Assalamualaikum warahmatullah,
Saya terserempak dengan link, BicaraMuslim, yang bertajuk “pendapat segolongan isteri yang derhaka”, topiknya agak menarik perhatian saya. Bagus untuk dijadikan renungan untuk kita semua. Topik ini dibincangkan antara lelaki dengan lelaki, jarang saya jumpa jawapan yang bernas seperti yang ditunjukkan oleh saudara Awang bin Ali.
Pertanyaan oleh apai abu firdaus :
Ada segolongan wanita yang bergelar isteri ini sudah pandai buat pendapat sendiri dalam soal taat kepada suami mereka. Ada yang mengatakan suami ini menafkahkan duit untuk keluarganya tapi kalau isteri ada juga support dalam nafkah keluarga, isteri tak nak dengar dah kata suami, betul ke?
Ada juga segolongan wanita yang bergelar isteri ini berpendapat, suami orang zaman dulu, lebih-lebih lagi suami orang pada zaman Rasulullah SAW amat bertanggungjawab dalam hal keluarga mereka, jika dibandingkan dengan suami zaman sekarang yang banyak meninggalkan tanggungjawap mereka. Dengan alasan ini, isteri tidak berapa taat kepada suami atau tak taat kepada suaminya, betul ke?
Ada jugak segolongan wanita yang bergelar isteri ini berpendapat, pengorbanan ibu dan ayahnya lagi banyak daripada pengorbanan si suami ke atas dirinya misalnya mak dan ayahnya yang melahirkan dia, susukan dia, beri pendidikan kepada dia, jaga dia dan lain-lain, jadi isteri ini tidak berapa nak taat kepada suaminya malah ada yang tak hormat pun pada suami dia, betul ke? Jadi ini adalah beberapa pendapat wanita yang apai pernah dengar baik daripada media cetak, media massa dan masuk telinga apai sendiri.
Bolehkah sebab-sebab ini boleh dijadikan alasan kepada para isteri untuk tidak taat kepada suami masing-masing? Apakah pendapat anda/hujah anda?
Persoalan di atas dijawap oleh awang bin ali :
Walaupun suami ada hak keatas isteri, tapi usahlah tuntut hak tersebut. Kemuliaan seorang suami terletak pada agamanya. Kesungguhan usaha atas iman dan amalnya, dia akan dapat haknya daripada isterinya. Hari ini, ramai orang memperkatakan hak isteri, nafkah batin dan sebagainya.
Jika sekadar pakai makan dan rumah, orang perempuan zaman sekarang sudah mampu berdikari. Fasal ‘bersama’, itu tak jadi masalah kerana kesibukan mereka dengan tugas-tugasannya, mereka akan melupakan perkara tersebut. Berkenaan ilmu-ilmu agama pula, mereka boleh mendapatkannya dengan menghadiri kursus agama yang ada, juga melalui CD, kaset dan sebagainya.
Jadi apakah istimewanya lelaki Islam? Sehingga Nabi SAW bersabda, “Sekiranya aku (boleh) menyuruh manusia menyembah manusia nescaya aku akan menyuruh isteri menyembah suaminya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Tinggi benarkah kedudukan suami tersebut?
Hak sebenar ialah bagaimana isteri boleh masuk syurga tanpa hisab. Untuk masuk syurga tanpa Hisab memerlukan iman dan amal yang sahih. Untuk isteri dapatkan iman yng sahih, ia kenalah diserahkan pada Allah SWT, tinggalkan dia dijalan Allah SWT. Siti Hawa dipisahkan dari Adam a.s. bertahun-tahun, tanpa ada sesiapa pun. Siti Hajar ditinggalkan oleh Ibrahim as. Bersama-sama Allah SWT tanpa ada sebarang kehidupan dan sumber kehidupan pun. Siti Khatijah bersusah payah ketika Nabi SAW buat usaha agama, seluruh harta bendanya telah dihabiskan. Siti Fatimah, kurus kering kerana terpaksa membuat semua kerja rumah kerana Ali r.a. sibuk dijuang atas jalan Allah SWT. Tapi cinta dan kasih mereka menebal dan kental, subur saban hari. Ketaatan dan kesetiaan mereka tidak dapat disangkal.
Hati-hati manusia adalah milik Allah SWT, bukan milik suami. Suami kena pulangkan kepada pemilik sebenar. Pemiliknya akan mengisi hati-hati ini dengan kasih sayang-Nya, maka kasihilah dia, hormatlah dia, taatlah dia kepada suaminya, semata-mata kerana Allah SWT.
Wahai para suami, kasihlah isteri kamu dengan tinggalkan mereka dijalan-jalan Allah SWT. Kembalikanlah mereka pada Allah SWT, kerana ada satu sudut dalam hati mereka kita tak mampu untuk isikan, ada rahsia dalam hati mereka yg hanya Allah SWT saja mampu kupaskan.
Puaskan hati mereka dengan Khalik mereka. Kasih sayang kita tak sekali-kali sama atau seumpama walau sebesar debu dengan kasih sayang Allah SWT. Janganlah siksa mereka, nescaya mereka akan menyeksa kamu pula sama ada dalam kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat. Janganlah aniaya mereka. Tunaikanlah hak mereka.
Jika isteri kamu derhaka, tiliklah dalam diri kamu sendiri, kenapa isteriku tidak taat padaku, tidak menghormati aku, tidak kasihkan aku?
Maklumbalas apai abu firdaus :
Terima kasih atas artikel saudara. Ya, tidak dinafikan isteri dapat hidup dengan sendiri berdikari dengan sendiri lagi-lagi pada zaman ini, perempuan boleh tak perlukan lelaki pun, untuk cari duit dan sebagainya malah mampu menyara hidup sendiri, beli rumah sendiri, kereta sendiri dan ada yang memiliki perniagaan sendiri untuk teruskan hidup. Tapi ada segolongan para isteri bila sudah tidak bergantung pada lelaki, terus tak mahu taat kepada suami mereka dengan alasan-alasan yang saya kemukakan seperti di atas.
Ini kerana solat pun mereka, puasa pun mereka, pergi haji pun mereka kalau mereka tidak taat kepada suami kerana Allah dan Rasul dan bukannya disebabkan dalil akal mereka semata-mata, maka Allah masih menganggap mereka tidak menunaikan kewajipan terhadap-Nya. Malah kalau nak rujuk ceramah ustaz Samsuri yang bertajuk, “isteri solehah untuk suami yang soleh”, kalau seorang isteri berkata yang bukan-bukan pada suaminya sehingga menyebabkan suaminya sakit hati akan merosakkan amalan si isteri ini.
Para isteri kenalah terima seadanya keadaan suaminya, kalau suami tak mampu so jangan pulak nak minta sesuatu di luar kemampuan suami. Ramai para isteri yang bekerja memberi alasan ingin membantu keluarga masing-masing tapi dalam masa yang sama akan ada wujud golongan isteri yang mengungkit dengan alasan-alasan seperti dinyatakan di atas.
Kenalah taat kepada suami kerana Allah dan Rasul-Nya, pada sesuatu yang baik dari segi syaraknya, walaupun mempunyai seorang suami yang fasik. Inilah jawapan daripada seorang yang bergelar ustaz/zah yang pernah apai tanya suatu ketika dulu. Ini cuma pandangan saya sahaja mungkin betul mungkin salah. Wallahu’alam.
Maklumbalas awang bin ali :
Letih awang tulis ... :) ....
Hak suami keatas isteri, isteri kena taat padanya. Si suami kenalah usaha agar ia ditaati, earn it, not ask for it!
Jika isteri tidak taat, suami kenalah muhasabah diri, apakah aku telah taat pada Allah SWT dan Rasul-Nya?
Pada suami, redhakanlah isteri kamu, setakat tak taat atau lawan sikit-sikit, maafkanlah, agar tidaklah sia-sia segala amal ibadatnya. Kita sendiri kena akui, bahawa kita ini tidaklah baik mana pun dan tidaklah sempurna mana pun, yang mewajibkan isteri mentaati kita sungguh-sungguh.
Kecuali jika dia dah ada orang ke tiga, lepaskan aje ler. Orang dah tak nak kat kita. Bak kata orang-orang politik ler, bila pemimpin itu sudah tidak sesuai, tukar sajalah. Dia dah fikir kita dah tak sesuai..:)
Suami pun usahlah asyik salahkan isteri saja, salah kita macam mana?
Satu sifat yang kena kita usahakan, tunaikan hak, bukan tuntut hak.
Maklumbalas apai abu firdaus :
Bagi saya tak salah kita menuntut hak kita daripada isteri kita, sebab para isteri pun dah mula malah dah ada menuntut hak masing-masing baik secara sendiri atau go thru persatuan or majalah, tv dan lain-lain. Ini kerana sekarang ini persatuan wanita dan yang sewaktu dengannya sudah mula menuntuk hak-hak mereka walaupun ada sesetengah hak tu bertentangan dengan syarak. Jadi tak salah jugak para suami nak menuntut hak mereka.
Contohnya baru-baru ini persatuan wanita ini membuat syarat yang nak dicadangkan ke pihak atasan berkenaan poligami di mana setiap suami yang nak berpoligami diletakkan syarat berkeupayaan berlaku adil dan kena minta setuju daripada isteri pertama.
Jadi, pihak lelaki pun boleh tetapkan syarat di mana isteri yang memberikan persetujuan itu hendaklah isteri yang taat iaitu tidak derhaka terhadap suaminya atau dengan cara yang lebih sesuai. Ini kerana kalau jenis isteri yang suka menyakitkan hati suami atau jenis tak dengar cakap suaminya, macam mana nak dapatkan persetujuan dari si isteri yang jenis macam ni?
Kena gubalkan satu undang-undang yang adillah untuk kedua-dua pihak. Dan lain-lain hal lagi yang diperjuangkan oleh mereka. Wallahu ‘alam.
Komen BG, sila rujuk entry :
- Siapa suami yang layak dihormati?
- Layakkah anda dihormati sebagai suami?
- FiKRAH iSLAMiAH : Suami yang layak ditaati isteri
~ Mutiara Kata ~
"Barang siapa dikehendaki oleh Allah SWT menjadi lebih baik, maka ditimpakan musibah kepadanya."
~ Hadis Riwayat Bukhari ~
Jadilah seorang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu pengetahuan dan jangan orang yang ketiga iaitu orang yang jahil.
~ BiJAKPANDAi ~
"Barang siapa dikehendaki oleh Allah SWT menjadi lebih baik, maka ditimpakan musibah kepadanya."
~ Hadis Riwayat Bukhari ~
Jadilah seorang yang berilmu atau orang yang menuntut ilmu pengetahuan dan jangan orang yang ketiga iaitu orang yang jahil.
~ BiJAKPANDAi ~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...