Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Bukanlah suka-suka saja tanpa tujuan, Laman-Seri memasukkan entry ini tetapi pada hemat saya yang cetek ilmu ini, entry amat molek dijadikan santapan minda bagi mereka yang mahu ambil teladan.
Beberapa hari yang lepas ada perbincangan tentang “Faraidh dan Keadilan Allah” di egup yang saya sertai. Terdapat persoalan daripada salah seorang rakan egrup yang bertanya,
“Kenapa ya sistem faraid tidak membela nasib wanita? Bahagian yang diterima amatlah sedikit.. Bagaimana pula dengan nasib suami isteri apabila hanya mempunyai anak-anak perempuan.. Bukankah harta yang dicari hanya untuk isteri dan anak-anak sahaja mengapa ibu bapa adik-beradik juga dapat?”
Ðaripada persoalan yang dikemukakan di atas, bermacam-macam feedback yang diterima, termasuklah yang menerangkan dan ada juga yang ‘mencemuh’ si penanya. Setelah beberapa siri soal-jawab, penanya masih tidak memahami (mungkin kerana tidak mendapat penjelasan yang sempurna), maka beliau masih menyoal,
“I tetap rasa sistem faraid menyekat berapa banyak harta seorang wanita patut dapat.. Patutnya ikut je wasiat dah tentu orang-orang yang tiada dalam wasiat tidak akan dapat apa.. Kenapa faraid tidak memihak kepada wanita malah lebih kepada lelaki dalam pembahagian harta... Ði manakah kedudukan wanita dalam islam yang mengatakan islam memandang tinggi wanita?”
Ada juga sahabat lain yang membalas,
“Hukum faraid secara teorinya memang perfect tapi bila praktik baru nampak di mana kekurangannya org yg ambil kesempatannya..kalau tidak kenapa kerana harta pusaka adik beradik,bapak anak,ibu anak berparang berbunuh putus keluargapun ada. Itu tak campur lagi yg tak dapat selesai beribu ribu juta di Msia sahaja, kerana terlalu sempurna merekapun tak sanggup ikut faraid. Sampai berapa lama nak pejam mata?”
Ðisebabkan komen itu, seorang yang bergelar Ustaz XXX membalas,
“Anda perlu bezakan antara faraidh hukum Allah dan kelemahan pihak berwajib yang kononnya mereka adalah golongan yang menguruskan hal-ehwal Islam dan umatnya. Anda boleh mempertikaikan mereka tuh. Namun bila anda sudah mengatakan hukum faraidh itu tidak sempurna nescaya anda bukan lagi seorang muslim. Satu lagi, sistem mana sekalipun tidak mudah untuk menjinakkan orang gila. Gila harta dan gila dunia. Sehingga mereka sanggup pertikaikan hukum Allah. Subhaanallaah!!!”
Laman-Seri tidaklah berapa arif tentang faraid dan entry ini tidak bertujuan untuk memperincikan hukum-hukum faraid. Sebenarnya saya tidak berapa ‘gemar’ dengan feedback seorang yang dikatakan ustaz dengan ayatnya, “...anda bukan lagi seorang muslim...”, “...orang gila...” dan “Gila harta dan gila dunia.” ... Tidak wajar seorang yang berilmu (alim) sebegitu tidak dapat mengawal jarinya daripada menaip ayat-ayat yang tidak sepatutnya.
Feedback ‘ustaz’ ini mengundang balas dari seorang sahabat lain yang berbunyi,
“HARTA PUSAKA sebenarnya tidak terikat pada HUKUM FARAID sahaja. Ia masih boleh dibanci secara HIBAH iaitu pemilik harta banci harta ketika dia hidup lagi atau harta dibanci secara PAKAT iaitu pewaris harta beri pendapat sebagai pedoman untuk banci harta secara rata/sama. Jika pedoman ini disetujui ramai,maka muafakat/pakat diistihar WALI-AKRAB TERTUA. Mika tahu ke siapa WALI AKRAB itu. Janganlah buntu hingga menghukum KAFIR pulok pada pewaris. Ini bukan soal siapa GILA.”
Saya yang sememangnya tidak berkenan dengan feedback ‘ustaz’ setelah beberapa siri penyerangan peribadi berlaku (kepada saya dan beberapa sahabat lain juga) pun dengan tidak berfikir panjang telah menyokong sahabat berkenaan dengan mesej, “Betul. Saya setuju 100%. ‘Ustaz’ ini memang suka melabel orang. Patutlah orang Islam semakin jauh dengan Islam dan non-muslim menyampah dengan muslim.” [NB: Ðalam posting lain, ustaz ini juga ada menyebut “Gila harta” kepada feedback saya dalam harta sepencarian dan mendoakan mereka yang ‘anti-poligami’ supaya mendapat madu. Adakah patut seorang ustaz berkata begitu...?]
Sebenarnya, terdapat juga sahabat lain yang tidak menyukai feedback ‘ustaz’ berkenaan, antaranya,
“Wahai ustaz yg riak dan berlagak pandai...cermin diri dulu sebelum menghukum seseorang bukan muslim .. Jangan berlagak menulis bagai dapat wahyu sambil merendahkan orang lain, manusia makin benci contoh orang macam ni, faham. Apa yang ditulis memang fakta, bab pihak berwajib memang banyak kelemahan dan lambat tetapi bab ikut faraid memang mereka ikut sebijik2 apa yang ditulis dan ditafsir oleh ulama-ulama mazhab dahulu kala.. Kenapa bila bab faraid yang sempurna manusia lebih ramai yang gila tetapi tidak mereka yang amal wasiat...? Adakah ustaz yakin akan mati dalam keadaan beriman?”
Anda boleh rujuk perbincangan ini di sini SiM....
Setelah itu, beberapa siri ‘serangan’ masih dilakukan oleh ‘ustaz’ berkenaan dan saya cuma dapat angkat
Yang peliknya, mengapa ‘ustaz’ itu begitu marah dengan saya? Adakah disebabkan title ‘ustaz’ maka seorangpun tidak boleh menidakkan pendapatnya? Adakah kerana saya seorang wanita, maka saya tidak layak menegurnya? Agaknya ‘ustaz’ lupa kisah seorang sahabat Nabi yang hebat, juga pernah ditegur oleh seorang wanita... Jika ada yang tidak mengetahui akan kisah ini, silalah ikuti...
Khalifah Umar al-khattab juga berlapang dada dalam menerima teguran dari seorang wanita. Saidina Umar menyarankan agar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak perempuan seharusnya rendah kadarnya. Wanita tadi yang mendengar saranan Saidina Umar membantah pandangan Saidina Umar dan menegaskan bahawa penetapan kadar mas kahwin adalah hak pengantin perempuan dan sepatutnya ianya tidak perlu dipertikaikan. Saidina Umar menerima dengan hati yang terbuka dan berkata : “Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah. Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku.” Subhanallahi wa bihamdih, subhanallahil ‘adzim.
Jika para sahabat boleh ditegur, mengapa tidak kita?? Siapalah kita berbanding mereka? Cuba ubah sedikit persepsi pemikiran kita. Jika kita ditegur, itu bermakna ada orang ambil berat, ada orang cuba hendak beri ingat, ada yang hendak beri pendapat. Supaya dengan Tuhan kita terasa dekat. Ingatlah, teguran itu satu ujian dan ujian itu tidaklah seberat kutukan yang Rasulullah SAW pernah terima dahulu...
Setelah keadaan agak reda, saya tersenyum membaca komen seorang sahabat yang saya hormati, katanya, “kadang-kadang ustaz XXX ni hilang kesabaran melihat manusia yang mempertikai hukum Allah...”
Inilah asbab entry kali ini. Komen yang membuatkan saya tersenyum hingga ke telinga... Saya akui, ustaz juga manusia biasa, bukan malaikat. Tidak hairanlah seorang ustaz juga tidak dapat mengawal kemarahan, juga ada kalanya ego (BACA: ego = takbur = lebur, bahaya tu!). Tapi ingatlah, ustaz juga bukanlah seperti Nabi yang maksum yang terpelihara daripada kesilapan. Ustaz juga manusia biasa, takkan langung tidak boleh ditegur?!
Teringat saya satu kisah yang saya terbaca di iLUViSLAM#66, tulisan Ðr HM Tuah Iskandar al-Haj. Suka benar saya kongsikan di sini, mudah-mudahan ada manfaatnya bagi mereka yang bergelar daie.
Percaya atau tidak, ada seorang ustaz berkata begini, “Ðulu, saya ni dalam kumpulan amar makruf nahi mungkar, kami ada satu kumpulan yang round satu kampong, ketuk pintu rumah orang yang kami syak bersekedudukan, ada maksiat di situ. Ramai yang kami tangkap, tapi makin kami tangkap makin banyak pula salah-laku di kampong kami. Rasanya tak mengurang pun, bertambah adalah. Kes-kes buang bayi, hamil tanpa nikah, bahkan kes bunuh pun ada.”
Syabaslah ustaz. Orang-orang awam seperti kita tak terbuat aktiviti begitu. Itulahpun gunanya gelaran ustaz. Maklumlah, belajarpun tinggi, hingga ke Jordan sana, Madinah dan sebagainya, kalau hidupnya setakat macam kita yang sekolah pun tak tinggi, apa maknanya? Rasanya memang kerja ustaz-ustaz yang mengaji tinggilah hal macam itu. Tidaklah ustaz kerjanya hanya setakat mengajar orang di masjid atau di surau, tapi berbuatnya tak berapa nampak, sungguh tak berapa sesuai.
Namun, ayat ustaz itu sebenarnya belum habis. Sambungannya lagi, “Ðulu, kami pergi ke tempat budak-budak rempit berkumpul. Ada yang minum arak, merokok tak usah cakaplah. Yang bawa perempuan dengan baju ketat, singkat pun ramai. Ðekat nak Maghrib mereka berkumpul. Kamupun dekatilah dan nasihatilah. Minta dia orang balik. Bila kami cakap, Nampak macam mereka dengar, diam saja. Tapi bila kami pusing belakang nak balik, dia orang gelak ramai-ramai, bersurainya tidak juga. Ada yang start engine press minyak kuat-kuat.”
“Mendidih juga darah kami,” kata ustaz itu lagi, lalu beliau sambung lagi, “Kalau dimainkan kami ni, start kami nak buka mulut tak usah cakap lagi, memang selalu dan banyak kali. Entah anak siapalah dia orang ni. Emak bapak haram tak tahu. Saya percaya emak bapa tak tahu. Mana ada emak bapak yang berkenan tengok anak jantan, anak gadis rupa tu.”
Itulah cerita ustaz berkenaan. Beberapa bulan kemudian dalam cedramahnya yang lain dia berkata lagi, “Saya dah tak buat dah kerja mendekati budak-budak remaja yang berlonggok tepi simpang, kerja gila! Bahaya!”
Eh…. Ustaz pun boleh fed-up? Selama ini semangat kita tinggi sebab ada ustaznya, alih-alih ustaz pun kata dia dah tak nak buat dah datangi budak-budak muda yang berlonggok waktu Maghrib, sebab katanya bahaya. Ðah puas dan tapi hasilnya tak nampak, kena perli, kena marah dan hampir kena pukul pun ada. Jadi, ustaz dan kumpulannya sudah tak nak buat kerja amar makruf nahi mungkar. Pulak…
Kita sentiasa berharap golongan yang lebih RETI (arif) mengetuai kita, mengepalai kita, sebab motivasi kita memang naik bila ada golongan sebegini. Kita sedia di belakang, tapi andainya mereka pun sudah berputus asa dan mula bersikap naïf dan kebudak-budakkan, apa lagi yang tinggal untuk kita yang biasa-biasa ini?
Mari kita seru diri masing-masing, teruskan kerja mulia, cabaran memang ada. Jika tidak begitu, bukanlah dakwah namanya. Ðakwah itu memanglah sakit, mana ada dakwah yang sedap. Kalau hendak sedap, dalam masjid ada air cond sajalah tempatnya. Tapi itu setakat cakap, yang dicakapkan pula pada golongan yang sudah memang kaki masjid, sudah tentu memang yang baik-baik belaka, berdakwah di kalangan orang yang memang sedia balik.
Liku dakwah
Ðakwah adalah jalan yang penuh liku. Ði ujian kesusahan, hinggalha kepada ujian kesenangan malah kejemuan. Ðakwah adalah wasilah tarbiah yang ertinya pada seni membentuk manusia. Tatkala usaha itu bersabit dengan manusia, banyaklah sakitnya berurusan dengan manusia. Semuanya ditempuh oleh pendakwah, demi matlamat tarbiah yang dijunjungnya, pada seni membentuk manusia.
Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Justeru, kesakitan yang dialami oleh pendakwah adalah pada menggauli manusia, sebelum kesakitan berbentuk ujian yang dating dan pergi pada tabiat jalan dakwah. Ðakwah itu perjuangan, perjuangan yang seiring dengan pengorbanan. Ðakwah boleh menyinar segar kehidupan manusia yang diseru, mengeluarkan manusia dari gelap kepada cahaya. Jalannya memanglah payah dan perlukan sabar, ketika sabar itu digelar Rasulullah SAW sebagai sinar mentari.
Harusnya pendakwah dan pendidik menjadi ‘pelita’ kepada orang ramai. Gelaran Rasulullah SAW kepada mereka adalah ‘si alim’, bukan sekadar manusia biasa. Alim itu sandarannya ilmu. Tahu ilmu mendidik orang, tahu ilmu mendidik diri. Perumpamaan yang baik itu ditujukan kepada seorang alim yang mualim. Seorang yang bukan sekadar tahu-tahu kemudian menyibukkan diri memberitahu, lalu mudah alpa ke atas diri sendiri. Sesungguhnya manusia seperti inilah yang sering menjadi ‘lilin’, yang membinasakan dirinya.
Kita harapkan mereka berdakwah pula dalam kalangan mereka yang tidak kenal masjid, barulah timbul cabaran dan ujian serta besar pula ganjaran dari-Nya. Tapi itulah sayangnya, golongan agamawan pun boleh putus asa, sudahlah siap cerita kepada orang lain dalam ceramah agama pula, manalah orang-orang awan macam kita tambah-tambah hilang semangat amar makruf nahi mungkar.
Tetapi tidak mengapalah, marilah kita seru diri kita masing-masing, amar makruf nahi mungkar perlu diteruskan, sekuat kita dan ikut kuasa yang kita ada. Kalau tidak mampu hendak berdepan dengan masyarakat yang tempang begitu, pada ahli keluarga sendiri pun jadilah. Pokoknya, jihad melawan hawa nafsu serta kerja amal mencegah kemungkaran perlu diteruskan.
Semoga kita tidak cepat fed-up dalam menjalani ujian-Nya... Amiin...
Sumber : Ðr HM Tuah Iskandar al-Haj di iLUViSLAM#66
maaf cek onion, assalamualaikum. nak buat pengakuan, saya baru baca habis. :D
BalasPadamhmm. saya pun tak berani nak cakap lebih. saya pun ada berhadapan dengan soal faraid ni. and now pun dalam perbincangan bila ada pihak2 tertentu yang tidak setuju dengan sistem tersebut dan berpegang pula kepada susur galur hak milik harta berdasarkan keturunan darah daging. memandangkan tiada wasiat yang sah. hanya wasiat lisan.
saya pun tidak berapa arif dengan sistem ni, dan sememangnya menyerahkan sepenuhnya kepada pihak yang lebih mengetahui.
hmm, betul kata cek onion tu. tak sewajarnya seorang ustaz begitu emosi dalam menghujahkan sesuatu dan cepat melatah bila ditegur sedimikian. barangkali dengan gelaran yang dipegang. dan seperti kata cek onion, kerana seorang wanita yang menegur. kaum lelaki, ada egonya kan.
takpala cek onion, saya pasti dia mesti memikirkan semula apa yang dah dia katakan. InsyaAllah. Allah kan maha mengetahui :)
Wasslm wbt...
BalasPadamSaya memang sukar mengawal emosi. Agaknya cara tegur pun tak betul, sebab itu 'terkena'. :(
Bukan mudah hendak buat teguran, bak kata orang seperti menarik rambut dari tepung yang sudah diuli... rambut jangan sampai putus, tepung pula jangan sampai melekit-lekit pada tangan... :)
Terima kasih berkongsi Gagal bab tegur.