“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Mac 17, 2010

Peguam Syarie Menulis: Kahwin bawah umur dikira penderaan


Fizikal, mental kanak-kanak tak sedia galas tanggungjawab isteri

MASYARAKAT baru dikejutkan [NB: saya salah seorang yang terkejut!] dengan laporan seorang bapa menikahkan anaknya yang baru berumur 11 tahun dengan seorang rakan jemaahnya berumur 41 tahun. Lebih mengejutkan lagi, rakannya itu sudah mempunyai beberapa isteri serta dikatakan membawa lari anak itu ke Selangor selepas upacara akad nikah selesai. Namun demikian bapa anak malang itu menyatakan beliau seakan dipukau ketika menikahkan anaknya.

Apa yang menjadi tanda tanya masyarakat sama ada pernikahan itu sah dari segi hukum syarak serta dibenarkan undang-undang syariah di negara ini? Jika merujuk kepada imam mazhab yang empat iaitu Imam Shafi’e, Imam Hambali, Imam Malik dan Imam Hanafi, jelas mereka berpandangan di dalam Islam tidak ada larangan had umur untuk berkahwin. Ini bermakna kanak-kanak kecil boleh berkahwin.

Daripada Siti Aisyah: “Bahawasanya Nabi telah mengahwini Aisyah sedang ia berumur enam tahun dan Aisyah tinggal bersama Nabi semasa ia berumur sembilan tahun.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pandangan Mazhab Syafi’e seperti dalam kitab Minhaj Talibin, karangan Imam Nawawi: “Seseorang bapa boleh mengikut kehendaknya mengahwinkan anak perempuannya tanpa meminta izinnya tidak kira berapa umurnya dengan syarat anak itu masih anak dara.”

Selanjutnya, merujuk kepada buku Mohamed Law Of Inheritance, Marriage And Right Of Women oleh Syeikh Abdul Kadir bin Muhammad Al-Makkawi menyatakan: Seseorang bapa atau datuk mengahwinkan seorang anak dara tanpa persetujuan anak dara itu adalah sah dengan syarat seperti tiada permusuhan antara anak dara itu dengan bapanya atau datuknya, hendaklah kedudukan si suami itu sama tarafnya (sekufu) dengan anak dara itu, si suami itu hendaklah mampu membayar mas kahwin, tiada sifat permusuhan baik di luar mahupun di dalam antara anak dara itu dengan si suami dan akhirnya bapa atau datuk itu tidak boleh mengahwinkan anak daranya dengan mas kahwin yang terkurang menurut nilai mata wang negara itu.

Justeru, bersandarkan hadis Nabi serta pandangan ulama menunjukkan, dalam Islam tiada had umur larangan berkahwin. Namun begitu, bersandarkan undang-undang syariah di negara ini menetapkan umur minimum perkahwinan adalah 18 tahun bagi lelaki atau bagi perempuan adalah 16 tahun.

Contoh, Seksyen 8, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 (EUUKIS) memperuntukkan: “Tiada sesuatu perkahwinan boleh diakadnikahkan atau didaftarkan di bawah Akta ini jika lelaki itu berumur kurang daripada lapan belas tahun atau perempuan itu berumur kurang daripada enam belas tahun kecuali jika Hakim Syariah telah memberi kebenarannya secara bertulis dalam hal keadaan tertentu.”

Menurut seksyen itu, perkahwinan kanak-kanak di bawah umur hendaklah terlebih dulu mendapat kelulusan bertulis dari Mahkamah Syariah. Peruntukan seksyen itu bukan berlawanan dengan pendapat Mazhab Empat. Sebenarnya kebenaran dari mahkamah bertujuan memberi peluang mahkamah menyelidiki gadis itu dari segi latar belakang, keadaan fizikal, kemampuan untuk berumahtangga dan menjaga kepentingan kanak-kanak itu. Setelah Hakim Syariah di tempat kanak-kanak di bawah umur itu hendak berkahwin memberi kebenaran bertulis untuk berkahwin maka kanak-kanak itu boleh dinikahkan oleh bapa atau datuknya.

Jika bapa atau datuk menikahkan kanak-kanak yang di bawah umur minimum untuk berkahwin menurut undang-undang tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Hakim Mahkamah Syariah, maka itu tindakan yang menyalahi peruntukan Seksyen 40 EUUKIS.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Menurut peruntukan sama, seseorang yang berkahwin tanpa mengira lelaki atau perempuan dengan sesiapa jua tanpa mendapat kebenaran mengikut undang-undang. Dalam hal ini, suami yang bernikah dengan kanak-kanak bawah umur tanpa mendapat kebenaran bertulis Mahkamah Syariah maka melakukan kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Peruntukan undang-undang termaktub dalam Akta dan Enakmen Syariah negeri-negeri di Malaysia sebenarnya dibuat bagi menjaga kepentingan kanak-kanak di bawah umur supaya tidak berlaku sebarang penindasan terhadap mereka dan mereka boleh bebas menentukan masa depan mereka sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

Perkahwinan yang dilakukan tanpa persetujuan kanak-kanak ternyata membebankan diri mereka sendiri sedangkan fizikal dan mental mereka masih tidak dapat menerima situasi seperti ini.

Rasulullah bersabda: “Janganlah kahwinkan seseorang perempuan yang tidak anak dara (janda) sehingga kamu mendapat kuasanya terhadap perkahwinan itu dan janganlah kahwinkan seorang anak dara sehingga dipinta izinnya.” (Riwayat Al-Bukhari)

Perkahwinan bawah umur tentunya memberi kesan mendalam kepada kanak-kanak jika keadaan itu berleluasa tanpa ada sebarang sekatan. Kesan yang dapat kita lihat adalah dari segi mental dan fizikal.

Kesan mental merujuk kepada tekanan perasaan yang ditanggung kanak-kanak itu apabila dibebani tanggungjawab seorang isteri yang tidak dapat difahami oleh mereka yang masih keanak-anakan. Manakala kesan pada fizikal pula merujuk keadaan tubuh kanak-kanak itu yang tidak mampu memenuhi tuntutan batin suami seperti isteri yang sudah dewasa.
Selain itu, apa yang paling penting adalah pendidikan kanak-kanak itu akan terabai kerana dari kecil dibebankan tanggungjawab seorang isteri.

Melalui perkahwinan, manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni menurut tuntutan Ilahi sebagai tempat untuk berehat jasmani mahupun rohani.

Penulis adalah Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia.

Sumber : Mohamad Isa Abd Ralip di BHarian 17/03/2010




Capaian entry berkaitan :
  1. Nikah bawah umur cabul hak anak majukan diri
  2. Elak kahwin kanak-kanak
  3. Perkahwinan budak 11 tahun perlu kelulusan
  4. Jangan terpedaya dengan individu berimej warak

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails