Dr Rohaya Mohamed
Isteri ‘dingin’ di ranjang punca lelaki cari kepuasan di luar
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.
Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.
“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.”
“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami. Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.
Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan. Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.
Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.
Laman-Seri : Erk... layanan ‘pelacur kelas pertama’ tu macamana gamaknya, ya? Bagi memenuhi tuntutan nafsu suami, nampak gayanya isteri kena ‘berguru’ dengan pelacur kelas pertamalah... ek? Ramailah pelacur kelas pertama boleh buat ‘course’ mengajar isteri-isteri bagaimana untuk melayan suami dengan jayanya. Bayaran ‘course’ tu, suami tanggunglah, ya.
Sedih betul... seorang ‘Dr’ buat kenyataan begini, seolah-olah menghina darjat seorang isteri. Hubungan suami isteri bukan hanya di ranjang sahaja. Hubungan itu berlaku hampir pada setiap masa-ketika makan, berbual, menyambut dan menghantar suami bekerja dan lain-lain.
Ia bukan sekadar melibatkan hubungan antara dua alat sulit berlainan jantina, tetapi menuntut satu tanggungjawab yang menyeluruh, penuh rasa kasih sayang, belaian, penuh emosi dan perasaan. Adakah seorang pelacur kelas pertama akan melayan seperti itu untuk tempoh seumur hidup anda bersuami isteri? Matlamat utama pelacur HANYA mahukan wang. Jika ada yang berkehendakkan layanan ‘pelacur kelas pertama’, dan jika isteri berjaya mempersembahkan layanan ‘pelacur kelas pertama’ selepas menghadiri ‘course’ ini, nampaknya suami kena buat bayaran kepada isteri macam dia bayar ‘pelacur kelas pertama’ la.... kui kui kui...
Menyamakan isteri yang berjaya menambat hati suami kerana memberi layanan ‘pelacur kelas pertama’ adalah satu kenyataan yang menghina status seorang isteri. ‘Dr’ berpelajaran tinggi tapi bercakap tak guna akal ini tidak sedar agaknya, Islam sangat memandang tinggi peranan wanita/isteri. Isteri bukan sekadar alat seks suami... Rujuklah ilmuan Islam sebelum membuat kenyataan bangang tahap MORON! Haiyaa... sooo pathetic!
Capaian entry berkaitan : Tidak dilayan isteri bukan alasan untuk curang.
Petikan : BHarian 05/06/2011
kenapa lah seorang bergelar 'DR' boleh mengeluarkan kenyataan sebegini? pertama sekali saya mendengar isu ini adalah diberita salah sebuah stesen radio,saya mendengar berita ini bersama2 dgn suami,betapa bangganya dia mendengar artikel ini diperkatakan..saya pula seolah2 terasa bahawa darjat pelacur adalah lebih tinggi drpd darjat seorang wanita bergelar isteri..kenyataan yg dikeluarkan oleh 'dr' ini amat2 mengecewakan saya..kenapa pula seorng isteri yg telah byk berkorban utk suaminya perlu dipertikaikan lagi dari segi aksi di ranjang? adakah kelas aksi di ranjang itu lebih penting berbanding dari segala pengorbanan jerit perih seorg isteri dlm menguruskan rumah tangga anak2 dan melahirkan anak? adakah jika aksi di ranjang tidak hot boleh meletakkan seorg isteri yg taat dan patuh segala perintah ALLAh dan suami kekancah perceraian??? maaf kata,saya benar2 kecewa di atas kenyataan Dr tersebut,seperti tiada faktor lain yg perlu seorg suami titik beratkan di dunia ini kecuali seks pula..diharap Dr tersebut menarik balik kenyataannya kerana ramai para isteri yg terluka..wassalam..
BalasPadamEntah... pelik punya spesies...
BalasPadamSuka saya petik ayat blogger sozcyili :
Nasihat doktor neh bagus. Tapi penggunaan ayat doktor neh kurang bagus. Malahan cara doktor neh asyik menyalahkan kaum wanita juga kurang bagus.
1. Layan suami macam pelacur kelas atasan.
Pelacur = dibayar mahal untuk mendapatkan servis pelacuran.
Isteri = percuma.
Tanggungjawab isteri bukan pada ==> SEKS sahaja. Kena fikir juga tue. Takan balik2 kerja terus nak buka baju ajak main? Anak? Rumah? Masak? Orang gaji buat? Napa lah tak cakap layan suami macam siti khadijah ke? Seronok sikit awak nak baca nasihat macam tue. Tah pape lah..
2. Gejala tidak sihat.
Apahal plak isteri yang kena blame atas seme gejala tidak sihat tue? Doktor neh kan.. betul ke dia perempuan hah? Patutnya ini tanggungjawab bersama, Tak kiralah laki ataupun perempuan. Suami ataupun isteri. Janganlah buat benda neh macam kesalahan pada wanita je beb.
3. Kegagalan rumah tangga.
Ramai yang bercerai faktor utama nya ialah gagal memahami islam. Bila gagal faham islam, maka gagal sabar. Asal gaduh mula cerai. Asal ada masalah sket mula cerai. Doktor2.. ko neh kan.. cukuplah menyalahkan kaum wanita. Kaum wanita bukan maksum. Tapi takan bab2 perceraian pun kaum wanita je kena balon? Patutnya doktor nasihat dorang seme dalami ilmu agama. Bukan ilmu pelacuran. Pelacur takde masak2, layan anak seme2 tue doktor. Pelacur bab2 seks je dorang expert. Tolonglah jangan cuba2 nak menyamakan isteri = pelacur.
Doktor neh kan nak bagi nasihat, aku faham. Tapi kalau point2 je cuma highlightkan macam isteri je salah pun tak boleh gak. Patutnya dia kenalah adil. Kalau isteri tak pandai layan, suami bimbing. Yang suami gatal2 nak cari pelacur apahal lak. Pastu isteri pula kena blame. Tah pape aku rasa.
Sozcyili : isteri bukan pelacur
BHarian 13/06/2011 ~ Kata Sal: Ketaatan bukan sekadar di tempat tidur
BalasPadamTERKEJUT ada, nak tergelak pun ada. Isteri kena layan suami seperti 'pelacur kelas pertama'. Fuhhh, macam mana tu ya? Tak pernah tahu pun macam mana pelacur beraksi, apatah lagi pelacur kelas pertama. Tapi yang Sal tahu, pelacur ni pastinya melayan lelaki, mungkin juga suami...tapi suami oranglah.
Mungkin Naib Presiden Kelab Taat Suami, Dr Rohaya Mohamed, berniat baik. Kata-katanya bukan tersurat tetapi tersirat. Mahu wanita bergelar isteri memberi layanan tip-top (terbaik) buat suami tetapi tak bolehkah menggunakan perkataan yang lebih manis bunyinya, lebih molek contohnya.
Layanan terbaik buat suami, memang itu sewajarnya kerana itu tuntutan bukan hanya kerana tidak mahu suami curang. Tetapi, layanan itu bukan hanya di ranjang. Layanan untuk suami merangkumi banyak aspek, makan minumnya, baju seluarnya, sukanya, sedihnya, lelahnya, macam-macamlah.
Kalau nak suruh jadi macam pelacur, setakat hubungan seksual sajalah. Tiada hati, tiada perasaan, jauh lagi kasih, sayang, cinta juga rindu. Yang penting RM! Lagi banyak, lagi besar nilainya, lagi baguslah layanan. Jadi, mungkinkah juga Dr Rohaya, layanan isteri kepada suami perlu dibayar? Hanya Dr Rohaya dan suaminya yang boleh menjawab...
Teringat kata-kata kawan lelaki Sal satu ketika dulu. isteri bagilah layanan terbaik, isterilah yang paling cun, makhluk paling seksi, kalau suami nak cari perempuan lain, dia cari juga. Tak ada sebab atau alasan kukuh kecuali satu, memang sebab nak cari yang lain. Senang cerita, hati terbuka untuk tambah cawangan!
BHarian 13/06/2011 ~ Kata Sal: Ketaatan bukan sekadar di tempat tidur
BalasPadamKisah Salih Yaacob juga mungkin tak salah dijadikan contoh. Satu demi satu isterinya bertambah sampailah cukup kuota empat sekarang ini. Tidak pernah mendengar cerita dia memburukkan atau melebihkan mana-mana isteri, kehidupan berpoligami bersama empat isteri, tegasnya, bukan berlandaskan nafsu semata-mata sebaliknya kerana kehendak dan keizinan Allah.
Ketaatan isteri bukan hanya di tempat tidur semata-mata, golongan Hawa bukan sekadar tempat golongan Adam memuaskan nafsu dan kecantikan seorang wanita, cantik rupa, lawa hati, adalah hasil bimbingan dan tunjuk ajar terutama daripada suami. Ini sepatut-patutnya.
Isteri perlu dibimbing selain disayangi sepenuh hati. Selalu sangat lelaki `terjerit-jerit’ bangga wanita kaum yang lemah, tidak seperti mereka yang dilahirkan sebagai pemimpin. Jadi, jadilah pemimpin.
Ketaatan suami mengikut hukum, melunaskan tanggungjawab sebagai suami, pasti melahirkan isteri yang taat kepada suami.
Selagi suami tidak abaikan tanggungjawab, layan isteri dengan baik pula tu, cakap baik, lemah-lembut, berhalus, tingkah laku baik, 10, 100, beribu kali ganda lagi baik ketaatan dan layan isteri kepada suami.
Ini, dengan orang lain, lembut lidah dari gigi, orang tak minta tolong, dia yang beria-ia nak membantu, semuanya baguslah, sampai orang cakap, baik suami dia tu.. untung isteri dia.
Dengan isteri, anak-anak, punyalah bengis, tak tahu nak cakap baik-baik, high-pitch memanjang, muka muncung sepanjang masa, sampai boleh gantung durian. Mata tu kalau menjeling sampai macam nak terpusing biji mata. Rumah pula, macam hotel. Balik rumah untuk lelapkan mata saja. Masa dengan anak isteri, dalam sebulan nak dapat 24 jam pun susah. Nak layanan terbaik daripada isteri? Minta maaflah.
Ini satu benda yang Sal rasa ramai lelaki mudah lupa. Berubah layanan apabila wanita idaman sudah sah bergelar permaisuri. Masa jadi girlfriend, all out, habis-habisan nak memenangi hati tapi bila jadi isteri, buah hati jadi `kuli’- bagi dia anak, jaga anak, sediakan makan minum, siapkan baju seluar, jaga rumah dan layan dia atas katil.
Sampailah bila isteri berubah hati, dingin, tak mesra, mulalah kata isteri tak sayang dia lagi kalau tak pun tuduhlah isteri ada buah hati. Mulalah tak keruan hidup. Tercari-cari di mana silapnya tanpa sekali pun mencari kesalahan dan kekurangan diri sendiri.
Hidup berumah tangga memerlukan pengorbanan yang seimbang. Tidak adil menuntut segala-galanya daripada isteri dalam memastikan kerukunan dan kebahagiaan. Hormat-menghormati, persefahaman, tolak ansur, baik daripada isteri juga suami, barulah ketaatan wujud tanpa dipaksa, tak perlulah sampai berlagak umpama pelacur kelas pertama. bagilah apa kelas pun, soalnya, pelacur ada kelas ke?
Saranan tak cermin kehendak wanita ~ BHarian 14/06/2011
BalasPadamKUALA LUMPUR: Saranan yang dibuat Kelab Isteri Taat tidak mencerminkan kedudukan serta tidak menepati kehendak majoriti kaum wanita di negara ini, selain mengelirukan mengenai peranan isteri dalam Islam.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata sebagai kelab yang disertai wanita Islam, kenyataan berkenaan juga boleh menimbulkan tanggapan negatif negara asing terhadap kedudukan wanita di negara ini.
“Kita sebagai pemimpin yang beragama Islam seharusnya berhati-hati ketika mengutarakan sesuatu pendapat (mengenai hukum Islam) kerana ia akan memberi pandangan mengelirukan (sekiranya disalah tafsir)," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini yang menyarankan kepada golongan isteri supaya patuh dan memberi layanan seperti ''pelacur kelas pertama'' kepada suami.
Sementara itu, mengulas laporan sebuah akhbar bahawa wanita berumur bawah 30 tahun rela berpoligami, Shahrizat berkata ia satu laporan yang tidak tepat.
"Rata-rata golongan ini tidak bersetuju untuk berpoligami kerana kebanyakan mereka ini berpendidikan dan berkerjaya.
“Kita memahami dan menerima hukum Islam yang membolehkan poligami, tetapi dalam berpoligami si suami perlu mengetahui syarat yang harus dipraktikkan dan bukan menganggapnya sebagai satu hak," katanya lagi.
'Tidak berilmu samakan isteri dengan pelacur' ~ BHarian 13/06/2011
BalasPadamKenyataan rendahkan martabat, pengorbanan golongan wanita
KOTA BAHARU: Layanan isteri yang baik terhadap suami tidak wajar disamakan sebagai layanan pelacur kelas pertama, kata Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, perbuatan menyamakan tugas seorang isteri melayani suaminya sebagai pelacur juga tidak berpandukan kepada peranan dan tanggungjawab sebenar isteri terhadap suami di sisi Islam.
“Jadi, sesiapa yang menyamakan tugas isteri melayan suami sebagai pelacur kelas pertama tidak wajar dan berilmu,” katanya semalam.
Mohamad Shukri mengulas kenyataan Naib Presiden Kelab Isteri Taat, Dr Rohaya Mohamed baru-baru ini, yang menyarankan golongan isteri patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’.
Kenyataan itu dikecam banyak pihak termasuk Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Musa Awang yang menyifatkannya sebagai kenyataan ‘biadap dan celupar’.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri berkata, layanan pelacur terhadap pelanggan adalah berdasarkan wang semata-mata, sedangkan tanggungjawab isteri dari kaca mata Islam amat luas.
“Perkahwinan suami isteri memenuhi kehendak biologi dan yang paling besar bersandarkan rohani dan psikologi. Jadi, adalah tidak kena menyamakan seorang isteri sebagai pelacur kelas pertama. Ini juga boleh menghina golongan wanita dan lelaki yang menjadi pasangan suami isteri yang sah di sisi agama Islam dan ia dilihat tidak berakhlak,” katanya.
Sebaiknya, kata beliau, suami yang gagal mendapat kepuasan daripada layanan isterinya, harus mendidik isteri mereka dengan cara baik mengikut Islam.
Katanya, . – BERNAMA
Katanya, pemimpin keluarga yang baik akan membentuk isteri yang taat kepadanya. – BERNAMA
BalasPadamsalam kak,
BalasPadamterima kasih dtg mengomen di blog sy utk entri berkaitan ni .
mmg rata2 org xsetuju dgn pndpt Dr. ni .. saya rasa ni salah satu 'dakyah' kumpulan arqam,maaf ye klu ade yg terasa..tp kump. ni mmg kepelikan sikit kan..jgnlah samatarafkn isteri dgn pelacur..alahaiiii~
~Ummi Hanie
www.ummihanie.com