PAGE

Selasa, Jun 21, 2011

Wanita dan handbag



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini Laman-Seri hendak berceloteh sedikit tentang barang kesukaan kaum wanita iaitu handbag. Puncanya saya sempat membaca posting fasal handbag RM di egroup....

Kata orang, wanita dan handbag tidak dapat dipisahkan. Betul ke? Betullah tu... Handbag dan wanita sememangnya ‘sahabat’ sejak dulu lagi kerana ada yang mengatakan wanita tidak boleh keluar rumah atau ke mana-mana tanpa membawa handbag.

Memang ramai wanita di dunia ini yang meminati handbag dan suka mengumpulnya. Handbag yang pelbagai gaya mudah menarik minat wanita. Ada yang setelah melihatnya, berkenan dan terus membeli. Harga bukanlah persoalan bagi mereka. Ada juga yang membeli kerana katanya beg itu sesuai dengan baju yang ada di dalam almari. Itu salah satu alasan klise hampir semua wanita yang ‘hantu’ handbag. Mujur saya bukan ‘hantu’ handbag.... erk... iya ke? ;)

Baru-baru ini Jusco ada buat sale. Sudah agak lama tidak menjenguk Jusco, tahu-tahu ada sale. Apa lagi, saya pun merewanglah ke tempat handbag, kebetulan handbag ‘pelasah’ yang selalu dibawa ke pejabat sudah cukup usang dan perlu ditukar ganti. Eh... bukan saja-saja nak ganti tapi memang perlu ganti, ya... HR manager pun komen yang sama... :)

Setelah puas membuang masa lebih kurang sejam membelek-belek handbag yang ada, saya pilih satu handbag brand CarloRino. Cantik begnya, ada diskaun 50% lagi... Harga asal lebih-kurang RM300, bila sudah diskaun, tinggal dalam lebih-kurang RM150. Hemmm.. bila sudah berkenan, saya bayar sajalah.

Saya jenis yang suka handbag besar jenis ‘tote bag’. Sorry, kalau korang pembaca lelaki, mesti korang tak faham apa itu ‘tote’ .. ehem... sebutannya ‘tot’ ya, sebut betul-betul.... ‘tote’ bermaksud ‘to carry’. Macam mana rupa ‘tote bag’ ni? Haaa... boleh tengok gambar di bawah.

tote bag saiz kecil oleh Burberry


‘Tote bag’ ini jenis yang besar dengan bukaan luas, bukan handbag biasa ala-ala handbag untuk melawa atau melaram macam Mak Datin. Banyak kelebihan ‘tote bag’ ini, antaranya boleh isi macam-macam, fungsinya lebih kurang macam poket Doraemon. Saya selalu simpan suratkhabar, majalah, buku motivasi (sekarang usung buku Beduk Diketuk) dan sekecil-kecil barang seperti camera, card reader, nail klipper pun ada... Untung bawa handbag besar, selain barang peribadi, ada ruang untuk anak-anak seperti botol susu, wet tissue, tissue, botol air kosong, diapers dan macam-macam lagi. Cuma biola saja yang tiada... :D

OK, berbalik kepada cerita handbag yang dibeli di Jusco, malang sungguh nasib saya.... Baru saja sempat melaram handbag cantik CarloRino, material dalaman di bahagian pemegang handbag telah terkopek... Isyhh... teruk betul kualiti handbag sekarang, ya? Tak sampai seminggu pakai sudah koyak?! Ehem... saya pakai tak ganas ya, jangan silap tafsir.

Sudahnya, terpaksalah saya melawat ke kaunter perkhidmatan pelanggan Jusco dan pulangkan handbag yang dibeli. Mujur Jusco ada cooling period, 14 hari pula tu. Bagus betul. Saya minta Jusco refund wang yang telah saya keluarkan, sebab jika mahu diganti, tidak ada gerenti yang saya takkan hadapi masalah yang sama...

Hemmm... saya masih tercari-cari handbag yang sesuai untuk dibuat pelasah. Tak kisahlah, dapat yang murah lagi bagus. Tak perlulah pakai yang handbag mahal seperti Birkin handbag brand Hermes... Sempat jenguk online handbag di Juwita-Handbags.

GUCCI Jolicoeur Large Tote Shoulder bag
43cm x 30cm x 13cm


GUCCI Jolicoeur Large Tote Shoulder bag
45cm x 28cm x 11cm


Coach Alexandra
34cm x 30cm x 12cm


Yang mana satu cantik eh?


2 ulasan:

  1. @Hanis MY

    Salam...

    Thanks for komen... Hemm... mata ini pun berkenan dengan Gucci Jolicoeur tu... :)

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...