PAGE

Ahad, April 19, 2009

Apakah hak suami ke atas duit/pendapatan isteri?


Assalamualaikum warahmatullah,

Saya menerima banyak feedback daripada entry Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia. Benar jangkaan saya, ramai yang tidak puas hati dan menuduh saya pandai-pandai buat isu. Sedapnya bahasa...

Tak ramai yang mahu mengakui kelemahan sendiri. Benarlah, kenyataan itu amat pahit untuk ditelan dan mengakui kelemahan sendiri adalah sesuatu yang mengaibkan. Saya lihat ramai ustaz-ustaz terkenal tidak segan-silu bercakap tentang hak-hak wanita. Namapun ustaz, tentulah lelaki, bukan? Mengapa ustaz-ustaz ini lebih perihatin? Pada pendapat saya yang dhoif ini, ada beberapa sebab yang menyebabkan ustaz-ustaz ni cuba mencelikkan mata kaum mereka sendiri atas dasar-dasar berikut :
  1. Personaliti ustaz-ustaz yang menghampiri Rasulullah SAW yang lemah-lembut dalam menangani hal-ehwal wanita. Bukanlah maksud saya 100% sempurna seperti Rasulullah, tetapi mereka lebih memahami fitrah wanita, jika dibandingkan dengan lelaki biasa yang tahap imannya 'biasa-biasa' saja.
  2. Ehsan - tidak ramai suami yang mempunyai 'ehsan' dalam hati masing-masing, sebab itulah ramai isteri mengeluh dan bangkit memperjuangkan hak masing-masing.
  3. Amaran Rasulullah SAW, “Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah.” (Hadis Riwayat Muslim), jadi ustaz-ustaz mempunyai pandangan mereka yang tersendiri dalam memelihara wanita. Bertentangan dengan suami yang tipis imannya, mereka kurang menjaga kebajikan kaum wanita
  4. Bilangan kaum wanita lebih ramai di neraka. Kita bukanlah hendak sangat melihat jantina yang manakah paling ramai di neraka, tetapi kita patut fokus apakah yang menyebabkan kaum wanita paling ramai di neraka. Mengapa wanita kufur? Apakah punca mereka kufur? Siapakah pemimpin wanita-wanita ini? Jika bukan disebabkan kegagalan pemimpin mereka sendiri, sudah tentulah mereka akan terselamat daripada azab neraka jahanam. Tidak gitu?
Saya diberitahu, fakta dalam entry Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia, amat bertentangan dengan fakta yang dinyatakan di bawah. Antaranya :

1) Duit isteri dari hasil pendapatan sebelum berumahtangga dan harta ibubapa si isteri atau harta faraid adalah milik isteri secara mutlak, suami tiada hak untuk mengunakannya, sebaliknya terpulang kepada isteri untuk memberi secara ikhlas atau hutang kepada suami demi meringankan beban kewangan.

2) Duit dari hasil pendapatan setelah berumahtangga, yakni isteri keluar bekerja dengan izin suami demi membantu beban kewangan, mestilah duit itu dibelanja dengan izin suami, pihak isteri kena faham ini. Bagi suami pula, jangan menzalimi isteri dengan tidak memberi sedikit pun beri apa-apa kepada isteri setelah si isteri susah payah keluar membantu.

Saya cuma akan fokuskan persoalan # 2. Pada pendapat saya yang banyak membaca (huk... huk...), ayat yang highlighted dengan merah itu salah dan mengelirukan. Kita boleh rujuk link di bawah yang mematahkan fakta di atas. Sila rujuk :
  1. Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia
  2. Duit Isteri VS Duit Suami
  3. Hak ibu bapa tanggungjawab anak
  4. Hak Muslim : Suami tiada hak minta gaji isteri sara keluarga
  5. Nafkah isteri - Kewajipan Suami Menyediakan Pembantu
  6. Masalah: Isteri tanggung selalu, suami sekali sekala tanggung
  7. Tanggungjawab-suami-nafkah-zahir
  8. isteri-adalah-rakan-kongsi-segalanya
  9. Apakah hak suami ke atas duit/pendapatan isteri?
  10. Jangan abaikan nafkah isteri
  11. Q&A: Persoalan suami isteri

Dan banyak lagi... boleh cuba search engine, atau semak dalam buku-buku agama, bab Munakahat.

Kesimpulan

Nafkah untuk isteri dan anak-anak adalah tanggunjawap suami. Walau bagaimanapun, bagi wanita yang bekerja, mereka dinasihatkan memberi sedekah atau hadiah kepada suami dan anak-anak. Seperti pernah dilakukan oleh Zainab isteri Abdullah bin Mas'ud r.a. yang mengikuti Rauslullah s.a.w. yang bermaksud: "Suami dan anakmu adalah orang yang paling berhak menerima sedekahmu." (Hadis riwayat al-Bukhari)

Mengapa dikatakan sedekah? Kerana dalil yang kuat:
  1. An-Nisaa ayat ke 34, Allah telah berfirman, “Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka.”
  2. “Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajipan ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara yang ma'ruf.” (Surah Al-Baqarah ayat 233)
  3. Surah An-Nur Ayat 32 menyatakan, orang–orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang-orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga.
Pencari nafkah jatuh kepada tanggungjawap suami. Isteri boleh beri bantuan dan ia akan di anggap sedekah. Jika suami ambil tanpa redha isteri, suami berdosa dan wajib pulangkan duit isteri. Isteri mempunyai hak mutlak ke atas pendapatannya sendiri. Tapi takkanlah isteri tu sanggup bermewah-mewah tanpa ada sedikit rasa belas kasihan pada suami, kan?

Saya tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi, cuma menyampaikan ilmu kepada setiap wanita supaya mereka lebih tahu akan hak mereka. Banyak sangat cerita yang saya baca, suami lepas tangan sebab isteri secara sukarela menyumbang demi kebahagiaan bersama. Semua dilakukan atas dasar tolak-ansur, belas-ehsan dan kasihan. Jika dapat suami yang memang jenisnya mengenang budi, alhamdulillah. Tapi sebaliknya bila suami sudah senang (sebab 1/2 kewajipannya diambil-alih oleh isteri), mulalah suami fikir nak tambah cawangan. Lepas itu dia boleh goyang kaki sebab ada cawangan lain yang menjana pendapatan untuknya... ini pendapat 'kotor' saya, tapi dah banyak contoh di depan mata...)

Jadi, setiap isteri di luar sana kenalah beringat, sediakan payung sebelum hujan, jangan sampai terhantuk baru nak tergadah...


Jika masih keliru, boleh rujuk ustaz/ustazah untuk kepastian.

Semoga bermanafaat.



Updated : 04/19/2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...