Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Membaca Satu kisah poligami lagi, pernahkah anda terfikir, sekiranya suami anda tiba-tiba berkata, “Abang hendak kahwin lagi...” Apakah yang akan anda katakan? Apakah ayat pertama yang pastinya keluar dari mulut anda? Apakah anda akan mengamuk
Kita tidak mahu hal sebegini terjadi, tetapi kadang-kadang ia terjadi tanpa terduga sama sekali. Suami yang selama ini kita rasakan amat baik tahap pijak
Apabila sesuatu itu tidak pernah kita duga dan tiba-tiba ia terjadi, selalunya kita akan terkejut
Maka itulah, dalam bertenang-tenang seperti sekarang, apa kata anda cuba rangka-rangkakan ayat yang bakal dicetuskan, seandainya perkara seperti itu terjadi, supaya anda tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh mencarik tahap kewarasan fikiran. Inilah yang dikatakan prediction atau unjuran.
Ðalam dunia perniagaan, kadang-kadang kita mengunjurkan pertumbuhan yang lembap, dengan itu kita lebih bersedia untuk berdepan dengan apa-apa cabaran supaya pada saat sukar kita masih bertahan. Kadang-kadang dalam rumahtangga, unjuran harus dibuat supaya apabila datang nanti, anda tidaklah begitu terkejut. Kejutan yang melampau boleh menyebabkan anda menghamburkan kata-kata yang tidak sepatutnya anda diucapkan.
“Kalau abang hendak kahwin juga, ceraikan saya dulu!” Biasa dengar kata-kata ini? Ya, ia adalah ungkapan yang paling popular yang dikomersialkan dalam drama-drama Melayu. Sekali imbas macam tiada apa-apa, tetapi kesan dan akibatnya teruk sekali. Ðaripada menghamburkan kata-kata seperti orang kurang ilmiah sebegini, apa salahnya anda berikan pandangan asal dengan sususan kata-kata yang lebih baik atau dalam istilah lainnya, cakap berlapik.
Ðalam keadaan marah, bagaimana sekalipun, awasilah lidah. Belajar-belajarlah control temperature marah anda dan cuba katakan ayat sebegini :
- “Abang kalau hendak kahwin juga, eloklah tengok-tengok diri abang dulu” atau
- “Kalau hendak kahwin juga, tengok-tengoklah kami anak-beranak, cukupkah makan, pakai, didikan bla... bla… bla...” atau
- “Baguslah abang hendak kahwin lagi. Ini bermakna abang mampu menyara saya dan anak-anak. Tak perlulah lagi saya bekerja membantu abang. Ok, kalau betul abang hendak teruskan, apa kata abang bentangkan perbelanjaan keluarga supaya tiada masalah timbul di kemudian hari...”
Seorang lelaki selalunya tidak akan berbuat sesuatu tetapi apabila dia disuruh berbuat sesuatu itu, tetapi kebiasaannya, suami akan memberontak apabila keinginannya terlalu ditentang, ia menimbulkan marah dan dendam. Lelaki biasanya lebih sampai hati apabila hasratnya diberikan pertentangan yang kuat. Semakin anda melawan, semakin anda menghamburkan kata-kata yang menyakitkan hati, semakin anda mengungkit itu ini, semakin sampai hatilah lelaki untuk meneruskan niatnya, tetapi jika dia diberikan ‘kebenaran’ dan dalam masa yang sama diberikan juga syarat yang boleh membuatkan dirinya terseradung berfikir, selalunya dia tidak akan sampai hati berbuat sesuatu yang menurut kemahuannya.
Tidak balas salah, hasilpun salah
Pertengkaran pasti tercetus bermula dari tindak balas salah yang diberikan. Jika tindak balas itu dalam bentuk marah, yang diterima kembali adalah marah juga, tetapi jika sindiran tentang keupayaan dan kemampuan hingga memaksa seseorang suami itu berfikir secara lebih mendalam, hasilnya cukup berbeza, insya Allah.
Ingatlah, wahai kaum isteri, lelaki yang bergelar suami ini cukup pantang dimarahi, diherdik, diperkecil-kecilkan dengan keras apabila dia pertama kali menyuarakan hasrat seperti ini. Tindak balas yang salah selalunya mengakibatkan hasil yang salah. Andainya hasratnya itu disambut dengan ketaatan yang lebih padu, kasih sayang serta cinta yang semakin mendalam serta perkhidmatan yang luar biasa cemerlangnya, selalunya lelaki akan kembali rasional. Apabila dia mula membanding-bandingkan kebaikan anda dengan calon isteri keduanya itu, dan dia melihat lebih banyak kebaikan pada diri anda, dia kaan berkata dalam hati, “Kesian bini aku ni… tak jadilah…”
Apabila ini berlaku, ia satu kemenangan untuk dirai. Mengapa? Sebab ramai sungguh wanita yang akhirnya terseradung oleh isu yang sama, sedangkan ia boleh dielakkan, bahkan suami semakin sayang dan bertambah intim. Bukankah itu menang namanya?
Ukuran tahap ketaqwaan
Laman-Seri salute mereka yang tidak sedikitpun melenting jika suami hendak berpoligami, malah ada yang sanggup ‘mengoffer’ suami mereka supaya berpoligami, dengan alasan terlalu cintakan Allah dan Rasul-Nya. Erk... Bolehkah tindakan sebegini dijadikan kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri? Benarkah tahap ketaqwaan boleh diukur sebegini? Hanya Allah maha Mengetahui...
Apa-apapun, dalam kes ‘offer-mengoffer’ ini, saya tidak pernah membaca sejarah isteri-isteri Rasulullah SAW (yang mendapat first hand didikan Rasulullah), meminang madu mereka atau mereka sendiri ‘mengoffer’ Rasulullah untuk menikahi atau dinikahi wanita lain. Ketika Rasulullah melarang menantunya Ali daripada berpoligami juga, tiada bantahan daripada anak perempuan Nabi akan larangan ayahandanya dan tidak pernah pula tercatat dalam sejarah yang menyatakan anak perempuan Nabi ini ‘mengoffer’ suaminya Ali supaya menikahi wanita lain. Lalu saya terfikir, bagaimana tahap taqwa isteri-isteri Rasulullah dan anak perempuan baginda? Secara peribadi, ‘offer-mengoffer’ ini bukanlah kayu ukuran tahap ketaqwaan seorang isteri. Saya mungkin tersilap, tetapi ukuran sebegini juga tidak mustahil tersasar atau tidaklah begitu tepat.
Saya tidak
Tiada sesiapapun yang boleh menafikan, poligami adalah perkara yang berat dan ujian yang besar dalam rumahtangga. Sirah Nabi juga memerlihatkan kecemburuan di antara isteri-isteri baginda. Tercatat sejarah kisah isteri baginda yang menepis pinggan berisi kuih pemberian madu hingga jatuh pecah berderai ke lantai. Sememangnya poligami boleh mencabar keimanan dan meracuni kesucian hati. Kata pepatah, kalau kail panjang sejengkal, jangan berangan memancing di lautan yang dalam.
Namun jika ada yang merasakan mereka memang layak diuji sebegini, teruskanlah niat anda. Gunakan saluran yang betul jika hendak menambah quota, ikutlah undang-undang yang telah ditetapkan, jangan hanya mengikut undang-undang yang anda cipta sendiri.
Poligami bukan satu galakan
Suka saya dikongsikan di sini, pendapat ulama tersohor dan penceramah bebas, Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz tentang poligami, katanya, poligami bukan satu galakan. Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz, berpoligami tidak boleh dilakukan sesuka hati, sebaliknya dibenarkan dengan syarat tertentu iaitu kerana perkara darurat (terdesak) atau ada sebab kukuh.
Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz berkata, poligami bukan satu galakan dan lelaki yang ingin berbuat demikian mesti membuktikan dia layak dan berkemampuan menyara semua isteri dan anak serta mempunyai tujuan baik iaitu bukan untuk menganiaya isteri. Beliau bersetuju poligami ada dalam Islam iaitu boleh berkahwin dua, tiga atau empat.
Bagaimanapun, ada sebab mengharuskan seseorang itu bernikah lebih daripada satu. Antaranya apabila isteri jatuh sakit dan tidak mampu memenuhi tanggungjawab sebagai isteri. Suami dibenarkan berkahwin bagi mengelak dia melakukan perkara dilarang di sisi Islam. Sebab lain tidak mendapat zuriat walaupun sudah lama berkahwin. Lelaki dibenarkan berpoligami untuk membela nasib wanita yang menjadi janda kerana suami terbunuh ketika berperang dan poligami dibolehkan bagi lelaki yang mempunyai nafsu luar biasa.
Ketika mengulas niat Salih Yakob mencukupkan kuota berkahwin empat bukan menggambarkan semua lelaki boleh melakukannya, tetapi perlu melihat sama ada mereka benar-benar layak dan menepati syarat berpoligami ditetapkan Islam.
Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi, sesetengah lelaki berpoligami kerana ada masalah dengan isteri dan apabila berkahwin lagi, semakin menambah beban. Malah ada lelaki tidak berkemampuan dan mempunyai anak ramai. Syarat kelayakan berpoligami diluluskan pejabat agama. Antara yang tidak dibenarkan berpoligami ialah mereka yang tiada rumah sendiri, sebaliknya menyewa, bergaji kecil dan berhutang.
Mengenai kenyataan bahawa isteri yang membenarkan suami berkahwin lagi akan mendapat payung emas di syurga, beliau berkata, ia hanya kata-kata sedap mulut.
Laman-Seri: Panas agaknya di syurga hingga memerlukan payung? Aduuuhaiiii... Sebenarnya, banyak lagi hadis-hadis palsu yang setujuan untuk menunduk-nunduk, merendah-rendah dan meminggir peranan wanita yang masih berlegar di kalangan masyarakat. Jangan mudah tertipu dengan hadis-hadis sebegini...
Menurut Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz lagi berpoligami bukan setakat memberi kasih sayang dan nafkah zahir batin, tetapi lelaki perlu berlaku adil. Perlu dikaji sebab lelaki itu ingin berkahwin lagi. Nabi Muhammad SAW berpoligami dengan mengambil wanita kematian suami akibat peperangan. Hanya seorang wanita yang dikahwini anak dara iaitu Siti Aisyah.
Lihat saja hari ini, kebanyakan lelaki tidak lagi mengikut sunnah Rasul dalam mengamalkan poligami. Rasulullah mengahwini janda tua dan balu sebagai isteri-isteri baginda, tetapi lelaki zaman ini hanya memilih anak dara yang lebih bekerjaya, berketerampilan, mengancam dan getahnya melekit-lekit daripada isteri sedia ada. Maka tang mana gamaknya yang dikatakan berpoligami kerana sunnah Nabi?
Ulama tersohor pun tidak menggalakkan poligami, jadi orang awam seperti kita sepatutnya berpada-pada sajalah....
Rujukan catatan dari sumber : ÐrHMTuah dan HMetro.
Capaian entry berkaitan :
Assalamualaikum warahmatullahi wabrakatuh,
BalasPadamAllah s.w.t. telah melebihkan satu darjat lelaki dari wanita.
Dalam apa jua keadaan seorang isteri harus taat kepada suami kecuali kalau suami menyuruh kepada maksiat.
Kita jadi keliru dalam bab status dan hak suami ke atas isteri. Kenapa poligami harus menjadi satu perkara yang sensitif . Sepanjang saya membaca sirah Rasulullah s.a.w belum pernah saya jumpa dimana Rasulullah s.a.w. memninta izin dari isteri2 baginda apabila baginda ingin bernikah ( harap betulkan saya kalau saya tersilap ) Kenapa fenomena minta izin dari isteri bila mahu kawin lagi ini timbul? Apa maslahahnya.
Katakan demi menjada hak isteri pertama dan anak2.Siapa yang ingin menjaga hak isteri2 yang seterusnya dan anak2 mereka kalau terjadi poligami apa lagi isteri2 seterusnya sellaunya disembunyikan. Sedang mereka juga punya hak ke atas isteri. Disekat sekali mana poligami tetep berlaku.
Sudah ramai isteri2 kerdua dan seterus dan anak2 mereka diabaikan dan dinafikan hak mereka.Siapa yang ingin bila mereka ini. Tidak kah kita terfikri Rasulullah akan merasa sedih kerana wanita2 yang pasa masa baginda di bela kini dianiaya kerana kerakusan sistem manusia.
Sesungguhnya poligami menjadi haru biru kerena lelaki tidak memainkan peranan mereka menegakan hukum yang sewajarnya ditegakkan.
Sedarkah yang dengan sistem meminta izin isteri ini secara tak langsung telah manjatuh kan darjat lelaki di mata perempuan sedangkan Allah s.w.t. telah mengankat darjat mereka. Juga secara saikologinya isteri pertama merasa mereka begitu berkuasa keatas suami sehingga semuanya harus minta izin isteri.Allahu Akhbar. Bangkit lah wahai para lelaki yang mengaku diri mu pengikut Rasulullah s.a.w . Beri lah keadilan kepada isteri2 kedua , ke3 dan ke4 juga anak2 mereka. Perkara kecil tapi sedar tak impak dia kepada umat manusia sejagat.Betapa ramai adek beradek tak kenal mereka adek beradek kerana mereka berlainan ibu.
Saya punya abang yang berpoligami tapi isteri keduanya kami tak boleh rapat kerana menjaga hati isteri pertama.Anak saudara kami tak kenal bapa2 saudara yang lain .
ia bukan masaalah individu cuma tapi masaalah sistem yang meyujudkan lelaki2 yang takut isteri mengalahkan takutnya pada Allah s.w.t.
Wassalam
@Mawar Alias [mawaralias@yahoo.com]
BalasPadamSebab itu ditulis ‘izin’ dengan tanduk di awal dan akhir perkataan.
Izin memang tidak perlu, tetapi beritahu @ inform itu perlu, kerana Rasulullah tidak pernah mengajar umatnya berpoligami secara sembunyi-sembunyi.
Dalam sejarah memang tidak pernah Rasulullah meminta ‘izin’ isteri baginda, tetapi baginda pernah meminta pendapat Aisyah akan calon madunya, yang dijawab Aisyah dengan nada sinis, “Dia adalah wanita Yahudi, putri seorang Yahudi.”
Disertakan hadis lengkap seperti di bawah :
Rasulullah SAW pernah bertanya pada isterinya, Aisyah r.a. : “Apakah engkau pernah merasa cemburu?” Aisyah menjawab, “Bagaimana mungkin orang seperti diriku ini tidak merasa cemburu jika memiliki seorang suami seperti dirimu.” (Hadis riwayat Ahmad)
Ketika Rasulullah SAW sampai di Madinah bersama Safiya yang sama-sama berhijrah dan yang baginda nikahi di perjalanan menuju ke Madinah, Aisyah berkata, “Aku menyamar dan keluar untuk melihatnya. Tetapi, Rasulullah mengetahui akan apa yang kulakukan dan baginda berjalan ke arahku. Maka aku pun bergegas meninggalkan baginda. Namun baginda mempercepat langkahnya sehingga menyusulku. Kemudian baginda bertanya, “Bagaimana pendapatmu tentang dirinya?” Aisyah menjawab dengan nada sinis, “Dia adalah wanita Yahudi, putri seorang Yahudi.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Rasululllah s.a.w adalah sebaik2 contoh kepada umatnya. Banginda menangani setiap permasaalah dengan penuh hemah. Tapi sayang sekarang ni cara Rasulullah s.a.w tidak di ambil sebagai contoh. Kebanyakan buat dulu baru rujuk. Ini dinamakan mendahului Rasulullah s.a.w.
BalasPadamTerima kasih untuk info akan sirah Rasulullah s,.a.w semasa menikahi Safiyyah. Aisyah r.a. memang seorang isteri yang cemburu. Tapi dari kisahnya banyak pengajaran yang harus kita ambil. Cara bagaimana Rasulullah s.a.w mendidik kita macam mana untuk mendidik isteri yang cemburu. Bagaimana kesabaran baginda dalam melayan kerenah isteri2 baginda s.a.w.
Mulakan dengan mendidik diri menjadi seorang lelaki yang mamou mendidik isteri dan anak2 agar dapat menerima apa yang telah di gariskan Islam dengan penuh redha. Itu laa sebabnya dikatakan seorang lelaki yang berkahwin dengan perempuan beragama telah menyelamatkan separuh dari agamanya.
Terima kasih.