“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Disember 30, 2007

Jaga buah pinggang (ginjal) dari kecil

MEMANG banyak pantang-larang dan arahan perlu dipatuhi pesakit kencing manis untuk meneruskan hidup sejahtera sepanjang hayat, di samping mengelak pelbagai komplikasi, terutama kerosakan buah pinggang.



Dianggarkan 57 peratus kes penyakit buah pinggang kronik (CKD) disebabkan kencing manis dan jika masalah ini tidak dirawat segera, pesakit mungkin memerlukan dialisis untuk meneruskan hidup. Sehingga kini dianggarkan lebih 2,500 orang mengalami kegagalan buah pinggang kronik setiap tahun dan tahun lalu saja kira-kira 3,152 kes baru didaftarkan untuk menerima dialisis berbanding hanya 43 orang pada 1980.

Kerosakan buah pinggang dan dialisis adalah dua penyakit yang ada kaitan sangat rapat. Sebelum perlu menjalani dialisis, seseorang pesakit sepatutnya boleh mengesan gejala kerosakan buah pinggang, terutama apabila sampai ke tahap kronik. Kos rawatan dialisis adalah mahal, iaitu antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Pada 2006, hampir 55 peratus pesakit menerima rawatan dialisis melalui subsidi kerajaan, bantuan badan bukan kerajaan (12 peratus), majikan dan lain-lain (tujuh peratus) manakala 25 peratus perlu mengeluarkan wang simpanan sendiri. Oleh kerana kos rawatannya mahal, penjagaan buah pinggang perlu diberi penekanan sejak muda. Buah pinggang menapis kira-kira 200 liter darah sehari untuk menyingkir bahan buangan dan air berlebihan daripada badan melalui air kencing.

Mengapa buah pinggang kita penting? Apabila kita makan, badan memecahkan makanan untuk mendapatkan tenaga.

Semua hasil daripada makanan ini masuk ke dalam darah dan buah pinggang bertugas membersihkan darah daripada bahan tidak diperlukan. Pengumpulan bahan buangan ini menjadi racun yang boleh merosakkan badan. Namun kerosakan buah pinggang adalah proses perlahan dan mengambil masa lama, oleh itu gejalanya jarang disedari. Bahkan gejala dan petanda kerosakan buah pinggang sering dianggap sebagai masalah biasa yang dialami akibat peningkatan umur.

Seseorang itu dikatakan mengalami kerosakan buah pinggang atau ginjal apabila fungsi buah pinggang mula merosot. Proses kerosakan buah pinggang boleh berlaku dalam masa beberapa bulan hingga tahun; bergantung kepada keadaan kesihatan dan cara seseorang menjaga pemakanannya.

CKD boleh berlaku kepada sesiapa saja dari semua peringkat umur. Kumpulan lebih berisiko ialah:

Ø Mempunyai sejarah kencing manis — Faktor utama untuk kerosakan buah pinggang kronik. CKD biasanya berlaku selepas 10 tahun seseorang menghidap kencing manis dan ia boleh dilengahkan dengan mengawal paras gula dalam darah.

Ø Mempunyai sejarah tekanan darah tinggi — Ini faktor kedua paling biasa menyebabkan kerosakan buah pinggang. Oleh kerana kedua-duanya saling memberi kesan (kerosakan buah pinggang boleh meningkatkan tekanan darah dan tekanan darah pula boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang), sukar menentukan mana satu berlaku dulu.

Ini sebabnya kita perlu sentiasa memastikan tekanan darah pada tahap normal kerana bagi pesakit yang ada masalah buah pinggang, tekanan darah tinggi mempercepatkan lagi proses kerosakan organ penapis darah itu.

Ø Mempunyai sejarah keluarga sakit buah pinggang — Individu yang mempunyai ibu bapa atau adik-beradik pesakit buah pinggang berisiko tinggi mengalami masalah sama. Risiko ini berganda jika mereka juga menghidap kencing manis atau tekanan darah tinggi.

Ø Peningkatan usia — Ini faktor yang tidak dapat dielakkan. Risiko kerosakan buah pinggang meningkat dengan peningkatan usia. Dalam keadaan normal, apabila usia melebihi 40 hingga 50 tahun, fungsi buah pinggang menurun sebanyak satu peratus setahun. Fungsi buah pinggang lebih cepat merosot jika menghidap penyakit kronik seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi.


Fungsi buah pinggang

Menurut Perunding Nefrologi, Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher, buah pinggang ada lima fungsi utama iaitu:

Ø Menyingkirkan bahan buangan daripada badan.

Ø Mengawal jumlah cecair dan elektrolit dalam badan.

Ø Mengawal tekanan darah.

Ø Membantu penghasilan sel darah merah dengan mengeluarkan hormon eritropoietin yang penting dalam proses pembentukan darah.

Ø Mengekalkan kesihatan tulang dengan mengawal tahap kalsium dan fosforus dalam darah.


Gejala apabila fungsi buah pinggang merosot


“Walaupun dikurniakan dua buah pinggang, kita masih boleh hidup dengan satu buah pinggang sihat. Kerosakan buah pinggang peringkat awal tiada gejala dan biasanya ia hanya muncul apabila fungsi buah pinggang kurang daripada 30 peratus.

“Seseorang pesakit dikatakan menghidap CKD apabila fungsi buah pinggangnya dalam lingkungan 10 hingga 15 peratus. Kerosakan buah pinggang adalah kekal dan tidak boleh diperbaiki. Namun kerosakan ini boleh dihentikan atau dilengahkan jika dikesan awal. Keadaan pesakit biasanya hanya disedari ahli keluarga yang jarang ditemui,” katanya ketika bengkel Kesihatan Buah Pinggang anjuran Baxter Healthcare.

Antara gejala kerosakan buah pinggang:

Ø Rasa tidak sihat — Ini disebabkan kehadiran bahan toksik dalam darah. Keadaan ini dipanggil uraemia dan ia boleh menyebabkan seseorang berasa mengantuk, keliru dan mual.

Ø Kelihatan pucat dan lesu — Apabila fungsi buah pinggang merosot, penghasilan sel darah merah juga terjejas. Ia mengakibatkan pesakit mengalami anemia (kekurangan darah) yang membuatkannya cepat berasa penat (jika fungsi buah pinggang kurang 30 peratus).

Ø Bengkak pada kaki, buku lali, tangan dan sekeliling mata — Masalah ini berlaku disebabkan pengumpulan air berlebihan yang tidak dapat disingkirkan oleh buah pinggang. Jika air berkumpul di paru-paru, pesakit akan mengalami kesukaran bernafas.

Ø Kerap buang air kecil — Air kencing menjadi cair dan tidak lagi mengandungi bahan buangan yang sepatutnya.

Ø Mulut rasa tidak sedap — Pengumpulan bahan buangan dalam badan boleh meninggalkan rasa tidak sedap dalam mulut pesakit. Pesakit juga hilang selera makan dan kadangkala berasa mual.

Ø Rasa tidak selesa atau terbakar (sakit) ketika buang air kecil.

Gejala CKD (peringkat serius)

Ø Perubahan pada air kencing — Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah kehadiran darah, protein dan kuantiti air kencing (sedikit). Air kencing menjadi keruh, berbuih dan terasa sakit ketika buang air kecil. Pesakit mungkin mengalami masalah sakit belakang.

Ø Retensi air dan garam — Buah pinggang gagal mengawal kandungan air dalam badan. Ini menyebabkan air kencing dan garam tidak dapat dikeluarkan dari badan. Apabila terlalu banyak protein dibuang melalui air kencing, badan kehilangan keupayaan menyingkir garam dan air berlebihan yang akhirnya meningkatkan tekanan darah. Ia menyebabkan anggota badan, terutama kaki, menjadi bengkak.

Ø Gejala anemia — Buah pinggang yang rosak tidak lagi dapat menghasilkan hormon untuk membantu pembentukan sel darah merah. Kurang sel darah merah bermakna kurang oksigen dihantar ke seluruh badan. Jadi pesakit mengalami gejala kekurangan darah dan cepat penat.

Ø Gejala keracunan darah — Masalah ini berlaku akibat kegagalan buah pinggang menyingkir bahan buangan yang boleh menjadi racun dalam darah. Antara gejalanya ialah mual dan muntah.

Ø Air kencing bercampur darah.


Ketua Jabatan Nefrologi Hospital Serdang, Dr Goh Bak Leong, berkata ada cara mudah dan murah untuk mengesan kerosakan buah pinggang iaitu melalui ujian air kencing, darah serta tekanan darah. Pengesanan awal ini membolehkan pesakit diberi rawatan sesuai dan mengamalkan diet tertentu bagi memperlahankan atau menghentikan proses kerosakan buah pinggang.

Lebih penting, katanya, rawatan buah pinggang mampu merendahkan risiko penyakit kardiovaskular kerana kajian menunjukkan pesakit yang mengalami kerosakan buah pinggang mempunyai kebarangkalian 100 kali lebih tinggi meninggal dunia awal akibat penyakit jantung berbanding mengalami CKD.

Rawatan

“Rawatan paling ideal bagi pesakit CKD ialah penggantian buah pinggang, tetapi bukan mudah untuk mencari penderma. Bahkan, penerima buah pinggang juga perlu mengambil ubat sepanjang hayat untuk mengelak berlaku penolakan buah pinggang baru kerana ia tetap dianggap benda asing, walaupun didermakan adik-beradik sendiri.

“Buah pinggang yang hendak diderma mesti boleh berfungsi antara 80 hingga 90 peratus. Jika pembedahan berjaya, buah pinggang baru ini berfungsi sebanyak 40 hingga 50 peratus. Maknanya jika fungsi buah pinggang pesakit hanya 25 peratus, selepas pembedahan fungsi buah pinggangnya meningkat kepada 65 hingga 75 peratus.

“Pesakit buah pinggang peringkat awal perlu mematuhi jadual pengambilan ubat, mengamalkan diet yang disaran pakar pemakanan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bagi yang terpaksa menjalani dialisis, dua cara boleh digunakan, iaitu sama ada hemodialisis (atau HD dilakukan di pusat rawatan sebanyak tiga atau empat kali seminggu) atau peritoneal (PD) dialisis yang dilakukan sendiri di rumah empat kali sehari,” katanya.

Seperkara yang perlu diingat ialah jangan culas menjalankan dialisis. Ini kerana dialisis (sama ada HD atau PD) hanya menggantikan 20 peratus fungsi buah pinggang dan kegagalan menjalani dialisis boleh mengancam nyawa pesakit.

Kaedah mencegah penyakit ginjal

· Jalani pemeriksaan ginjal.

· Amalkan pemakanan seimbang.

· Minum banyak air, sekurang-kurangnya dua liter sehari.

· Jangan merokok, lebih baik berhenti terus.

· Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Elakkan ubat yang tidak perlu kerana ia boleh memberi kesan dan merosakkan buah pinggang.

· Kekalkan berat badan seimbang.

· Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Dr Goh mengakui masih ramai pesakit kurang faham mengenai penyakit dan rawatan. Justeru, pembaca yang ingin penjelasan atau ada persoalan boleh menghubungi Panel Pendidikan Kesihatan Buah Pinggang hasil kerjasama Persatuan Nefrologi Malaysia dan Baxter Healthcare di bawah kempen Kebebasan Untuk Hidup di talian 03-2282 9955 atau menghantar e-mel ke enquiry@freedomtolive.com.my. Pembaca juga boleh melayari laman web www.freedomtolive.com.my untuk mendapat maklumat lanjut.

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin, Sumber HarianMetro 30/12/2007


Butiran selanjutnya ...

Aorta iliak - Organ pelvis terjejas

Jangan memandang remeh sekiranya anda sering mengalami kekejangan, kesakitan dan keletihan kaki ketika berjalan atau bersenam kerana ia mungkin lebih buruk daripada apa anda fikirkan. Anda mungkin menghidap penyakit aorta-iliak yang boleh menyebabkan saluran utama arteri pada pelvis yang menyalurkan darah ke kaki menjadi sempit dan tersumbat.

Apa itu penyakit aorta iliak? Seseorang itu menghidap penyakit aorta iliak apabila saluran darah (arteri iliak pada pelvis menjadi sempit atau tersumbat).



Aorta ialah salur darah paling besar dalam badan yang bermula pada ventrikal kiri jantung dan membawa darah beroksigen ke seluruh badan.

Aorta ialah salur darah (arteri) yang elastik dan boleh mengembang. Aorta ini akan berpecah kepada beberapa beberapa cabang yang bermula di bawah pusat. Cabang salur darah inilah yang dipanggil arteri iliak. Arteri iliak ini akan melalui pelvis (pinggul) dan ke kaki dan mempunyai lebih banyak cabang membentuk salur darah yang lebih halus untuk membawa darah ke jari kaki.

Arteri (salur darah) yang sihat sepatutnya mempunyai permukaan dinding dalaman yang licin, bersih dan tidak tersekat. Bagaimanapun, apabila usia meningkat, plak yang terdiri daripada kolesterol, kalsium dan tisu berserat mula berkumpul pada dinding salur darah.

Pengumpulan plak ini lama kelamaan akan menyebabkan salur darah menjadi sempit dan proses ini dipanggil aterosklerosis - sama seperti yang berlaku pada salur darah ke jantung. Kehadiran plak yang tebal mengakibatkan arteri menjadi keras dan sempit sehingga mengganggu kelancaran aliran darah ke kaki.

Apabila arteri iliak tersumbat, bekalan darah dan oksigen ke kaki terjejas. Akibatnya, kaki tidak lagi menerima bekalan darah dan oksigen yang mencukupi. Kekurangan oksigen inilah boleh menyebabkan rasa sakit. Dalam keadaan serius, sel-sel kaki akan mati menimbulkan gejala seperti kudis atau gangren. Bagaimanapun, keadaan ini jarang berlaku kecuali jika masalah dibiarkan melarat.

Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Rosli Mohd Ali, berkata jika penyakit ini berlaku pada lelaki mereka boleh mengalami masalah mati pucuk dan dalam kes teruk, ia boleh menyebabkan kaki pesakit terpaksa dipotong akibat kematian tisu. Aorta iliak ialah sejenis penyakit arteri periferal (PAD). PAD ini mempunyai spektrum yang luas namun secara umumnya ia dikategorikan sebagai penyakit yang diakibatkan penyempitan salur darah.

Gangguan peredaran darah melalui arteri iliak ini boleh menyebabkan fungsi organ pelvis (seperti tiub fallopian, rahim, faraj, pundi kencing, testis, dubur dan zakar); kaki atau buah pinggang terjejas. Selain itu, penyakit aorta iliak ini juga boleh menyebabkan pesakit mengalami angin ahmar atau kegagalan fungsi buah pinggang.

Gejala

Gejala berlaku apabila anggota bawah badan tidak menerima bekalan darah dan oksigen. Antara gejala penyakit aorta iliak ialah:

Ø Sakit, kejang dan lenguh (pada bahagian bawah badan) - Biasanya pada peringkat awal gejala dialami ketika bersenam atau berjalan.

Ø Sakit ketika berjalan khususnya pada punggung, paha dan kaki. Sakit hilang jika berehat. Pada peringkat sederhana, kesakitan akan terasa walaupun berjalan dalam jarak dekat.

Ø Sakit pada kaki dan jari walaupun ketika berehat - tanda penyakit bertambah teruk.

Ø Kekejangan pada paha dan punggung

Ø Kekejangan pada kaki (bagi pesakit kencing manis)

Ø Bagi lelaki mereka mungkin mengalami masalah disfungsi erektil

Tanda peringkat teruk

Ø Kaki terasa sejuk, kebas dan sangat sakit

Ø Kulit menjadi kering, bersisik atau tapak kaki merekah. Keadaan ini meningkatkan risiko kepada jangkitan kuman yang menyebabkan kudis

Ø Kaki menjadi lemah

Ø Gangren (akibat kematian tisu)


Gejala yang disenaraikan di atas boleh memberi petanda kemungkinan lebih daripada satu arteri tersumbat.

Faktor risiko aorta iliak:

Ø Merokok

Ø Paras kolesterol tinggi

Ø Tekanan darah tinggi

Ø Obesiti

Ø Mempunyai sejarah keluarga menghidap penyakit jantung

Diagnosis dan rawatan

Walaupun berbahaya dan memberi kemudaratan kepada kehidupan pesakit tetapi penyakit ini sering tersalah diagnos atau tidak dikesan pengamal perubatan kerana gejala yang ditunjukkan mungkin kurang jelas atau pesakit sendiri menganggap ia sebagai masalah biasa yang berlaku dalam proses penuaan. Untuk mengenalpasti penyakit, doktor biasanya akan bertanya mengenai kesihatan pesakit secara keseluruhan (sama ada merokok, menghidap kencing manis atau tekanan darah tinggi), sejarah perubatan dan gejala yang dialami seperti bila ia mula berlaku dan kekerapan berasa sakit.

Malah, doktor juga akan menjalankan pemeriksaan nadi di beberapa tempat. Jika disyaki anda mengalami masalah aorta iliak barulah ujian selanjutnya dijalankan seperti mengambil tekanan darah pada buku lali dan lengan; ujian ultra bunyi dan angiografi.

Rawatan penyakit aorta iliak boleh membabitkan pembedahan atau prosedur minimum termasuk angioplasti dan stent atau pembedahan. Selain itu, pesakit juga perlu melakukan perubahan gaya hidup sebagai sebahagian daripada rawatan. Antara langkah yang paling penting ialah berhenti merokok kerana bahan kimia dalam asap rokok boleh merosakkan salur darah dan meningkatkan risiko komplikasi penyakit aorta iliak.

Pesakit juga disaran supaya mengekalkan berat badan seimbang, mematuhi jadual senaman yang dirancang (seperti berjalan sekurang-kurangnya tiga atau empat kali seminggu) serta makan makanan rendah lemak dan kaya serat. Makanan ini didapati mampu memperlahankan proses pengerasan salur darah dan mengambil ubat jika diperlukan.

Bagi pesakit kencing manis, mereka perlu mengawal paras gula kerana kencing manis yang tidak terkawal bukan saja boleh merangsang kemaraan penyakit aorta iliak tetapi boleh meningkatkan risiko kematian awal akibat serangan jantung.


Oleh: Ahmad Fitri Che Musa

Sumber: HarianMetro 30/12/2007

Butiran selanjutnya ...

Kesan susu formula

Sebaiknya pemberian susu badan diteruskan sehingga 12 bulan dan selepas tempoh ini, barulah anda boleh memikirkan susu alternatif untuk bayi


MEMILIH susu formula untuk bayi kadangkala memeningkan kerana tidak tahu jenis mana yang baik dan sesuai dengan si kecil. Setiap jenama dan jenis susu formula mempunyai kelebihan masing-masing direka khusus bagi memenuhi pelbagai keperluan bayi.

Sebenarnya sebaik atau semahal mana pun susu formula, ia masih tidak dapat menandingi susu ibu. Inilah sebabnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan badan secara eksklusif (memberi susu badan saja) sekurang-kurangnya selama enam bulan supaya bayi anda mendapat semua manfaat yang dianugerahkan Tuhan kerana kandungan susu badan berubah mengikut keperluan bayi.

Sebaiknya pemberian susu badan diteruskan sehingga 12 bulan dan selepas tempoh ini, barulah anda boleh memikirkan susu alternatif untuk bayi apatah lagi bagi wanita yang perlu kembali bekerja atau kurang susu badan. Ini kerana sistem penghadaman bayi belum cukup matang untuk menghadam protein susu dan garam yang terkandung dalam susu formula.

Pemilihan susu formula perlulah dibuat berlandaskan kesihatan bayi, umur, keperluan pemakanan dan harga. Secara amnya susu formula boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu yang berasaskan susu (lembu) atau soya.

Kebanyakan susu formula adalah dalam kategori pertama dan harganya jauh lebih murah berbanding susu formula berasaskan soya. Susu formula berasaskan susu lembu diubahsuai sebaik mungkin untuk menyamai khasiat susu ibu.

Dalam proses ini kandungan karbohidrat, protein dan lemak akan diubahsuai mengikut peringkat umur sasaran selain diperkaya dengan vitamin dan mineral. Malah, ada juga susu yang direka khas untuk bayi pra matang (lahir tidak cukup bulan).

Jenis kedua ialah susu berasaskan soya yang juga mengalami proses pengubahsuaian dan ditambah vitamin serta mineral. Ia tidak mengandungi susu tetapi mempunyai khasiat yang setanding dengan susu formula biasa. Biasanya susu formula jenis ini hanya disarankan untuk bayi yang mengalami masalah penghadaman (pencernaan) atau alahan terhadap protein susu lembu. Kelebihannya, ia mudah dihadamkan.

Tiada kaedah khusus yang boleh digunakan untuk menentukan kesesuaian susu bagi bayi anda. Langkah pertama ialah memberikan anak minum susu berasaskan susu lembu. Jika dia tidak menunjukkan gejala alahan, bermakna susu berkenaan sesuai untuknya.

Namun, jika anak anda mengalami masalah pencernaan atau alahan susu lembu (seperti cirit birit atau muntah setiap kali diberikan susu formula berasaskan susu lembu), segeralah berbincang dengan doktor bagi memilih jenis susu yang sesuai untuk si kecil.

Teknologi pembangunan susu formula sangat memberangsangkan. Pengusaha berlumba meningkatkan nilai untuk memberi lebih manfaat kepada bayi dengan menambah pelbagai bahan yang terdapat dalam susu ibu seperti asid dokoheksanoik (DHA) dan arakidonik (ARA) khusus bagi membantu perkembangan otak dan mata.

Selain mementingkan perkembangan otak, rumusan susu formula baru memberi penekanan terhadap kesihatan sistem pencernaan bayi. Rumusan ini mengandungi immunofortis iaitu campuran oligosakarida yang bertindak sebagai makanan kepada bakteria baik dalam usus bayi.

Antara matlamat kepada pembangunan susu bayi dengan rumusan immunofortis ialah untuk:

Ø Meningkatkan perkembangan sistem imun (mengurangkan risiko jangkitan dan alahan)

Ø Merangsang perkembangan otak, visual dan kognitif

Ø Mengurangkan ketidakselesaan sistem penghadaman seperti sembelit, cirit birit, muntah, sakit perut, jeluak (muak)

Menurut Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan Pemakanan Bayi, Royal Numico Asia Pasifik, Dr Jacques G Bindels, oligosakarida ialah karbohidrat yang tidak boleh dicernakan. Ia akan merangsang peningkatan bilangan dan aktiviti bakteria bifido dalam usus.

“Penambahan koloni bakteria bifido ini terbukti memberi kesan positif dan mampu meningkatkan daya tahan bayi terhadap sebarang jangkitan yang berlaku dalam usus. Kesihatan usus yang baik mempunyai kaitan rapat dengan perkembangan sistem imun bayi kerana dua per tiga (60 hingga 70 peratus) daripada sistem pertahanan badan terdapat di dalam usus.

“Selain itu kajian ke atas tikus mendapati pemberian immunofortis mampu meningkatkan tindak balas terhadap vaksin dan mengurangkan reaksi alahan,” katanya ketika pelancaran susu formula Mamil Gold anjuran Numico Dumex Malaysia.

Berdasarkan 12 kajian bebas ke atas 1,600 kanak-kanak kecil menunjukkan immunofortis mampu melembutkan najis dan mengurangkan 50 peratus risiko jangkitan saluran pernafasan dan cirit birit di kalangan kanak-kanak berumur kurang dua tahun berbanding bayi yang diberikan susu formula biasa.

Sehubungan itu, pengambilan antibiotik bagi meningkatkan ketahanan bayi terhadap jangkitan bakteria juga dapat dikurangkan sehingga 75 peratus. Ini adalah perkembangan yang sangat baik kerana pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh membawa kepada pembentukan jenis bakteria yang lebih berdaya tahan terhadap antibiotik.

Oleh Norlaila Hamima Jamaluddin
Sumber: HarianMetro on 30/12/2007


Butiran selanjutnya ...

Sabtu, Disember 29, 2007

Hadis: Pertolongan berharga

Sabda Rasulullah s.a.w

DARIPADA Qais bin Abi Hazim katanya: Rasulullah s.a.w. ada bersabda: Siapa yang dapat menghilangkan daripada orang mukmin suatu penderitaan dunia ini, Allah s.w.t. akan menghilangkan daripadanya suatu bencana dan bahaya di akhirat. Siapa yang dapat membantu orang yang susah, Allah akan menolongnya di dunia dan di akhirat dan siapa yang melindungi orang Muslim, Allah akan melindunginya di dunia dan akhirat, Allah tetap akan menolong hamba-Nya selama hamba-Nya itu sentiasa bersedia menolong saudaranya (riwayat Muslim).

Pengertiannya,

Dalam hadis di atas Rasulullah memberi jaminan sebarang bantuan atau pertolongan yang disumbangkan masyarakat kepada anggota sesama mereka, akan ada balasannya. Pahala ganjaran tersebut sama ada berupa bentuk yang sama dengan bantuan yang telah diberi atau lebih baik lagi di dunia atau di akhirat. Bantuan Allah ini berterusan selama sumbangan hamba-Nya tidak dihentikannya.

Kesimpulannya

Sumbangan dan kerjasama antara satu sama lain dalam masyarakat hendaklah diteruskan kerana ia dapat menjamin keselamatan dan bantuan daripada Allah di dunia dan akhirat.

Butiran selanjutnya ...

Hentak kepala (Head banging)

Anak suka menghantuk-hantukkan kepalanya ke lantai atau dinding, selalunya dilakukan apabila dia menghendakkan sesuatu barang (mainan selalunya) tapi tak dapat. Hemm.… Pernahkah anda berdepan dengan situasi ini?

Apabila anak kita mula mengamalkan tabiat hentak/hantuk kepala, kita naik risau dan bimbang mungkinkah ia boleh menyebabkan kerosakan pada otak. 20% daripada kanak-kanak yang sihat melalui tabiat ini seketika. Lazimnya, umur bermula setahun setengah dan berakhir secara spontan menjelang umur empat tahun.


Lelaki adalah tiga kali lebih kerap memperoleh tabiat ini daripada perempuan. Kanak-kanak yang berusia lebih empat tahun dan masih mempunyai tabiat ini haruslah di bawa menjalani pemeriksaan lanjut. Selalunya, kanak-kanak meninggalkan tabiat ini dengan sendiri ketika membesar tetapi kita boleh cuba mempercepatkan proses ini dengan mengamalkan cara sambil lewa bila ia berlaku.

Tabiat ini menjadi satu cara kanak-kanak ‘mengugut’ untuk mendapatkan sesuatu atau menarik perhatian. Apabila ia berlaku, kita mesti jangan mengalah dan mengikut segala rentak dan kemahuan mereka. Pada ketika ia berlaku, kita mesti cuba mengalihkan perhatian kanak-kanak tersebut dan mengubahnya ke aktiviti lain.

Mujurnya, kanak-kanak yang sihat tidak akan mengalami apa-apa kecederaan yang serius dengan tabiat ini. Rasa kesakitan mengelakkan mereka dari menghentak dengan kuat dan kanak-kanak bawah tiga tahun tidak boleh menghasilkan tekanan atau tenaga yang cukup untuk mendapatkan kerosakan otak.

Kepala kanak-kanak ini boleh menahan trauma yang menjadi kebiasaan ketika belajar jalan dan memanjat. Kanak-kanak sihat yang menghantuk atau menghentakkan kepala akan membesar menjadi remaja yang normal.

Butiran selanjutnya ...

Baik buruk anak tidur buaian

Pernahkah anda mengalami kesukaran untuk menidurkan anak? Cara yang paling umum adalah dengan mendodoi, menepuk-nepuk punggung dan membuaikan anak supaya lena. Sesetengah ibu bapa lebih gemar meletakkan anak-anak yang sukar lena ke dalam buaian. Jadi, setiap kali hendak menidurkan anak, ibu bapa akan mengayunkan anak di dalam buai dahulu, kemudian barulah anak boleh tidur.

Pernahkah anda terfikir, anak yang kerap tidur buai, adakah ia elok untuk otaknya atau tidak? Adakah anda terfikir otak anak akan bergegar setiap kali anda mengayunkannya. Pernahkah anda terfikir tindakan anda memberi kesan kepada anak setiap kali anda membuainya dalam masa yang lama?

Pernahkah anda mendengar lagu mendodoikan anak atau lullaby Inggeris, Rock-a bye-baby yang berbunyi :

Rock-a-bye baby, on the treetop,
When the wind blows, the cradle will rock,
When the bough breaks, the cradle will fall,
Down will come baby, cradle and all.


Lagu ini menceritakan bagaimana buai itu patah dan jatuh ke bawah membawa bersamanya bayi sekali. Sememangnya tiada tempat yang lebih selamat untuk menidurkan bayi selain dari baby cot.

Buaian boleh menjadi satu punca kepada kecederaan kepala bayi dan boleh mengakibatkan kerosakan pada otak bayi.

Penggunaan buai untuk menidurkan bayi boleh mengakibatkan pendarahan otak atau subdural haemorrhage. Hakikatnya, kebanyakan kes pendarahan otak subdural yang bukan melibatkan kes penderaan boleh dikaitkan dengan penggunaan buai. Otak bayi sebenarnya terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak. Akibatnya, saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural.

Henjutan buai yang perlahan-lahan itu tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

Hayunan buai juga boleh mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding. Pernah berlaku di mana abang kepada bayi yang berumur dua tahun yang gemar menghayun buai tidak sedar kepala bayi sedang menghentak dinding.

Ada juga kes di mana rangka besi buai jatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.

Ada juga bahaya yang lain seperti tercekik atau strangulation. Bila bayi sudah mula memusing badan ia mungkin terjaga dari tidur, memusingkan mukanya ke bawah dan leher boleh tersepit dalam lipatan kain buai.

Memang mudah untuk melenakan anak dengan buaian, tetapi adalah lebih baik kita berhati-hati supaya perkara yang tidak diingini berlaku.

Butiran selanjutnya ...

KANSER SERVIKS – Lelaki pembawa, wanita menderita

Artikel ditulis oleh Dr Harmy Mohd Yusof, Presiden PAPISMA yang dipetik di Papisma.org.

Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser yang utama berlaku di kalangan wanita. Di seluruh dunia hampir setengah juta wanita menghidapi penyakit ini dan menyebabkan lebih daripada suku juta kematian.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Daftar Kanser Kebangsaan 2003 ia merupakan kanser yang kedua kerap selepas kanser buah dada dan menyumbangkan kira-kira 12% daripada keseluruhan kejadian kanser di kalangan wanita.

Berbanding dengan negara lain, kejadian kanser pangkal rahim dinegara kita adalah tinggi. Pada tahun 2002 sahaja, terdapat sebanyak lebih kurang 17.8 kes dicatatkan bagi setiap 100,000 penduduk berbanding dengan sesetengah negara maju seperti Amerika Syarikat iaitu hanya 4.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

serviks


Salah satu faktor penyumbang utama kepada pembentukan kanser ini ialah jangkitan kuman Human Papilloma Virus (HPV) khususnya jenis 16 dan 18. Kedua-dua jenis virus ini menyumbangkan kira-kira 70% daripada keseluruhan kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV ini. Selebihnya adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain. Secara umumnya, walaupun kebanyakan jangkitan HPV ini akan sembuh sendiri tetapi jika ianya berulang dan berterusan ia boleh menyebabkan berlakunya perubahan kepada tisu di pangkal rahim dan sebahagian boleh menyebabkan tisu tersebut bertukar menjadi kanser.

Bagaimanakah seorang wanita itu boleh dijangkiti virus tersebut? Menurut kajian yang dijalankan, jangkitan HPV merupakan penyakit jangkitan kelamin yang paling kerap berlaku. Ia boleh menjangkiti lelaki dan wanita dan lazimnya ia disebarkan melalui hubungan seks. Kajian yang dijalankan di kalangan wanita di Amerika Syarikat mendapati sebanyak hampir 70% wanita yang aktif seks menjadi pembawa kepada virus tersebut dalam seumur hidup mereka.


pap smear


peringkat-peringkat kanser serviks


Walau bagaimanapun kebanyakan mereka yang dihinggapi virus HPV ini tidak mempunyai apa-apa tanda, namun sebahagiannya boleh menyebabkan ketuat pada kemaluan lelaki dan kanser penis tetapi kejadian tersebut amat jarang berlaku. Kesan yang lebih ketara ialah apabila jangkitan tersebut berlaku pada wanita secara berterusan dan berkekalan dimana sebanyak 10% daripada kalangan wanita yang dijangkiti akan mengalami perubahan pada tisu pangkal rahim dan seterusnya boleh berubah kepada kanser. Disebabkan jangkitan tidak mempunyai apa-apa tanda dan tiada ujian yang berkesan dapat dijalankan untuk mengesan virus HPV tersebut maka ujian pap smear secara berkala sahaja merupakan satu-satunya cara yang dapat mengesan masalah ini pada peringkat awal.

Ujian pap smear dapat mengesan perubahan tisu pada pangkal rahim yang mungkin disebabkan oleh virus tersebut. Ini membolehkan ujian lanjut dibuat dan rawatan yang berkesan dapat diberikan diperingkat awal lagi.

Kajian yang dijalankan ke atas lelaki pula, mendapati kebanyakannya tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya turut memainkan peranan penting dalam kejadian kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Kebanyakan lelaki tidak mengetahui bahawa sebagai pembawa kuman HPV mereka boleh memindahkan kuman tersebut kepada pasangannya dan akhirnya meningkatkan risiko pasangannya untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Namun begitu seperti juga wanita, lelaki yang menjadi pembawa virus tersebut tidak mempunyai apa-apa tanda dan setakat ini tidak ada cara yang berkesan untuk mengesan kuman tersebut di kalangan lelaki. Secara khususnya virus HPV jenis 16 dan 18 tidak menyebabkan masalah kesihatan kepada lelaki tetapi boleh menyebabkan kanser pangkal rahim jika ianya menjangkiti pasangannya. Setakat ini masih tidak terdapat cara yang berkesan untuk mengesan dan merawat virus ini.

Cara terbaik bagi mengelakkannya ialah dengan mengamalkan hubungan seks yang
selamat, setia dan mengelakkan daripada melakukannya dengan pelbagai pasangan. Mereka yang mempunyai ramai pasangan seks atau pasangan mereka mempunyai ramai pasangan seks mempunyai risiko yang sangat tinggi untuk dijangkiti virus ini.

Perkembangan terkini memperlihatkan penggunaan vaksin bagi mencegah kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV tersebut. Namun begitu vaksin tersebut hanya berupaya melindungi seseorang daripada dijangkiti virus HPV jenis 16 dan 18 yang bertanggungjawab menyebabkan kanser serviks dan virus HPV jenis 6 dan 11 yang menyebabkan kejadian ketuat pada kemaluan. Walau bagaimanapun virus HPV 16 dan 18 hanya menyumbangkan sebanyak 70% sahaja terhadap kejadian kanser serviks yang disebabkan oleh virus HPV dan selebihnya pula adalah disebabkan oleh virus HPV jenis lain yang tidak dilindungi oleh vaksin ini. Tambahan pula vaksin ini pula hanya berkesan terhadap mereka yang masih belum dijangkiti virus tersebut.

Oleh itu penggunaan vaksin hanya dicadangkan kepada mereka yang belum melakukan hubungan seks iaitu perempuan di dalam lingkungan umur 9-26 tahun atau mereka yang masih tidak terdedah kepada hubungan seks lagi atau masih belum mempunyai perubahan tisu pangkal rahim yang disebabkan oleh virus HPV tersebut.

Sebanyak 3 dos vaksin harus diberikan dalam tempoh masa 6 bulan bagi memberikan perlindungan selama 4 tahun. Kajian mendapti vaksin tersebut sangat berkesan bagi
menghalang jangkitan virus HPV 16, 18,6 dan 11 dan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko mendapat kanser serviks.

Walau bagaimanapun mereka yang menerima vaksin ini masih perlu menjalani ujian pap smear secara berkala kerana banyak lagi faktor risiko lain yang berkaitan dengan kanser serviks masih tidak dapat dicegah oleh vaksin ini seperti merokok, pendedahan awal kepada seks, jangkitan kuman Chlamydia, penggunaan oral kontraseptif, bilangan anak yang ramai, umur yang muda semasa mula melakukan hubungan seks dan sebagainya. Ujian pap smear ini harus dilakukan oleh semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks samada masih aktif ataupun sudah tidak melakukannya lagi. Ini termasuklah mereka yang sudah berpisah dengan pasangannya atau pun pasangannya telah meninggal dunia, kerana perubahan tisu yang disebabkan oleh virus HPV kadang kala mengambil masa yang lama untuk bertukar menjadi kanser.

Kesimpulannya, kanser pangkal rahim adalah kanser yang kerap berlaku di kalangan wanita dan berpotensi untuk dicegah. Pengetahuan serta kefahaman terhadap faktor-faktor penyebab kepada kanser ini serta keupayaan lelaki dan wanita untuk mencegah diri mereka dari perlakuan seks yang tidak sihat dan pelbagai pasangan, dapat menyumbangkan kepada pengurangan kejadian kanser ini.

Entry patut baca : Alternatif rawat kanser serviks


Butiran selanjutnya ...

Jumaat, Disember 28, 2007

7 Common mistakes usually we make in prayers

Mistake 1: Reciting Surat al-Fatiha fast without pausing after each verse.

The Prophet (SAW) used to pause after each verse of this surah. (Abu Dawood)


Mistake 2: Sticking the arms to the sides of the body, in rukoo' or sujood, and sticking the belly to the thighs in sujood.





The Messenger of Allah (SAW) said: "Let not one of you support himself on his forearms (in sujood) like the dog. Let him rest on his palms and keep his elbows away from his body." (Sahih Muslim) . The Messenger of Allah (SAW) used to keep his arms away from his body during rukoo' and sujood that the whiteness of his armpits could be seen (Sahih Muslim).


Mistake 3: Gazing upward during prayer.













This may cause loss of concentration. We are commanded to lower our gaze, and look at the point at which the head rests during sujood. The Prophet (SAW) warned: "Let those who raise their gaze up during prayer stop doing so, or else their sights would not return to them. i.e. lose their eyesight]." (Muslim)


Mistake 4 : Resting only the tip of the head on the floor during sujood.








The Prophet (SAW) said: "I am commanded to prostrate on seven bones the forehead and the nose, the two hands [palms], the two knees, and the two feet." (Sahih Muslim) Applying the above command necessitates resting the forehead and the nose on the ground during sujood.


Mistake 5 : Hasty performance of prayer which does not allow repose and calmness in rukoo' or sujood.













The Messenger of Allah (SAW) saw a man who did not complete his rukoo' [bowing], and made a very short sujood [prostration ] ; he (SAW) said: "If this man dies while praying in this manner, he would die upholding a religion other than the religion of Muhammad." Abu Hurairah (RA) said:


"My beloved friend, Muhammad (SAW) forbade me to perform postures of prayer copying the picking of a rooster; (signifying fast performance of prayer), moving eyes around like a fox and the sitting like monkeys ( i.e. to sit on thighs)." (Imam Ahmad & at-Tayalisi) The Messenger of Allah (SAW) said: " The worst thief is the one who steals from his own prayer." People asked, 'Messenger of Allah! How could one steal from his own prayer?' He (SAW) said: "By not completing its rukoo' and sujood." (At Tabarani & al-Hakim).

To complete rukoo' is to stay in that posture long enough to recite 'Subhana rabbiyal Adtheem' three times, SLOWLY, and 'Subhana rabbiyal-a'ala' three times, SLOWLY, in sujood. He (SAW) also announced: "He who does not complete his rukoo' and sujood, his prayer is void." (Abu Dawood & others)


Mistake 6 : Counting tasbeeh with the left hand









The Prophet (SAW) used to count tasbeeh on the fingers of his right hand after salah. Ibn Qudamah (RA) said: " The Messenger of Allah (SAW) used his right hand for tasbeeh." (Abu Dawood). The above hadeeth indicates clearly that the Prophet (SAW) used only one hand for counting tasbeeh. No Muslim with sound mind would imagine that the Prophet (SAW) used his left hand for counting tasbeeh. Aa'ishah (RA) said that the Prophet (SAW) used his left hand only for Istinjaa', or cleaning himself after responding to the call of nature. He never used it for tasbeeh. Yasirah (RA) reported: The Prophet (SAW) commanded women to count tasbeeh on their fingers.



The Messenger of Allah (SAW) said: "They (the fingers) will be made to speak, and will be questioned (on the Day of Resurrection. )" (At-Tirmidhi) . The above Hadeeth indicates that it is preferable to count tasbeeh on the fingers of the right hand than to do so on masbahah (rosary).


Mistake 7 : Crossing in front of a praying person.











The Messenger of Allah (SAW) warned: "Were the one who crosses in front of a praying person to know the consequences of doing so, he would have waited for *forty better than to cross in front of him." (Sahih Bukhari and Muslim). *The forty in the tradition may be days months or even years. Allah knows best.
Common Errors in Prayer That MUST Be Avoided - Please inform your near and dear ones to take care of the above.


Remember Muslim Ummah in your supplications

¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤¤

The Messenger of Allah,

Muhammad sallallahu alaihi wa-allehe wa-sallam said


"Pass on knowledge from me even if it is only one verse"

Butiran selanjutnya ...

Khamis, Disember 27, 2007

Kemandulan

FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN ISTERI

  • Salur fallopio tersumbat.
  • Tidak subur.
  • Telur tidak baik.
  • Peredaran haid tidak teratur.
  • Haid terhenti atau tidak ada langsung. Haid terlampau lama.
  • Sakit setiap kali kedatangan haid.
  • Keputihan yang serius.
  • Pendarahan di utrin.
  • Radang pada dinding rahim.
  • Fibroid.
  • Tidak ada nafsu seks.
  • Kesan sampingan ubat perancang atau mana-mana ubat panas atau jamu yang dimakan kerana tujuan tertentu sehingga merosakkan rahim atau menjejaskan tahap kesuburan wanita.

Namun begitu 40 peratus dari masalah kemandulan di negara ini berpunca daripada pihak lelaki atau suami. Kajian telah membuktikan bahawa puncanya adalah dari masalah air mani. Kemungkinan untuk isteri hamil adalah kurang jika air mani dari pihak suami kurang dan berkemungkinan juga tidak berkualiti. Untuk pasangan yang berkahwin dalam lingkungan umur di bawah 30 tahun, anda perlu berjumpa pakar hanya setelah isteri tidak hamil dalam jangka masa setahun setengah. Manakala pasangan yang berkahwin 30 hingga 35 tahun, anda perlu berjumpa pakar setelah setahun isteri masih belum hamil. Bagi mereka yang berkahwin lebih dari 35 tahun, setelah beberapa bulan berkahwin dan isteri masih belum hamil, anda dinasihatkan untuk berjumpa pakar segera.

FAKTOR KEMANDULAN DI KALANGAN SUAMI

Antara punca lelaki kurang subur: Kemungkinan semasa kanak-kanaknya dia pernah menjalani pembedahan sehingga meninggalkan kesan pada sistem kelaminnya. Atau mungkin juga kerana alah dengan penyakit lelah atau beguk. Lelaki yang suka mandi air panas juga mungkin mendapat masalah ini. Memakai seluar ketat. Berat badan yang berlebihan. Duduk setempat yang agak lama seperti memandu berjam-jam atau berhari-hari menyebabkan zakar terdedah kepada haba panas lalu menjejaskan kualiti air mani. Merokok melebihi 20 batang sehari. Kerap mengambil alkohol atau arak Selalu melakukan kerja-kerja berat.

RAWATAN YANG PERLU DIAMBIL

Pakar atau doktor akan memeriksa buah zakar untuk memastikan saiz, perbezaan dan sebarang perubahan serta memeriksa kedudukan zakar sama ada normal atau tidak. Kemudian pemeriksaan terhadap air mani pula akan dijalankan. KAEDAH RAWATAN memberhentikan punca-punca di atas iaitu berhenti merokok, tidak mengambil alkohol atau arak, kurangkan kerja berat, kurangkan berat badan, jangan memakai seluar dalam atau seluar ketat dan elakkan dari mandi menggunakan air panas. Anda juga digalakkan mengambil antibiotik dan suntikan hormon. Air mani lelaki yang sedikit walau bagaimanapun masih mempunyai sperma, doktor akan mengambil contoh air maninya dan akan dirangsangkan ke dalam ovari isteri waktu suburnya. Menjalankan kaedah IVF. Doktor akan mengambil sperma suami yang kurang aktif dan disenyawakan dengan telur isteri di dalam makmal untuk membentuk embrio sebelum dimasukkan ke rahim isteri. Kaedah ICSI. Doktor akan mengambil benih isteri dan disenyawakan dengan sperma kemudian disuntik semula ke dalam rahim isteri.

Sumber: http://www.papisma.org/panduankesihatan/index.php?option=com_content&task=view&id=6&Itemid=30


Butiran selanjutnya ...

Pendermaan Organ

Anugerah Kehidupan yang tak ternilai


Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang. la rumit bagi kakitangan berusaha untuk menyelamatkan nyawa sesaorang pesakit. Keputusan untuk mengizinkan pendermaan organ & tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia bukan sesuatu yang mudah . la membangkitkan beberapa kemyukilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ & fisu semasa hayat kita.

Dengan mendafarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nosional, anda akan membenarkan organ dan tisu anda digunakan bagi tujuan transplant selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.

Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalon. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.

Siapakah yang layak menjadi penderma?
Sesiapapun, sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar sebagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibubapa atau penjaga-terlebih dahulu.

Apakah itu pendermaan organ?
la adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk tujuan transplan selepas ianya meninggal dunia.

Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusiaan yang mulia.

Apakah organ & tisu yang boleb didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggang, jantung, hati ( hepar), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleb didermakan adalah mata, tulang, kulit dan inap jantung. lni bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.

Bilakah organ dan tisu sipenderma itu diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematiannya telah disahkan oleh dua orang doktor yang bertauliah. Doktor-doktor yang terlibat dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ & tisu.

Adakah perbezaan rawatan jika diketahui anda adalah seseorang penderma?
Tidak! Doktor-doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlu untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ & tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selepas kematian telab disahkan.

Adakah terdapat bantahan dari sudut agama?
Tiada! Kebanyakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktirafkan pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia.

Bagaimana organ pendermaan itu di pindahkan.
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta fisu seseorang penderma ini tidak akan menjejaskan rupa don bentuk tubuh badannya. Selepas organ & tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala proses pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedaban biasa.

Bagaimana jika anda berubah fikiran menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ & tisunya selepas kematian. Sekiranya anda menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu, anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya don memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.

Adakah proses pendermaan organ akan melambatkan urusan pengkebumian jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh diialankan seperti biasa. Selepas organ-organ & tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazahnya akan dibersihkan, dikafankan dan dipulangkan kepada waris penderma secepat mungkin. Proses perolehan organ & tisu fidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.

Bagaimanakah anda berhajat untuk menjadi seorang penderma organ.
Anda perlu mengisi borang akuan penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.

ANDA DINASIHATKAN UNTUK MEMAKLUMKAN HASRAT ANDA UNTUK MENJADI SEORANG PENDERMA ORGAN & TISU KEPADA KELUARGA ANDA.

Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ & tisu selepas kematian anda kelak.


Sumber: http://www.papisma.org/panduankesihatan

Butiran selanjutnya ...

Rabu, Disember 26, 2007

Bayi mengalami cirit-birit?

Bayi yg menyusui susu ibu, najisnya berwarna kuning, jika dia minum susu formula, memang najisnya berwarna kelabu kehijauan. Jika bayi menyusu susu ibu dan susu formula (campur) najisnya pun berwarna kuning kehijauan... Kenapa hijau najisnya? Saya pernah tanya doktor, katanya itu disebabkan zat besi (iron/ferum) yg terdapat dlm susu formula. Susu ibu lebih mudah diserap, jadi yang keluar memang betul2 'hampas', tapi susu formula tidak diserap usus sepenuhnya, jadi kita boleh lihat 'zat-zat' yg tidak dpt diserap dikeluarkan melalui najis.

Sesetgh bayi tidak sesuai dengan sesetengah susu formula. Jika kita tukar susu, kita tak boleh terus tukar, kena selang-seli dgn susu yang dia biasa minum. Pertukaran yg mengejut boleh mengakibatkan cirit birit. Beri bayi masa untuk ususnya menyesuaikan diri dengan pertukaran susu baru. Jangan lupa beri perhatian pada bentuk najis, untuk kenal pasti bayi kita mengalami cirit-birit.
Semoga artikel dibawah dpt membantu.


Ramai ibu-bapa tertanya-tanya sekiranya bayi mereka mendapat cirit-birit kerana pergerakan usus bayi berlaku dengan kerap. Pergerakan usus bayi yang biasa bergantang kepada samada dia diberi susu ibu atau susu rumusan.


Carta Najis Bristol adalah kaedah yang paling baik untuk dijadikan rujukan kepada ibu-ibu apabila bertemu dengan Doktor.
















Najis bayi yang diberi susu ibu biasanya berwarna kekuningan, lembut atau berair dan berlaku 5 kali atau lebih sehari. Adakalanya bayi baru lahir yang diberi susu ibu mungkin mempunyai pergerakan usus sewaktu atau serta merta selepas setiap susuan. Ini kerana apabila perutnya penuh, susu merangsang keseluruhan saluran usus menyebabkan pergerakan usus. Dalam masa sebulan, pergerakan usus kebanyakan bayi yg diberi susu ibu menurun kepada 1 hingga 2 kali sehari.


Pergerakan usus bayi yang diberi susu rumusan cenderung untuk berlaku sekali sehari dan lebih mempunyai bentuk. Cirit birit juga mudah berlaku ke atas bayi yang baru bertukar susu. Samada perubahan dari susu ibu ke susu formula atau bertukar jenis susu. Ini adalah fenomena biasa dan tidak perlu dibimbangkan. Cirit-birit ini akan berhenti paling kurang dalam masa 4 hingga 7 hari.


Sekiranya anak anda mula membuang najis yang berbau, berair dengan jaluran lendir atau sekiranya dia demam atau kehilangan berat badan, ia mungkin cirit-birit, dapatkan nasihat doktor anda dengan segera.


Sumber: http://www.papisma.org/panduankesihatan/

Butiran selanjutnya ...

Wasiat LUQMAN AL-HAKIM

Hari ini terlalu ramai ibu bapa yang menghamparkan pelbagai bentuk keduniaan dalam cara didik untuk anak-anak mereka. Tidak kurang juga hadirnya kalangan ibu bapa yang gila dan histeria kebanggaan bila mana anak-anak mereka berjaya menyertai pertandingan nyanyian seperti Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Bintang Kecil dan sebagainya. Malah ada yang menangis penuh kecewa sampai kutuk juri kerana anak mereka gagal ke final.

Yang gila belajar pula sibuk menghantar anak-anak ke kelas tuisyen siang malam, tak kira waktu cuti atau tidak. Anak-anak yang tertekan ini ada yang membunuh diri bila mana keputusan peperiksaan mereka gagal mencapai standard yang ditetapkan oleh mak ayah. Mak ayah ini pula selalu terdesak dan mendesak ekoran dari persaingan dengan ibu bapa lain yang terdiri dari saudara mara dan jiran tetangga. Malu kalau anak mereka dapat no. 2, mereka nak anak mereka sentiasa yang pertama!

Akhirnya lupalah mereka pada asas-asas pendidikan yang terbaik untuk anak mereka....


WASIAT LUQMAN BUAT IBUBAPA

Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.


Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah. Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka.
Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam.

Wahai ayah dan ibu, wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!
Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir': "Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya, cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan."

Abd. Rahman Hassan Al Maidani
berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

  1. Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
  2. Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.

Permasalahan Pertama

Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan syirik kepada Allah SWT. Disebutkan di dalam wasiat ini, bahawa syirik kepada Allah SWT adalah kezaliman yang amat besar. Mengapa? Kerana ia mengandungi syirik terhadap Rububiyatullah (Allah Yang Maha Berkuasa memelihara alam semesta) dan syirik terhadap Uluhiyatullah (Tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah). Atau dengan ertikata lain, mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu lain yang juga mampu memelihara alam semesta dan mempersekutukan Allah SWT dengan sesuatu yang lain yang juga layak untuk disembah. Inilah Syirik!!!

Meskipun syirik terhadap Uluhiyatullah lebih ringan dari syirik terhadap Rububiyatullah, akan tetapi Allah
SWT tidak akan mengampuni dosa orang yang mati dalam hal demikian! Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah SWT-lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah SWT jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah SWT ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah SWT dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman!!!

Allah
SWT sahaja yang layak disembah dan diagungkan kerana apa yang dilakukan-Nya itu tak mampu dilakukan oleh kuasa lain. Tetapi jika kuasa lain yang diagungkan, maka inilah kezaliman. Iaitulah meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud:
"Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah SWT. Sesungguhnya mempersekutukan Allah SWT itu adalah kezaliman yang amat besar."

Permasalahan Kedua

Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah SWT di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.

Memuji lebih umum dari bersyukur kerana hak mutlak kepujian itu diberikan ke atas yang dipuji pabila bersifat dengan sifat atau sifat-sifat yang baik. Hatta yang dipuji itu tidak melakukan sesuatu kebaikan terhadap pemuji.


Dan peringatan 'kesyukuran' kepada Allah
SWT ini dikaitkan dengan pembalasan pada Hari Qiamat. Jika sekiranya kesyukuran itu kepada Allah SWT, maka akan mendapat balasan pahala dan jika sebaliknya akan mendapat balasan siksaan di atas kekufuran dan keingkaran.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali."

Permasalahan Ketiga

Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak, menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam. Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.

Lihatlah tingkatan terima kasih (syukur) yang ditonjolkan melalui wasiat ini. Terima kasih/kesyukuran kepada ibubapa datang selepas syukur kepada
Allah SWT. 'Logiklah' bahawa ucapan terima kasih/syukur ini pertama-tamanya buat Khaliq (pencipta). Selepas itu barulah diikuti pula buat makhluk yang didahului oleh ibu bapa yang tercinta.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada ibu bapamu! Kepada-Ku tempat kembali."

Permasalahan Keempat

Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah SWT dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah SWT. Akan tetapi sebagai anak, ibubapanya harus dilayani, ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui, janganlah dituruti; dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut."

Permasalahan Kelima

Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah SWT dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah SWT anugerahkan nikmat kepada mereka). Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah SWT dan mereka yang sesat!

Mereka yang kembali kepada Allah
SWT ini terdiri dari kalangan para Rasul, Nabi, orang benar dan sesiapa sahaja yang mengikuti mereka dengan keikhsanan dari kalangan orang mukmin.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud: "Dan turutlah jalan orang yang kembali kepada Ku."

Permasalahan Keenam

Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat, urusan al- Qadha', pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Nanti kamu akan kembali kepada-Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

Permasalahan Ketujuh

Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah SWT bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah SWT mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.

Sesuatu kebaikan, kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah
SWT jua pada Hari Qiamat untuk dihisab/dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu, di langit atau di bumi, itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu."

Permasalahan Kelapan

Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusan-Nya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).

Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan Qudrat Nya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa, datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud: "Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang."

Permasalahan Kesembilan

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf/kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Suruhlah mengerjakan yang baik, cegahlah perbuatan yang buruk."

Permasalahan Kesepuluh

Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri, harta, suami isteri dan anak-anak. Atau musibah ini berpunca dari bertembungnya dengan masyarakat yang membenci pendakwah (pendakwah bersifat pembawa hidayat, pemberi ingatan, pembaik pulih dan pelindung) apabila menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran dan apabila pendakwah mengajak manusia kepada Agama Allah iaitu Islam serta lain-lain bidang atau cabang-cabang kebaikan.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat/bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.
Secara jelas dapat difahami, bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh."

Permasalahan Kesebelas

Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia. Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina (merendah-rendahkan seseorang).

Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri), berlembut, manis bicara, senang diajak berbicara, seronok diajak berbicara, riak muka yang gembira, seronok, ramah dan menjadi pendengar yang baik.


Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan."

Permasalahan Kedua Belas

Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan. Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri."

Permasalahan Ketiga Belas

Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling. Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang, beraqal dan diri yang cergas dan sihat.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan bersederhanalah dalam berjalan."

Permasalahan Keempat Belas (terakhir)

Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan. Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk, dikecam, tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar/keldai kerana suara himar/keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak/melalak.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud: "Dan lembutkanlah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar."



Mendidik anak kalau kena caranya akan menjadi mudah. Kita juga harus belajar psikologi diri mereka agar mereka dapat hidup, belajar, bermain dan terdidik dengan jiwa yang tenang. Lain anak lain kelebihannya.
Jangan dibanding dirinya dengan adik beradik lain apalagi dengan orang lain. Jangan dipaksakan dirinya jika ia tidak mampu melakukan sesuatu. Berikan dia alternatif untuk tonjolkan kemahiran yang penting jangan langgar syariat.

Ingat pesan Luqman dan InsyaAllah keluarga akan bahagia selamanya.


Renung-renungkan!

Sumber: email

Butiran selanjutnya ...
Related Posts with Thumbnails