Assalamualaikum warahmatullah,
BANYAK ayat al-Quran yang menyeru manusia melakukan kebaikan dan berlumba-lumba ke arahnya, kerana dengannya akan membawa kejayaan, kemenangan dan kebahagiaan.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Haj ayat 77)
Bukan saja manusia umum, malah nabi dan rasul yang diutuskan juga diperintahkan supaya melakukan kebaikan, seperti yang dapat dilihat pada ayat 73, surah al-Anbiya, antara lain bermaksud, “Dan kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebaikan...”
Mereka yang segera melakukan kebaikan dan sentiasa mengutamakannya mendapat pujian, bukan hanya sesama manusia, bahkan dari Allah, yang turut menjanjikan ganjaran tidak terhingga. Kebaikan yang digesa oleh Allah merangkumi segala amalan yang baik. Mentaati Allah adalah kebaikan, beriman kepada Allah adalah kebaikan, mengamalkan sifat kemuliaan adalah kebaikan serta keikhlasan niat dan amalan adalah kebaikan.
Melakukan kebajikan sesama manusia adalah kebaikan, bicara baik yang keluar dari mulut juga kebaikan dan usaha untuk meningkatkan taraf hidup dan masyarakat adalah kebaikan. Tabiat semulajadi manusia yang bersih menuju kepada kebaikan. Semua manusia suka kepada kebaikan dan tertarik kepadanya, termasuk mereka yang kerap melakukan kesalahan, terpendam kebaikan di dalam nalurinya. Kebaikan mempunyai takrifan yang luas dan ukuran tersendiri berdasarkan subjek. Selalunya ia mengikut pertimbangan akal, dengan pengaruh adat dan budaya masyarakat. Disebabkan itu juga kadangkala sesuatu yang baik bagi sebuah masyarakat, dianggap sebaliknya bagi masyarakat lain.
Acap kali dalam menilai kebaikan, manusia dilanda kebuntuan, sehingga tidak mampu dirungkai kecerdikan akalnya, membuatkan sistem hidup mereka kucar-kacir dan tiada keseimbangan. Justeru itu, al-Quran dan sunnah menjadi rujukan dan petunjuk dalam menilai kebaikan yang luas itu, malah memperincikan lagi bagi memberikan kefahaman kepada manusia. Kebaikan akan menjadi hambar jika tiada pedoman, galakan dan ganjaran. Justeru itu, kebanyakan mereka yang menganuti ideologi bertentangan dengan Islam merasakan tidak kisah dengan kebaikan.
Al-Quran menegaskan mereka yang berbuat kebaikan walaupun seberat zarah akan dilihatnya, sebagaimana dijelaskan melalui surah al-Zalzalah. Dalam kitab al-Muwatta’ diriwayatkan satu hadis bermaksud, “Seorang miskin telah meminta makanan dari Aishah r.a. dan di hadapannya ada beberapa biji anggur, lalu Aishah berkata kepada seseorang: Ambil sebutir dan berikan kepadanya! Orang yang disuruh itu hanya memerhatikan sebutir anggur terbabit kerana kehairanan. Maka Aisyah pun berkata: Apakah engkau hairan! Berapa bezanya antara sebiji ini dengan sebesar zarah. Setiap amalan baik yang dihulurkan kepada manusia, bahkan kepada haiwan makhluk lain yang hidup di muka bumi ini, sekalipun kecil adalah diredai Allah.”
Melemparkan wajah yang manis, senyum bila bertemu, membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan dan memulakan langkah ke masjid adalah kebaikan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Bahagialah (kerana kebaikan yang amat banyak) bagi orang yang baik kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula lahirnya dan jauh manusia dari kejahatannya. Bahagialah orang yang beramal dengan ilmunya, membelanjakan (untuk kebajikan) lebihan dari hartanya dan menahan lebihan dari kata-katanya.” (Hadis riwayat Tabrani)
Kebaikan tidak semudah dikata, malah bagi sesetengah orang sukar untuk melaksanakannya. Oleh itu, usaha ke arah kebaikan perlu kepada latihan dan kebiasaan sehingga ia sebati dan mesra dengan hati. Melatih dan membiasakan amalan baik sejak kecil, seperti dilakukan guru terhadap kanak-kanak di pusat asuhan dan sekolah kini adalah asas terpuji dan baik untuk pembentukan akhlak yang mulia. Islam menyuruh kita supaya mendidik anak dengan keperibadian Muslim yang mulia, membiasakannya dari kecil supaya mengamalkannya apabila meningkat remaja. Kebaikan adalah medan akhlak Islam dan seperti dikatakan daerahnya cukup luas, tetapi melalui wahyu ia dijelaskan secara terperinci.
Oleh kerana keluasan dan perinciannya, ia tidak perlu kepada suatu pengertian khusus, kerana pengertian seperti itu akan mengundang kedangkalan dalam menilai kebaikan. Semua orang mampu melakarkan potret kebaikan, tetapi tidak semestinya ia mencerminkan kebaikan sebenar, yang unggul dan bersifat universal, sekiranya tidak mendasarkannya dengan manhaj Ilahi. Waktu cepat berlalu kerana matahari dan bulan tidak bersifat menunggu. Justeru, usaha dan tindakan kebaikan sewajarnya tidak ditunggu, malah patut berlumba-lumba untuk melakukannya.
Jika lalai dari mengisi hidup dengan amalan baik lagi terpuji, seseorang mendedahkan dirinya kepada kerugian dalam usia dan masa hidupnya yang tidak akan dapat ditebus kembali.
Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal salih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)
Mungkin banyak rintangan yang menghalangi manusia daripada melakukan kebaikan dan tetap dengan kebaikan. Bahkan, banyak godaan dan fitnah yang menyekat kebaikan, sehingga manusia tertipu dan tertewas. Justeru, menjadi kewajipan bagi seseorang mengatasi halangan terbabit sebaik saja tersedar, mempunyai waktu terluang dan suasana yang mengizinkan.
Rasulullah menegaskan, “Bersegera kepada amal soleh kerana akan berlaku fitnah seperti di waktu malam yang gelap gelita, yang mana seorang itu beriman pada waktu pagi dan akan kafir pada waktu petang, beriman pada waktu petang dan akan kafir pada waktu paginya, menjualkan agamanya dengan kebendaan dunia yang tidak berharga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)
Renung-renungkan dan selamat beramal!
Capaian entry berkaitan :

- Allah sentiasa uji umat-Nya
- Ungkit pemberian sifat yang dibenci
- Tazkirah: Ciri-ciri manusia unggul
- Memperkasakan diri dengan berbuat baik
- Solat 'pendinding' daripada kemungkaran
- Tazkirah: Bersedia Memberi Kemaafan
- Jaga lidah elak buat dosa
- Galakan buat amal kebajikan
- Banyak cakap atau diam?
- Kelebihan sifat sabar
- Kewajipan berdakwah jadi tiang tegakkan Islam
- Jangan Kedekut Memberi Ilmu
- Berlumba-lumba mengerjakan kebaikan
- Ajak berbuat kebaikan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...