“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mac 24, 2010

Ajak berbuat kebaikan


Assalamualaikum warahmatullah,

Jika kita ingin mengajak orang lain melakukan kebaikan, tentulah kita sendiri harus memulakannya terlebih dahulu. Jika ibu dan ayah mahukan anak-anaknya menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, sudah tentulah mereka juga mesti mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya. Seorang guru umpamanya, jika ingin anak didiknya melakukan kebaikan, tentulah dia sendiri harus memulakannya terlebih dahulu. Dengan kata lain, kepimpinan melalui teladan.

Orang yang berbuat baik, jika perbuatan baiknya itu dicontohi oleh orang lain pula, maka dia akan beroleh ganjaran yang berlipat kali ganda. Sebaliknya, jika mengajak melakukan kejahatan, jika kejahatan itu ditiru oleh orang lain, maka besarlah azab yang menanti.

Kisah kepimpinan melalui teladan ini bertepatan dengan sebuah hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Muslim. Jarir bin Abdullah menceritakan, serombongan orang dusun datang menemui Rasulullah dengan hanya berpakaian bulu kibas.

Melihat keadaan mereka yang sangat menyedihkan itu, tahulah Rasulullah bahawa mereka telah ditimpa musibah dan memerlukan bantuan. Rasulullah lalu menganjurkan orang ramai supaya menghulurkan bantuan. Namun saranannya itu agak lambat beroleh respons sehingga terlukis kecewa di wajah Rasulullah. Tidak lama kemudian, datang seorang lelaki Ansar meletakkan pundit wang, kemudian datang lagi yang lain, dan seterusnya tanpa henti-henti sehingga wajah Rasulullah kembali cerah.

Lalu baginda bersabda, “Sesiapa yang memberikan contoh melakukan perbuatan baik dalam Islam, kemudian perbuatannya itu diikuti orang, maka dia dapat pahala sebanyak pahala orang yang mengikutnya, tidak kurang sedikitpun. Begitu juga sesiapa yang mengajak melakukan kejahatan, kemudian diikuti pula orang lain, maka ditulis dosa terhadapnya sebanyak dosa orang yang mengikutnya, tidak terkurang sedikit pun.” (Hadis riwayat Muslim)

Berbuat Baik Itu Sedekah

Dari Abu Syaibah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap perbuatan baik (makruf) adalah sedekah.” (Hadis riwayat Muslim)

Setiap perbuatan baik itu adalah sedekah dan Allah SWT amat menyukai hamba-hamba-Nya yang berlumba-lumba mengerjakan kebaikan, seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 148 yang bermaksud, “Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlumba-lumbalah (dalam berbuat) kebaikan, di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.”

Rasulullah SAW juga telah bersabda yang maksudnya, “Janganlah setiap kamu menjadi orang yang tiada pendirian dan berkata: “Saya dengan orang, jika mereka berbuat baik, nescaya saya berbuat baik. Dan jika mereka berbuat jahat, nescaya saya berbuat jahat.” Tetapi biasakan diri kamu, jika orang berbuat baik, berbuat baiklah, dan jika mereka berbuat jahat, elakkanlah kejahatan mereka.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Dalam hidup ini kita mesti berprinsip dan berpendirian. Hidup juga memerlukan pedoman yang betul agar kehidupan tidak tenggelam timbul dengan kejahatan dan keburukan tanpa mempunyai pegangan agama, kesedaran dan tanggungjawab. Orang yang mudah terikut-ikut dengan tabiat buruk orang lain lambat laun akan menempah banyak kesusahan bahkan diri tidak akan tertanggung dengan kejahatan tersebut biarpun ia sendiri tidak pernah melakukannya. Ini disebabkan tabiat masyarakat itu mudah menghukum sesuatu berdasarkan apa yang mereka lihat dengan mengambilkira dengan siapakah seseorang itu bergaul atau bersahabat.

Selaku seorang Islam, hendaklah kita berwaspada dengan golongan yang buruk akhlaknya. Tonjolkanlah akhlak yang baik terhadap mereka agar suatu ketika nanti kebaikan tersebut akan menyerap ke dalam jiwa mereka kerana sifat manusia itu mudah dipengaruhi dan terpengaruh. Orang yang lemah pendiriannya akan mudah terpengaruh dan begitulah sebaliknya. Ia mudah cenderungan untuk melakukan kejahatan atau khianat terhadap orang lain.

Renung-renungkan!




Capaian entry berkaitan :
  1. Allah sentiasa uji umat-Nya
  2. Ungkit pemberian sifat yang dibenci
  3. Tazkirah: Ciri-ciri manusia unggul
  4. Memperkasakan diri dengan berbuat baik
  5. Solat 'pendinding' daripada kemungkaran
  6. Tazkirah: Bersedia Memberi Kemaafan
  7. Jaga lidah elak buat dosa
  8. Galakan buat amal kebajikan
  9. Banyak cakap atau diam?
  10. Kelebihan sifat sabar
  11. Kewajipan berdakwah jadi tiang tegakkan Islam
  12. Jangan Kedekut Memberi Ilmu
  13. Berlumba-lumba mengerjakan kebaikan

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails