PAGE

Sabtu, Jun 04, 2011

Petua selamat dan sihat ketika hamil


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pengalaman bersalin sepatutnya membuat seorang wanita sedar betapa besarnya jasa ibu kepadanya. Jika ada orang yang sanggup merasai sakit 24 jam sehari, 7 hari seminggu selama 9 bulan, berturut-turut demi insan yang dikasihi, insan itu ialah ibu kita.

Rasa loya yang berpanjangan sepanjang hari, susah bernafas dan tidak terkawalnya deria bau yang begitu sensitif membuatkan dirinya tidak mampu untuk menelan walau sesuap nasi pun. Tetapi demi kasihnya kepada anak yang dikandung, digagahi juga melalui hari demi hari dengan seberat-berat perjuangan.

Ketika memasuki akhir usia kehamilan, ibu sentiasa dihantui sakitnya bakal melahirkan anak yang dikandung. Tidurnya tidak pernah lena kerana beban sarat yang dikandungnya tidak tertampung oleh tubuh badan yang semakin lemah. Betapa seksanya ibu mengandung, alangkah peliknya jika seorang wanita yang merasai pengalaman yang sama tidak tersentuh hatinya mengenang pengorbanan cinta ibunya sendiri.

Begitu pula tidak sepatutnya seorang suami melupai jasa-jasa isteri yang mahu berkorban demi menyambung kehidupan zuriatnya. Menjaga isteri ketika hamil bukan perbuatan sia-sia, kerana ramai para suami yang merasa mereka membuang masa dan memperbodohkan diri jika mengikut kemahuan isteri ketika dikuasai rasa mengidam yang tidak keruan.

Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Uthman bin Affan r.a. ketika beliau menjaga isterinya yang sakit sehingga tidak dapat ikut serta berjihad dalam peperangan paling utama dalam Islam iaitu Perang Badar. Sabda baginda SAW yang bermaksud, “Tinggallah bersama isterimu dan kamu akan mendapat pahala sama seperti pahala para syuhada di medan Badar dan bahagian dalam rampasan perang itu.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Suami yang amanah sentiasa bersedia menjaga isterinya dari hujung rambut ke hujung kaki. Fizikal dan mental isteri, akal dan perasaan, amal perbuatan dan bisikan hatinya menjadi tugas suami untuk memelihara, supaya semuanya sihat, sejahtera, tunduk dan taat kepada Allah SWT.

Isteri pula janganlah membebankan suami dengan perkara yang tidak mampu untuk dipikul, menyusahkan dan menyakiti suami. Kedua-duanya mesti bersabar menerima amanah baru yang dikurniakan Allah SWT.

Mengidam boleh menjadi haram jika isteri terbukti nusyuz dan menderhaka kepada suami. Isteri yang beranggapan bahawa perbuatan jahatnya itu disebabkan oleh pengaruh bayi yang dikandung adalah dusta, bohong dan sebensar-besar penipuan yang tidak boleh diterima. Sebabnya bayi yang belum dilahirkan itu semuanya suci, bersih, tiada dosa sama sekali. Jadi hanya ibunyalah yang berkuasa melakukan setiap perbuatan dengan akal dan hatinya sendiri. Oleh itu, setiap penyakit pasti menjadi ujian yang berat bagi manusia dan hanya yang mampu bersabar serta redha akan mendapat ketenangan menghadapi detik demi detik ujian ini.

Kelahiran disaksikan malaikat

Ya, bertenanglah, tidak kira apa jua penyakit yang dideritai. Ðetakan jantung seorang bayi di dalam rahim ibunya membuahkan pahala yang tidak terhingga. Satu hembusan nafasnya menghapuskan dosa-dosa ibunya yang sabar. Gerakan dan pusingan di dalam rahim itu mengingatkan seorang ibu agar sentiasa percaya kepada kuasa Allah yang Maha memudahkan segala jalan.

Ðarah yang tertumpah menghapuskan dosa-dosa ibu yang sabar, rintihan sakit yang dideritai, didengari oleh Zat Yang Maha Mencinta dari tujuh petala langit disaksikan juga oleh para malaikat yang mulia. Bukankah Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Seorang muslim yang ditimpa keletihan, kemelaratan, kegundahan, kesedihan, kesakitan dan dukacita hatta tertusuk satu duri sekalipun, nescaya Allah akan mengampuni dosanya akibat apa yang menimpanya.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Semasa isteri mengandung, suami pula boleh menyucikan dosa-dosanya jika dia sabar menjaga isteri. Tetapi malang sungguh para suami yang tidak memahami tanggungjawab ini, isteri sakit menjadi peluang untuknya membebaskan diri di luar rumah. Apatah lagi jika dia merasa sudah menyediakan segala keperluan isteri, harta benda dan rumah mewah, jadi apa lagi yang mesti disusahkan. Bukankah ada orang gaji yang menjaga isteri?

Isteri yang mengidam tidak sedikitpun dipedulikannya kerana hatinya disibukkan oleh muslihat bagaimana mahu memuaskan hawa nafsunya sendiri. Sering kita lihat fenomena menyedihkan, suami main kayu tiga atau berkahwin baru ketika isteri sedang mengandungkan benih zuriatnya.

Isteri pula jangan menyerah, lawan bisikan negatif yang melemahkan perasaan. Syaitan sentiasa mengganggu tumpuan iman anda dengan rasa sakit mengidam. Uruslah segala keperluan diri dengan penjagaan yang lebih baik daripada biasa. Kerana rasa sejuk itu mesti dilawan dengan kepanasan cahaya matahari, rasa loya hanya dapat dikalahkan dengan makan makanan yang berkhasiat dan mengeluarkan peluh dengan bekerja atau senaman ringan. Rasa sedih dan gelisah hanya dapat diubat dengan menghayati al-Quran, solat dan zikrullah. Keceriaan itu datang dari hidup yang teratur, rumah yang bersih, bilik yang selesa dan suami yang memahami. Sambutlah hari bahagia menanti cahaya mata yang soleh dan solehah.

Sebagaimana cerianya Nabi Zakaria a.s. menunggu kelahiran Nabi Yahya a.s. dengan doanya yang dirakamkan oleh Allah dalam al-Quran yang bermaksud, “Ði sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: ‘Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa.’” (Surah ali-‘Imran 3:38)

Amalkanlah doa-doa sebegini, mudah-mudahan zuriat yang lahir nanti tumbuh sebagai seorang yang soleh yang mengingati pengorbanan ibu bapanya...




Rujukan : Ðr Juanda Jaya

Capaian entry berkaitan :

* Isteri hamil suami jangan kalut!
* 40 minggu nan indah
* Sumber makanan untuk segera hamil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...