
Dominasi revolusi, pembunuhan & bencana: Sepanjang tahun lebih banyak diisi kisah duka, bencana
2011 telah pun menutup tirai meninggalkan bersama pelbagai peristiwa suka dan duka. Sebut apa saja - tragedi, bencana alam, perang, revolusi, krisis kewangan, kejayaan, kebahagiaan - semua dalam diari 12 bulan yang berlalu.
Berakhirnya Tahun Arnab ini, 2012 yang bakal mengganti diharap memberikan sinar lebih baik untuk kehidupan manusia di muka bumi. Harapan tidak mahu lagi menyaksikan pemimpin dunia dan tokoh terkenal menemui ajal, terbunuh atau dibunuh, sama ada dalam misi rakus kuasa asing mahupun ketika diguling rakyat sendiri.
Ðiharap juga sinar kembali menerangi terowong ekonomi yang setakat ini sudah mencipta krisis di Negara seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Greece dan Italy. Harapan semua turut ditujukan kepada hubungan manusia dan alam supaya tiada lagi bencana yang hadir di setiap benua.
Kesan pemanasan global akibat pencemaran serta penerokaan hutan terus dikawal walaupun akhirnya takdir Yang Maha Esa tidak dapat dilawan. Mungkin juga usia bumi yang semakin tua menyebabkan alam acap kali mengamuk, namun manusia harus berikhtiar melakukan perubahan, menghentikan kemusnahan.
Ðiari 2011 turut disulam detik bahagia yang menarik tumpuan dunia, antaranya ‘Wedding of the Year’ pewaris takhta England, Putera William dan buah hatinya, Kate Middleton. Malaysia turut mencipta nama biarpun gemilangnya sekadar menggegarkan rantau Asia Tenggara. Kita turut kehilangan anak watan tercinta ketika menabur bakti di luar Negara.
Ikuti imbasan Laman-Seri yang melihat kembali antara peristiwa penting sepanjang tahun 2011 dan apa perkembangan terkini subjek diskusi.
Krisis Mesir – Era kejatuhan Hosni Mubarak

Kini : Mubarak, anaknya dan beberapa menteri Kabinet pentadbirannya dibicarakan atas dakwaan salah guna kuasa dan rasuah. Tentera mengambil alih kuasa dan pusingan pertama pilihanraya akhir November lalu menyaksikan Ikhwanul Muslimin yang lebih 30 tahun diharamkan di bawah kepimpinan Hosni, menang 36 daripada 54 kerusi dipertandingkan. Bagaimanapun, Mesir tidak lagi aman seperti pada zaman Hosni kerana ada saja pihak menganjurkan bantahan, menunjuk perasaan yang kadang kala menyebabkan ramai terkorban.
Gempa bumi, tsunami Jepun

Kini : Jepun begitu tenang menghadapi dugaan bencana alam dan bangkit membangunkan semula Bandar yang rosak teruk. Masalah baru pula muncul apabila kira-kira 1.8 tan air mengandungi bahan radio aktif mengalir keluar daripada sistem penyejukan loji nuklear terbabit.
Perkahwinan gemilang Putera William, Kate Middleton

Middleton, 29, rakyat biasa yang berkahwin dengan pewaris takhta dalam tempoh 350 tahun, melafazkan ikrar setianya di depan 1,900 tetamu termasuk bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.
Kini : Kate dilaporkan hamil enam minggu mengikut sumber Istana seperti dilaporkan majalah In Touch. William dan Kate yang mendapat gelaran Ðuke dan Ðuchess of Cambridge sudah pun menyediakan tiga pengasuh untuk anak mereka. Edward, Philip dan Michael menjadi nama pilihan untuk anak lelaki, manakala Alice atau Rose jika yang dilahirkan nanti perempuan. Ini bukan kali pertama Kate dikhabarkan hamil kerana khabar sama juga dilaporkan ketika dia melawat pusat bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Copenhegen, November lalu.
Kematian Osama bin Laden, Muammar Gaddafi

Muammar Gaddafi pula, bekas pemimpin Libya yang memang lantang menentang AS, dibunuh selepas pertempuran denganpasukan majlis peralihan di Sirte, 20 Oktober lalu. Turut terbunuh anak lelakinya, Mo’tassim.
Kini : Hubungan di antara Pakistan dan AS semakin tenang tahun ini sejak komando sekutunya melancarkan serbuan yang membawa kepada kematian pemimpin Osama. Keadaan semakin keruh selepas Washington menuduh perisik Pakistan terbabit dalam serangan ke atas Kedutaan AS di Kabul, September lalu. Pegawai AS menuduh puak di sempadan Pakistan memberi perlindungan kepada anggota Taliban yang sudah 10 tahun memerangi tentera asing itu di Afghanistan manakala rakannya, Taliban Pakistan pula kerapp melancarkan pengemboman di wilayah Pakistan. AS kini memberi tumpuan memburu pemimpin nombor dua al-Qaeda, Ayman al-Zawahiri yang dipercayai turut bersembunyi di Pakistan.
Ði Libya pula, seramai 7,000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ditahan secara tidak sah dan didera pemberontak yang membantu menggulingkan Gaddafi. Kebanyakan yang ditahan itu adalah warga asing yang dipindahkan ke tempat pertahanan di luar kawalan kerajaan baru Libya tanpa diawasi saluran perundangan rasmi. Libya kini ditadbir kerajaan pemberontak, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC). Ðunia juga memerhati dengan penuh minat perkembangan anak lelaki Gaddafi, Saif al Islam yang ditahan di padang pasir di selatan negara itu, 21 November lalu dengan imej berjambang dan memakai jubah seperti puak Badwi. Ðia dikatakan akan dibicarakan atas kesalahan jenayah perang manakala satu-satunya anak perempuan Gaddafi, Aisha bersama isteri dan dua lagi anak lelaki bekas pemimpin Libya itu mendapat perlindungan di Algeria.
Kematian Noramfaizul, kebangkitan Harimau Malaya


Kini : Kejayaan Harimau Malaya menjuarai Piala Suzuki AFF menyaksikan mutu serta populariti bola sepak negara kian meniti puncak, ditambah pula kemenangan Harimau Muda membawa pulang pingat emas Sukan SEA di Jakarta, bulan Oktober lalu. Nama seperti Safee Sali, Safiq Rahim dan Khairul Fahmi Che Mat menniti di bibir kebanyakan peminat tempatan dan antarabangsa. Malah, Safee digelar Beckham Malaysia oleh media Wales ketika menjalani ujian bersama kelab Cardiff City di negara itu, jejak yang kemudiannya turut dituruti Safiq.
Banjir besar Bangkok

Gergasi penanggung syarikat insurans dunia, Swiss Re menganggarkan kerugian RM1.9 billion. Satu perempat daripada tanaman padi juga musnah menyebabkan rantaian Negara pengeksport beras terbensar dunia itu kerugian. Bank Dunia menyifatkan banjir di Thailand bencana keempat paling teruk selepas gempa dan tsunami di Jepun, gegaran di Kobe 1995 dan Taufan Katrina pada 2005.
Kini : Air sudah surut tetapi Kerajaan Thailand bertungkus lumus membangunkan semula infrastruktur yang terjejas. Negara gajah Putih itu juga terdesak menarik kedatangan pelancong dalam usaha mengembalikan semula reputasi antara destinasi palancongan popular dunia.
Steve Jobs dalam kenangan

Kini : Legasi Jobs diteruskan Apple di bawah teaju Tim Cook dengan pelan empat tahun yang diatur lagenda gajet itu sebelum kematiannya. Antara pelan itu adalah pembinaan pejabat baru Apple, perkhidmatan perkomputeran awam, iPhone serta iPad baru.
Penduduk bumi ketujuh billion

Kini : Reputasi China sebagai Negara dengan populasi terbesar sejak sekian lama bakal dicabar. PBB meramalkan dalam tempoh empat dekad lagi, India akan mengambil alih status itu dengan jumlah keseluruhan penduduk dunia dijangka mencapai 8 billion pada 2025 dan 10 billion sebelum abad ini berakhir.
Petikan : BHarian 18/12/2011
Capaian entry berkaitan :
❀ Cerita menarik, popular dan pelik sepanjang 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...