Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, bertemu lagi dalam segmen favorite iaitu FloraFauna. Dalam entry kali ini, Laman-Seri akan kongsikan informasi berkaitan bijan. Siapa tak kenal bijan? Rasa-rasanya semua orang kenal, malah kanak-kanak kecil pun tahu apa itu bijan atau sekurang-kurangnya mereka tahu apa itu sesame (Sesame Street...) :)
Bijan atau nama saintifiknya sesamun indicum memiliki nilai khasiat yang tinggi. Ðikenali juga dengan nama sesame (Inggeris), pokok bijan merupakan herba tahunan yang banyak tumbuh di Asia, terutamanya di Myanmar, China dan India. Bijan juga dikenali sebagai ‘lenga’ (disebut ‘lenge’ dengan ‘e’ pepet).
Ðulu semasa kecil, saya dan adik-beradik amat gemar memakan ‘biskut lenge’. Rasanya sangat sedap dan saya suka menggigit biji bijan. Kini, saya tidak lagi terjumpa biskut itu dijual di mana-mana. Jika ramai yang mengetahui khasiat bijan, tentu ada yang usaha untuk mempopularkan semula ‘biskut lenge’ ini.
Bijan tergolong dalam keluarga pedaliaceae dan ia juga merupakan tanaman komersial utama di Nigeria, Sudan dan Ethiopia. Pokok bijan hidup liar di tanah terbiar, biasanya di tanah berpasir atau tanah yang bersaliran baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Ia juga merupakan sejenis tumbuhan bermusim yang tumbuh menegak. Pokoknya tumbuh menegak setinggi satu meter dan bunganya kecil berbentuk loceng, berbau harum dan berwarna merah jambu atau ungu muda. Ðaun pokoknya bujur panjang dan berbau kuat. Tepi daunnya bergerigi, warnanya hijau dan berbulu halus.
pokok bijan
bunga bijan
kapsul bijan ~ closed up
Buah pula jenis kapsul. Biji buah berwarna putih kekuningan, coklat atau hitam. Biji yang telah kering mempunyai rasa seperti kacang. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Apabila kulit biji terkelupas, ia berwarna kuning air. Jika tidak terkelupas, biji bijan hitam kurang digunakan dan keharumannya lebih pekat daripada biji bijan putih.
bijan putih dan bijan hitam
bijan ~ closed up
Sesame seed kernels, toasted (decorticated) | |
Nutritional value per 100 g (3.5 oz) | |
2,372 kJ (567 kcal) | |
26.04 g | |
- Sugars | 0.48 g |
16.9 g | |
48.00 g | |
16.96 g | |
0.371 g | |
0.704 g | |
0.730 g | |
- Leucine | 1.299 g |
- Lysine | 0.544 g |
0.560 g | |
- Cystine | 0.342 g |
0.899 g | |
- Tyrosine | 0.710 g |
- Valine | 0.947 g |
- Arginine | 2.515 g |
0.499 g | |
- Alanine | 0.886 g |
1.574 g | |
3.782 g | |
- Glycine | 1.162 g |
- Proline | 0.774 g |
- Serine | 0.925 g |
5.00 g | |
0.0 mg (0%) | |
131 mg (13%) | |
7.78 mg (60%) | |
346 mg (97%) | |
774 mg (111%) | |
406 mg (9%) | |
39 mg (3%) | |
Percentages are relative to US recommendationsfor adults. |
Khasiat yang diberikan oleh bijan terutamanya bijinya amat banyak. Bijinya dikatakan mampu memberi kebaikan kepada tubuh terutamanya kepada buah pinggang, limfa, usus dan hati. Biji bijan dikatakan kaya dengan besi, mangan, fosforus, protein, vitamin A, vitamin E, vitamin B1, serat, asid phytic dan mengandungi 55% minyak yang amat popular dalam masakan Cina. Biji bijan juga mengandungi dua bahan unik iaitu sesamin dan sesamolin. Kedua-dua bahan ini termasuk di dalam kumpulan serat istimewa yang dikenali sebagai lignans yang telah menunjukkan kesan dalam merendahkan kolesterol kepada manusia dn untuk mencegah tekanan darah tinggi dan meningkatkan bekalan vitamin E terhadap haiwan.
Sesamin juga dikatakan mampu melindungi hati daripada kerosakan oksidatif. Komponen ini juga merupakan sumber baik omega-6 dan asid lemak mono tidak tepu yang berupaya mencegah pembentukan selaput pada arteri dan menganjalkan selaput pada arteri dan menganjalkan kulit.
Siapa tak pernah makan kuih bom?
Simit, roti Turki dengan biji bijan
Tofu/tauhu bijan ~ Goma dofu (ごま豆腐)
Big Mac dengan roti bertabur bijan
Baik untuk kesihatan rambut
Bijan juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara dalam perubatan tradisional ialah ia boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masalah rambut kering dan uban.
Mantapkan payudara
Bijan amat kaya dengan arginine. Oleh itu biji bijan membantu menghalang pembentukan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan mampu memperbaiki sistem imun. Ia juga dikatakan mampu meningkatkan kesuburan.
Biji bijan juga amat berkesan dalam pembesaran dan pemejalan payudara wanita. Biji bijan ini boleh dimakan apabila dicampur dalam makanan atau minyaknya boleh disapu pada payudara.
Penjulap
Biji minyak bijan turut mempunyai kesan laksatif atau penjulap. Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan mampu menghapuskan cacing ini dan mengeluarkannya daripada usus.
Membantu pencernaan
Kebaikan-kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan ialah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf. Bagi mereka yang mengamalkan pemakanan vegeterian, biji bijan yang kaya dengan sumber besi dan zink amat sesuai diambil kerana ia mampu menambah jumlah zat besi dan zink dalam tubuh akibat kurangnya pengambilan protein daripada makanan berdaging.
Lain-lain kegunaan
Bijan juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.
Minyak ini juga banyak digunakan dalam kosmetik terutamanya dalam penghasilan sabun. Herba ini juga dikatakan memiliki ciri-ciri antireumatik dan antikanser. Apabila biji bijan telah diekstrak menjadi minyak, ia boleh digunakan untuk merawat jangkitan gusi. Minyak ini juga mampu digunakan untuk merawat periodontitis atau penyakit pada gusi. Caranya adalah dengan menyapu dua hingga tiga titis minyak ini pada gusi di waktu malam, terutamanya selepas menggosok gigi. Gusi perlu digosok dengan perlahan dan rawatan ini perlu diulang setiap malam dalam jangka masa minima tiga bulan.
Minyak biji bijan boleh digunakan untuk masalah kulit terbakar akibat terdedah pada matahari. Jika anda menyapu minyak bijan pada kulit sebelum berenang di dalam air berklorin di dalam kolam renang, ia mampu melindungi kulit daripada kesan klorin dalam air kolam renang.
Minyak biji bijan juga berupaya mengurangkan kesan yang disebabkan oleh terapi radiasi dan meneutralkan radikal bebas oksigen selain mampu menghalang pertumbuhan malignan melanoma. Jika disapu pada kulit berkedut, minyak ini boleh mengurangkan kedutan di wajah.
Minyak biji bijan juga mampu menambahkan perisa kepada masakan, terutamanya dalam hidangan gorengan seperti bihun goreng, mee goreng, koayteow goreng dan juga sedap bila dicampurkan ke dalam bubur nasi.
Bagi mereka yang mengalami masalah tumit kaki merekah, sapukan minyak biji bijan pada tumit selepas membersihkannya setiap malam sebelum tidur. Ðalam pada itu, daun pokok bijan yang kaya dengan bahan bermusilaj jika dicampurkan dengan herba lain dan mampu digunakan untuk merawat disenteri dan kolera.
Walaupun terdapat pelbagai khasiat bijan, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari kelak.
Sumber : MW#1440 dan En.Wikipedia ~ sesame
Capaian entry berkaitan:
* Witch hazel
* Plum bantu kurangkan berat badan
* Bunga Kantan
* Halba
* Buah pelaga
* Kobis Brussel
* Terung belanda
* Bawang perai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...