gambar hiasan dari sumber CikEpal06
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Untuk makluman, ruangan komen di Laman-Seri telah ‘diserang’ oleh ‘tanpa nama’ atau ‘anoymous’ yang menyebabkan Laman-Seri terpaksa menyelaraskan ruangan komen, iaitu ‘tanpa nama’ atau ‘anoymous’ tidak lagi dibenarkan membuat sebarang komen di Laman-Seri kerana terdapatnya komen yang diterima langsung tidak membina dan berunsur cemuhan.
Sebagai contoh, untuk entry Bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB dan Tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang, terdapat ‘anoymous’ yang telah meninggalkan komen yang tidak berjenis dan pelik seperti ‘bias...’ dan , ‘komen penulis lebih memihak kepada kaum hawa sahaja..’ dan sebagainya.
Laman-Seri minta ‘anoymous’ rujuk semula entry Bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB yang dikomennya ‘bias...’. Entry ini ditulis berdasarkan nas serta dalil dari al-Quran, bukan atas dasar emosi semata-mata.
Ðisebabkan ‘anoymous’ tiada segan silu menuduh Laman-Seri bias kepada kaum hawa untuk entry Tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang, Laman-Seri minta ‘anoymous’ refer balik entry berkenaan dan cuba teliti sumber entry dipetik. Jangan buat-buat terperanjat, ya. Artikel ini ditulis oleh seorang peguam LELAKI, ya... Laman-Seri percaya, artikel ditulis berdasarkan pengetahuan dan pengalamannya sebagai seorang peguam syarie yang cukup ahli dalam bidangnya.
Laman-Seri tidak mahu mengulas lanjut tentang artikel peguam kaum Adam yang bias kepada wanita, biar ‘anoymous’ sahaja yang menelan air liurnya. Namun, menuduh Laman-Seri ‘bias...’atau berat sebelah untuk entry Bergaul baik dengan isteri adalah WAJIB.... bermakna secara tidak langsung, ‘anoymous’ telah mengatakan isi al-Quran juga ‘bias...’, jugakah? Adakah ‘anoymous’ maksudkan bahawa Allah ‘bias...’ atau Allah tidak adil/berat sebelah? Hemmm... ‘anoymous’ fikir-fikirkanlah sendiri ya....
Laman-Seri amat kasihan dengan pengunjung sebegini. Nasihat Laman-Seri, semoga ‘anoymous’ beristighfarlah banyak-banyak dan semoga sempat bertaubat di atas ketelanjurannya. Semoga dosa ‘anoymous’ diampunkan oleh-Nya.
Jika ‘anoymous’ tidak menyukai entry di Laman-Seri kerana isinya tidak bertepatan dengan kehendak ‘anoymous’, tidak perlulah membuat komen yang tidak membina sebegini. Sila rujuk ruangan ~PENAFiAN~ di sebelah kanan laman ini. Untuk memudahkah, Laman-Seri C&P di bawah :
.....Janganlah membaca artikel-artikel di blog ini untuk menyangkal atau menyalahkannya, atau mempercayainya jua, tetapi bacalah menurut tujuan sebenar mereka ditulis, iaitu hanya untuk dipertimbangkan pembaca sahaja.
Sekiranya anda berasa tidak senang hati dengan penulisan berteraskan ajaran Al-Quran, yang mungkin didapati bertentangan dengan ajaran sesetengah ulama anda, maka tinggalkan sahaja laman ini.
Tidak perlu menulis atau bertindak untuk mengecam, menghina atau mengkhianati kerana perbuatan serupa itu hanya memudaratkan diri anda sendiri.
Firman Allah SWT, "Sesungguhnya Kami mengetahui bahawa ia menyedihkan kamu, apa yang mereka mengatakan; namun begitu, bukanlah kamu yang mereka mendustakan, tetapi orang-orang yang zalim, ia adalah ayat-ayat Allah yang mereka menyangkal." (6:33)....
Apa-apapun, (setelah menjenguk CikEpal06), Laman-Seri tetap berterima kasih kepada ‘anoymous’ kerana sudi menjenguk belog yang tidak seberapa ini. Jika tiada apa-apa yang dapat Laman-Seri beri manfaat kepada ‘anoymous’, apa yang patut anda lakukan ialah, tidak perlulah anda
Jagalah hati daripada saling menyakiti dan disakiti. Hati yang tidak menyakiti dan disakiti akan lebih baik dan terpelihara daripada gangguan si ‘yang direjam’.
Sekian. Wassalam.
Berani kerana benar...
BalasPadamJika anda rasa anda benar...
tak perlulah anomymous..
@Koding
BalasPadamKesian orang begini hanya berani baling batu, kemudian sembunyi tangan...