PAGE
▼
Sabtu, Oktober 15, 2011
Manfaat lemon untuk kecantikan
Warnanya yang kekuningan menarik mata memandang, tetapi apabila diambil jusnya pasti wajah akan bertukar akibat rasanya yang masam. Pun begitu, jangan salahkan rasanya kerana di sebalik masamnya lemon, banyak khasiat yang boleh diperoleh dari buah ini.
Selain boleh dijadikan minuman jus serta digunakan dalam masakan, lemon dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kecantikan. Berikut beberapa manfaat lemon buat pengetahuan anda :
1 - Membuatkan rambut bersinar
Ingin rambut nampak sihat dan lebih bersinar. Campurkan perahan pati lemon pada perapi syampu lalu sapukan pada rambut. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibilas dengan bersih. Lakukan secara rutin.
Lemon juga boleh membantu mencerahkan rambut. Menggunakan sikat, sapukan lemon ke bahagian rambut yang ingin dicerahkan. Setelah itu, jemur rambut di bawah sinar matahari, tapi jangan lupa aplikasikan krim pelindung sinaran matahari agar kulit anda tidak terbakar. Sinar matahari membantu pati lemon mencerahkan rambut anda. Setelah itu bilas rambut seperti biasa dan sapukan perapi rambut lalu biar ia kering sendiri.
2 - Melembutkan kulit
Ramuan tradisional lulur lemon boleh membantu membuatkan kulit terasa lebih halus terutama jika ia selalu dilakukan. Caranya mudah sahaja, parut kulit lemon lalu tambahkan sedikit gula dan minyak zaitun lalu gaul sebati sebelum dibiarkan selama lebih kurang 30 minit. Setelah itu sapukan lulur tradisional itu pada tubuh, terutama pada siku tangan, lutut dan kaki. Ini kerana bahagian tersebut lebih kasar dan kering berbanding bahagian lain.
3 - Menyamarkan kulit berbelang
Bagi mereka yang kerap terdedah dengan sinaran matahari secara terus pasti menghadapi masalah kulit berubah menjadi berbelang. Untuk mengatasi masalah tersebut, ambil hirisan lemon lalu gosokkan secara lembut ke bahagian kulit yang bermasalah. Lakukan setiap hari untuk hasil yang lebih maksima.
4 - Menyegarkan mulut
Bau mulut menyebabkan seseorang berasa kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Bagi mereka yang mempunyai masalah tersebut bolehlah mencuba kaedah ini. Berkumurlah dengan segelas air yang telah dicampurkan dengan perahan lemon. Ia akan membunuh kuman yang menjadi penyebab kepada masalah mulut berbau selain memberi kesegaran kepada mulut.
5 - Mencegah jerawat
Bagi yang ingin menghindari wajah mengalami masalah jerawat, bersihkan wajah dengan susu pembersih. Setelah itu, letakkan beberapa hirisan lemon sebagai masker.
6 - Mencerahkan kuku tangan dan kaki
Campurkan dua sudu makan perahan lemon dengan satu sudu makan ubat gigi dalam mangkuk lalu gaul sebati. Sapukan campuran tadi pada kuku tangan dan kaki perlahan-lahan. Setelah itu biarkan seketika sebelum dibilas dengan air suam. Setelah itu, sapukan kuku tangan dan kaki dengan losen badan untuk melembapkan kuku. Hasilnya kuku akan kelihatan cerah dan bersih. Bagi mereka yang menghadapi masalah kuku nampak kekuningan boleh mencuba kaedah ini. Rendam kuku ke dalam pati lemon selama lima minit lalu dibilas.
7 - Pelembut telapak kaki
Banyak berjalan menyebabkan tapak kaki menjadi kasar. Untuk melembutkannya serta mematikan kuman-kuman yang melekat di kaki, gunakan kaedah ini. Masukkan enam gelas air suam ke dalam bekas bersama tiga cawan perahan lemon, satu cawan susu, dua sudu makan serbuk kulit kayu manis. Lalu gaul rata dan rendam ke dua belah kaki anda sambil di gosok-gosok dengan menggunakan batu apung selama 15 minit. Setelah itu, bilas dengan air suam dan keringkan. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Sumber : MW#1456
Capaian entry berkaitan :
* Tips melangsingkan badan tanpa ubat-ubatan
* Buah lemon kurangkan lebihan asid
lagi info tentang tapak kaki kasar di SIHAT SELALU - Rahsia Lembutkan Tapak Kaki Dalam 5 - 7 Hari
BalasPadamiya lemon emang banyak manfaatnya, aku pake lemon buat krimbat, cek disini infonya
BalasPadamhttp://owlbeauty.blogspot.com/2013/03/creambath-with-aloe-vera-lemon-yuks.html
semoga bermanfaat buat bikin rambut bagus :)