TANAH MERAH: “Saya nasihatkan dia (Siti Nur Zubaidah Hussin) supaya sentiasa bersabar dan tidak membenci bapanya yang menjadi mangsa pukau Shamsuddin Che Deraman, 41, atau ‘Sudin Ajaib’,” kata Siti Sarnan Mat Ail, 42, ketika ditemui, semalam.Ibu kepada kanak-kanak berusia 11 tahun itu berkata demikian berikutan keadaan anaknya yang masih trauma, sugul dan enggan bercakap dengan ahli keluarga berhubung pernikahannya itu.
Siti Sarnan berkata, anaknya itu yang kini ditempatkan di rumah datuknya, Mat Ail Hassan, 70, di Kampung Bukit Mas di sini dilihat cuba menjauhkan diri daripada bapanya, Hussin Salleh, 54. Katanya, keadaan itu dipercayai berlaku akibat kemarahan anaknya yang terlalu kecewa dengan tindakan bapa kandungnya mengahwinkan dirinya dengan Sudin Ajaib tanpa kerelaan.
Menurutnya, keluarganya pada masa ini membuat keputusan untuk menempatkan Siti Nur Zubaidah di sekolah agama di jajahan ini untuk sementara waktu bagi menghilangkan perasaan trauma dihadapinya. Keputusan untuk menghantar anak kedua daripada enam beradik itu ke sekolah agama di kawasan berkenaan diharap dapat mengurangkan tekanan dihadapi Siti Nur Zubaidah.
“Saya kasihan apabila melihat keadaannya yang tidak bermaya serta lemah, malah dia kini lebih banyak mendiamkan diri selepas kejadian menimpanya, baru-baru ini. Jika ditanya sepatah, dia (Siti Nur Zubaidah) akan jawab sepatah. Perwatakannya sekarang tidak seperti dulu kerana sebelum ini dia seorang anak yang periang dan suka berkawan,” katanya.
Menurutnya, apa yang lebih bermakna dan disyukuri keluarganya selepas mendapati anaknya itu selamat dan tidak diapa-apakan Sudin Ajaib sepanjang Siti Nur Zubaidah dilarikan.
“Hati ibu mana yang tidak risau apabila anak yang dikandung hilang dari pandangan. Saya lega dan mengharapkan Siti Nur Zubaidah dapat bersekolah segera dan tidak tertekan lagi. Insya-Allah jika tiada aral melintang, dia akan memulakan sesi persekolahan minggu depan,” katanya.
Katanya, permohanan mufarakah dikeluarkan Mahkamah Syariah sudah diperoleh dan mereka suami isteri menunggu pengesahan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) untuk mendapatkan keputusan pembatalan perkahwinan itu. Berikutan kisah anaknya mendapat perhatian pelbagai pihak, Siti Sarnan melahirkan perasaan terharu dan penghargaan kepada semua pihak termasuk media yang sudi membantu keluarganya.
“Perasaan terima kasih juga ditujukan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan JHEAIK yang sudi membantu,” katanya.
Mahkamah Tinggi Syariah di sini sebelum ini mengeluarkan perintah mufarakah terhadap ketua jemaah tabligh, Sudin Ajaib dengan pasangannya, Siti Nur Zubaidah yang dinikahkan tanpa kehadiran dan persetujuan kanak-kanak itu pada bulan lalu. Peguam syarie, Mohd Zaki Zainal Abidin yang mewakili bapa kanak-kanak itu dilaporkan berkata, perintah itu dikeluarkan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Abdullah Man selepas membenarkan permohonan Hussin dalam prosiding di kamarnya.
Sumber : HMetro 19/03/2010
Jemaah masjid tidak tahu
MACHANG: Majlis pernikahan membabitkan ketua jemaah tabligh dengan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang dikatakan berlangsung di sebuah masjid di daerah ini, didakwa tidak pernah diketahui jemaahnya.
Malah, perkahwinan antara Shamsuddin Che Deraman atau dikenali ‘Sudin Ajaib’ dengan Siti Nur Zubaidah Hussin hanya berlaku di kaki lima masjid berkenaan dan bukannya dalam masjid terbabit. [NB : PELIK... Nabi menggalakkan perkahwinan diraikan dan diumumkan kepada orang ramai, bukannya nikah secara sembunyi-sembunyi...] Penjaga Masjid Pakistan, Ismail Ab Rahman, berkata pengurusan masjid tidak pernah menyaksikan pernikahan itu, sebaliknya mereka hanya mengadakan jamuan ringan menyambut ketibaan pendakwah dari Thailand.
Katanya, isu berhubung pernikahan pasangan berkenaan diketahui selepas jemaah membaca laporan mengenainya di akhbar tempatan, selain tidak mengetahui bila proses pernikahan dilakukan pada malam itu.
“Setahu saya, pada malam itu (pernikahan), ramai yang hadir untuk mendengar tazkirah pendakwah yang didatangkan dari negara jiran iaitu Thailand. Kami semua tidak pasti bilakah majlis pernikahan antara pasangan berkenaan berlangsung sehinggalah dua hari selepas itu ia didedahkan akhbar,” katanya ketika ditemui semalam.
Menurutnya, selepas pernikahan pasangan berkenaan heboh diperkatakan melalui media massa, barulah pihak surau membuat siasatan dengan bertanya khabar menerusi penduduk berdekatan.
“Saya dimaklumkan upacara akad nikah membabitkan pasangan berkenaan berlangsung di luar masjid di bahagian kaki lima berdekatan tempat menyimpan peralatan jamuan. Tiada seorangpun jemaah surau yang dimaklumkan mengenai majlis terbabit berlangsung, tetapi saya yakin ia berlaku selepas jemaah pulang kira-kira 9.30 malam pada hari itu,” katanya.
Sumber : MHetro 19/03/2010
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Jumaat, Mac 19, 2010
'Isteri' Sudin Ajaib masih trauma
Susunan :
Bawang Goreng
pada
3/19/2010 03:26:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kesian sungguh pada adik siti nur ni, xdpt bayangkan apa yg dah terjadi pada dia sebenarnya..
BalasPadamUmur 10 tahun, saya masih bermain teng-teng dan batu seremban dengan kawan-kawan...
BalasPadam