“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, Mac 20, 2010

Q&A : Melaksanakan amanah pahala besar dilaksana

SOALAN :

LIMA tahun lalu, saya bekerja dan ditakdirkan syarikat tempat saya bekerja tutup. Majikan sudah memberi wang tunai iaitu gaji beberapa pekerja kepada saya untuk disampaikan kepada mereka. Alhamdulillah, dapat saya serahkan tetapi seorang pekerja saya tidak dapat dicari kerana berpindah. Saya juga berpindah dan terpakai duit itu. Saya masih mencarinya tetapi gagal. Bolehkah saya membayar duit itu dengan memasukkannya ke dalam tabung masjid atau bersedekah kepada fakir miskin dengan niat memberi kepada hamba Allah SWT itu.

INSAN MUSYKIL, Kuala Lumpur.

JAWAPAN :

Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT telah menyuruh kamu untuk menyampaikan amanah kepada ahlinya...” Begitu juga dalam surah al-Baqarah ayat 283 yang bermaksud: “Dan hendaklah orang yang diberikan amanah itu, menyampaikan amanahnya” juga dalam firman-Nya dalam surah al-Anfal ayat 27 dan 28 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah SWT dan Rasul-Nya, serta (janganlah) kamu mengkhianati amanah (yang diserahkan kepada) kamu, sedangkan kamu mengetahui dosanya. Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah SWT jugalah pahala yang besar.”

Semua ayat itu menceritakan mengenai amanah. Hakikatnya, amanah adalah suatu perkara besar yang akan dipersoalkan oleh Allah SWT di akhirat kelak. Tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui dan ada yang sanggup berlaku zalim.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami sudah mengemukakan amanah kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya. (Pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikul amanah itu. (Ingatlah) sesungguhnya (kebanyakan) manusia adalah suka melakukan kezaliman dan amat jahil...”

Di dalam Feqh Muamalah, ulama ada membahaskan mengenai titipan atau Wadi’ah. Pengertian Wadi’ah dari segi bahasa ialah meninggalkan atau meletak iaitu meletakkan sesuatu pada orang lain untuk dipelihara atau dijaga.

Sedangkan dalam istilah pula merujuk memberikan kekuasaan kepada orang lain untuk menjaga hartanya atau barangnya dengan dengan secara terang-terangan atau dengan isyarat yang dimaksudkan itu. Ijmak ulama sudah bersetuju akad wadi’ah ini kerana manusia memerlukannya dalam bermuamalah.

Berbalik kepada persoalan asal, saudara harus melakukan perkara itu tetapi hendaklah selepas saudara benar-benar berusaha dengan pelbagai cara untuk menemukan pekerja itu.

Mudah-mudahan Allah SWT akan menerima amalan itu.

Seperti kisah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari iaitu kisah tiga pemuda yang bermalam di sebuah gua. Tiba-tiba sebuah batu besar jatuh di pintu gua yang menyebabkan mereka terperangkap. Mereka sudah sedaya upaya untuk menolak batu besar berkenaan namun tidak berupaya. Lalu mereka berdoa dengan bertawasul amal soleh yang mereka sudah lakukan. Dengan doa itu mereka mengharapkan mudah-mudahan Allah SWT menyelamatkan mereka dari gua itu. Apabila mereka berdoa, batu yang menutup gua mula bergerak dan akhirnya mereka dapat keluar dengan selamat.

Wallahualam.

Sumber : BHarian 14/03/2010


2 ulasan:

  1. Salam Bawang Goreng
    Sedih saya...kasihan kanak2 tu.saya dulu masa umur macam tu pun,tak tahu apa-apa..masak lagilah tak tahu.
    Trauma kanak2 tu mesti lama nak pulih

    BalasPadam
  2. Salam... sebolehnya gunakan waras akal yang ada . takkan budak kecik yang tak tahu apa nak dinikahkan... perlu ada ilmu perkahwinan yang secukupnya sekurang-kurangnya sebelum dinikahkan.

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails