjadi seperti lelaki, tulang rusuk itu akan patah. Ðan patahnya bererti talaknya. Ðari sini nampak bahawa wanita mempunyai sifat ingin selalu dilindungi, bukan diperlakukan secara kasar. Kerana itu Allah dan Rasul-Nya memerintahkan suami secara khusus agar melayan isteri dengan lemah lembut.

Bukan sedikit suami yang menganggap isteri seperti lembu yang boleh dibantai dan disakiti sesuka hati, tanpa sedikit pun kenal belas kasihan. Mentang-mentang badannya lebih kuat, lalu dia tidak teragak-agak memukul isteri seenaknya. Ingatlah, bahawa isteri juga manusia ciptaan Allah, sama seperti anda. Kepada haiwan pun kita patut berbelas kasihan, apatah lagi kepada sesama manusia.

3 – Sombong

Sombong sebenarnya sifat syaitan. Allah Taala melaknat iblis kerana kesombongannya. Wanita ialah makhluk yang lembut, kesombongan sangat bertentangan dengan kelembutan wanita. Kerana itulah, isteri yang baik tidak suka mempunyai suami yang sombong.

Sayangnya dalam kehidupan sehari-hari, sering terjadi suami merasa boleh melakukan segalanya. Sehingga dia tidak mahu menganggap dan tidak mahu mengingati jasa isterinya. Bahkan dia tidak mahu mendengar kata-kata nasihat isteri.

Ingatlah, bahawa setiap anak dilahirkan kerana jasa dan kesabaran isteri. Sabar dalam mengandung selama sembilan bulan dan sabar dalam menyusui selama dua tahun. Sungguh banyak isteri menderita kerana perilaku sombong seorang suami.

4 – Tertutup

Rasulullah SAW ialah contoh suami yang terbaik. Tidak ada daripada sikapnya yang tidak diketahui isterinya. Baginda sangat terbuka kepada isteri-isterinya. Apabila hendak berpergian dengan salah seorang isterinya, baginda melakukan undian, agar tidak menimbulkan kecemburuan daripada yang lainnya. Apabila Rasulullah SAW ingin mendatangi salah seorang isterinya, baginda minta izin terlebih dahulu kepada yang lain. Perhatikan betapa Rasulullah SAW sangat terbuka dalam melayan isteri-isteri baginda.

Kini banyak kejadian suami menutup perbuatannya di luar rumah. Suami tidak mahu berterus terang kepada isterinya. Apabila ditanya, selalu jawapannya samar-samar. Lebih teruk, ada yang diam membisu seribu bahasa. Entah ada mesyuarat di pejabat atau pertemuan bisnes dan sebagainya. Padahal tidak demikian kejadiannya. Atau suami tidak mahu berterus terang mengenai pendapatannya, atau tidak mahu menjelaskan ke mana wangnya mengalir. Sikap semacam ini sangat tidak disukai wanita. Bukan sedikit isteri terseksa dengan sikap suami yang begitu tertutup.

5 – Tegas tidak bertempat

Setiap wanita sangat mendambakan seorang suami yang mempunyai pendirian. Bukan suami yang tegas tidak bertempat persis seorang diktator. Tegas dalam erti punya sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil keputusan, tetapi pada masa yang sama, suami bermusyawarah, lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan.

Dalam al-Quran juga suami dianjurkan agar bermusyawarah dengan isteri. Ini dijelaskan dalam firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (QS 3:159)

“Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhannya dan mendirikan salat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.” (QS 42:38)

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud, “...dan musyawarahkanlah di antara kamu (segala sesuatu), dengan baik...” (QS65:6)

6 – Pembohong

Banyak kes isteri terseksa kerana suami suka berbohong. Tidak mahu jujur atas perbuatannya. Ingat, sepandai-pandai tupai melompat, pasti akan jatuh ke tanah. Berbohong ialah sikap yang paling Allah benci, bahkan Nabi mengganggap berbohong adalah sikap orang-orang yang tidak beriman.

Tidak sedikit rumahtangga yang runtuh kerana pembohongan suami. Ingatlah bahawa isteri tidak hanya memerlukan wang dan kemewahan dunia. Lebih daripada itu, isteri ingin dirinya dihargai. Pembohongan menghancurkan harga diri isteri. Tidak hairanlah ramai isteri bersedia menghadapi perceraian kerana tidak sanggup hidup dengan suami pembohong.

7 – Cengeng

Isteri lazimnya menginginkan suami yang tegar, bukan suami yang cengeng. Benar, Abu Bakar As-Siddiq contoh suami yang selalu menangis, tetapi beliau menangis bukan kerana cengeng sebaliknya kerana sentuhan ayat-ayat al-Quran. Namun dalam sikap seharian, Abu Bakar jauh daripada sikap cengeng. Abu Bakar sangat tegar dan penuh keberanian.

Suami yang cengeng, kelihatan serba tidak menyakinkan di depan isteri. Isteri suka suami yang tampak gagah tetapi tidak sombong. Gagah dalam erti penuh semangat dan tidak kenal lelah. Lebih daripada itu, tabah dalam menghadapi pelbagai cubaan hidup.

8 – Pengecut

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada perasaan sedih dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada lemah dan malas, aku berlindung kepadamu daripada sikap bakhil dan penakut, dan aku brlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan tekanan perasaan.”

Ðalam doa di atas, Rasulullah SAW minta perlindungan daripada sikap penakut atau pengecut, mengapa? Sebabnya, sikap pengecut banyak menghalangi sumber-sumber kebaikan. Ramai isteri yang tertahan keinginannya kerana sikap pengecut suaminya. Ramai isteri terseksa kerana suaminya tidak berani menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.

Isteri sangat tidak suka suami penakut dan pengecut. Mereka suka pada suami yang berani. Sebab cabaran hidup sangat menuntut keberanian, tetapi bukan nekad, melainkan berani dengan penuh pertimbangan yang matang.

9 – Pemalas

Malas membuatkan seseorang itu tidak produktif. Banyak sumber rezeki tertutup kerana kemalasan suami. Malas sering kali membuat rumahtangga menjadi sempit dan terhimpit. Isteri sangat tidak suka kepada seorang suami pemalas. Sebab adanya suami di rumah bukan memecahkan masalah, melainkan menambahkan permasalahan. Sering kali sebuah rumahtangga diwarnai kekecohan kerana malasnya seorang suami.

Rasulullah tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, seperti satu hadis yang bermaksud, “Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh. Telah thabit dari Rasulullah SAW bahawasanya baginda berdoa kepada Allah supaya memberkati umatnya yg berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sahihnya, Rasulullah SAW melewati anaknya Fatimah r.ha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka baginda bersabda yang bermaksud, “Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.” (Hadis diriwayatkan al-Baihaqi)

Bersabda Rasulullah SAW di dalam hadis yang diriwayatkan oleh at-Tabarani di dalam al-Awsath yang bermaksud, “Berpagi-pagilah (subuh) dalam mencari rezeki, sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah berkata dan kejayaan.”

10 – Cuai pada anak

Mendidik anak bukan saja tanggungjawab isteri semata-mata, malah lebih daripada itu tanggungjawab suami. Kini banyak kita saksikan seorang ayah sangat cuai kepada anaknya. Suami begini menganggap bahawa kerja menguruskan anak adalah pekerjaan isteri. Sikap seperti inilah yang sangat tidak disukai wanita.

11 – Menang sendiri

Setiap manusia mempunyai perasaan ingin dihargai pendapatnya. Begitu juga isteri. Bukan sedikit isteri terseksa kerana sikap suami yang selalu perasan merasa dia sahaja yang betul.

Kerana itu Umar bin Khattab lebih bersikap diam ketika isteri bercakap. Hal ini contoh yang wajar diteladani. Umar beranggapan bahawa hak isteri mengungkapkan kesalahan atau apa yang dirasakannya terhadap suami. Hanya kepada suamilah tempat isteri mencurahkan isi hatinya.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaklah selalu berlapang dada. Tidak ada ertinya merasa menang di hadapan isteri. Sebaik-baik sikap ialah mengalah dan bersikap simpati dan memberikan perhatian. Ketika isteri berleter misalnya, dia sangat mengharapkan suaminya bersikap seperti bapa yang bersedia mendengar keluahan dan cerita anak. Ada pepatah mengatakan : jadilah air ketika salah satunya menjadi api.

12 – Jarang berkomunikasi

Bukan sedikit isteri berasa kesepian ketika suami pergi atau berada di luar rumah. Sebaik-baik suami ialah suami yang sering menghubungi isterinya. Sama ada mengirimkan SMS atau menelefonnya. Ingat, bahawa banyak masalah kecil menjadi besar hanya kerana ‘miscommunication’ ini. Selalu berkomunikasi boleh menentukan kebahagiaan rumahtangga.

Isteri merasa jengkel kalau tidak pernah dihubungi suami ketika di luar rumah. Hal ini membuatkan isteri rasa diperlekehkan atau tidak diperlukan. Isteri sangat suka kepada suami yang selalu menghubunginya, sekalipun hanya sekadar menanyakan 'apa khabar' atau 'sudah makan?'.

13 – Tidak rapi dan tidak harum

Isteri sangat suka ketika suaminya selalu berpenampilan rapi. Rasulullah SAW ialah contoh suami yang selalu rapi dan harum. Kerana itulah isteri-isteri baginda suka dan bangga dengan baginda. Ingatlah, bahawa Allah Maha Indah dan sangat menyukai keindahan. Maka kerapian sebahagian daripada iman.

Tidak ukur baju di dalam sendiri, begitulah diibaratkan kepada sikap sesetengah lelaki yang menganggap hanya isteri sahaja yang perlu sentiasa tampil cantik walhal mereka sendiri tidak menjaga penampilan terutama selepas bergelar suami.

Jika suami rapi, isteri bangga kerana orang akan menganggap dan terkesan itu adalah kerana isteri pandai mengurus suami. Sebaliknya, jika suami tidak rapi dan tidak harum, orang keliling akan menganggap bahawa suami itu tidak diurus baik oleh isterinya. Suami yang rapi dan harum ialah cermin peribadi isteri. Isteri akan tersinggung dan terseksa ketika melihat suaminya sebarangan dalam penampilannya dan menyebarkan bau yang tidak enak.

Renung-renungkan!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...