PAGE

Isnin, Oktober 17, 2011

Kolagen halal pertama dunia

DR RAJEN menunjukkan produk kolagen keluaran Holista Colltech di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Holista Colltech bakal bina kilang, mampu hasil 20,000 dos sehari

HOLISTA Colltech (Australia) Ltd, syarikat bioteknologi milik rakyat tempatan yang disenaraikan di Bursa Saham Australia, dalam proses memuktamadkan penyertaan dua pelabur tempatan bagi cadangan pembinaan kilang mengekstrak kolagen halal pertama di dunia.

Ketua Eksekutifnya, Datuk Dr Rajen M, berkata Holista Colltech sudah membeli kawasan seluas 1.4 hektar di Pusat Biotek Bandar Enstek bagi membina kilang berkenaan dengan keupayaan mengekstrak satu tan kolagen gred makanan sehari, iaitu bersamaan 20,000 dos sehari.

“Kita dalam proses memuktamadkan janji niaga dengan dua institusi tempatan yang akan masuk sebagai rakan usaha sama (JV), yang mana gabungan kedua-duanya akan menguasai 70 peratus kepentingan dalam kilang berkenaan. Holista Colltech pula akan membawa masuk paten, selain bertanggungjawab dalam aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya di Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dr Rajen berkata, kelulusan untuk menjalankan perniagaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, perancangan luar bandar dan sebagainya sudah diperoleh.

Pengeluaran bahan komersial kalogen halal pertama, katanya, akan dibuat dalam tempoh sembilan bulan selepas perjanjian dan pembayaran dibuat.

Beliau menjelaskan, kolagen adalah protein paling biasa terdapat pada tubuh manusia seperti pada otot, tisu dan kulit berfungsi sebagai ejen antipenuaan dan menambah kepadatan protein tulang. Kehilangannya tidak dapat dielakkan apabila usia meningkat atau disebabkan kecederaan.

“Kolagen yang akan diekstrak di Malaysia itu nanti adalah daripada gred makanan yang mana ia akan ditambah kepada makanan dan minuman seperti kopi, mi segera, coklat dan sebagainya. Ia kini popular di China, Jepun dan Eropah sebagai ejen antipenuaan,” katanya.

Dr Rajen berkata, kolagen yang akan dikeluarkan di negara ini akan diekstrak daripada kulit biri-biri import dari Australia.

“Ekstrak protein itu halal kerana kulit diambil daripada biri-biri yang disembelih dan mendapat pensijilan halal,” katanya.

Laman-Seri : Ini berita kolagen halal yang pertama di dunia. Erk... terfikir pula... lambakan produk kolagen di pasaran sekarang, apa statusnya? Halal atau haram tidak halal?!




Petikan : BHarian 17/10/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...