Dianggarkan lebih empat juta lelaki Malaysia mengalami masalah lemah syahwat
Kes Satu
Saya masih muda, baru berusia 29 tahun dan berkahwin lebih tiga tahun namun perkahwinan saya tunggang langgang. Saya tidak merokok tetapi ada masalah berat badan. Mungkin ini punca saya lemah syahwat. Sebelum berkahwin, saya ada memberitahu isteri mengenainya dan berjanji untuk mendapatkan rawatan. Ubat-ubatan dibeli di kaunter juga tidak membantu. Isteri selalu meminta saya mendapatkan rawatan sempurna daripada doktor tetapi saya terlalu malu pada mulanya. Bagaimanapun, saya gagahkan juga diri dan tebalkan muka untuk mendapatkan rawatan. Hari ini, saya masih dalam rawatan dan sangat berharap boleh mengatasi masalah ini dengan bantuan isteri.
Kes Dua
Saya berkahwin dua tahun lalu. Bagaimanapun sepanjang perkahwinan, saya dan isteri bersama secara intim sebanyak 10 kali saja. Ketika itu saya mula berasa ada sesuatu tidak kena pada saya. Saya berjumpa doktor dan menjalani rawatan. Sebelum ini saya perokok tegar dan tidak suka bersenam. Rawatan yang saya jalani bukan sekadar pengambilan ubat-ubatan tetapi juga mengubah cara hidup. Saya berhenti merokok perlahan-lahan dan kerap bersenam. Saya cuma berharap dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih baik bersama isteri. Saya tidak mahu perkahwinan kami berakhir dengan perceraian.
KEDUA-DUA kes di atas adalah masalah berbeza tetapi puncanya sama iaitu 'Erectile Dysfunction' (ED) atau mati pucuk. Kerap kali masalah ini dikaitkan dengan lelaki berusia tetapi akhir-akhir ini ia turut dikesan dalam kalangan lelaki seawal usia 18 tahun.
Ini dibuktikan dengan unjuran daripada Kajian Kepuasan Seksual Global Durex 2007/2008 yang merekodkan 34% lelaki antara umur 18 hingga 55 tahun ke atas mengalami masalah mengekalkan ereksi. Daripada jumlah itu, 17% berusia 18 hingga 24 tahun, 23% berusia 25 tahun manakala bakinya berusia lebih 35 tahun.
Lebih membimbangkan, ED tidak terhad kepada satu masalah saja kerana mungkin simptom kepada masalah kesihatan lain seperti masalah jantung, tiroid, diabetes, obesiti, sklerosis berbilang atau sebagai komplikasi pembedahan prostat atau mungkin berkaitan dengan masalah psikologi seperti tekanan dan insomnia.
Pakar Sakit Tuan, Hospital Damai Jalan Ipoh, Dr Ismail Tambi, berkata kebelakangan ini kebanyakan masalah ED yang dikendalikannya membabitkan lelaki muda, tetapi lelaki muda lebih terbuka mendapat rawatan berbanding lelaki berumur.
“Ini kerana perubahan sikap dalam kalangan lelaki muda... mereka melihat ED bukan lagi masalah maruah lelaki sebaliknya masalah kesihatan,” katanya sambil menambah lelaki muda juga tidak memerlukan dorongan isteri untuk mendapat rawatan daripada doktor.
“Bagi lelaki berusia, sebilangan besar yang mendapatkan rawatan disebabkan dorongan isteri. Jika tidak, mereka lebih gemar mendapatkan rawatan secara sulit atau bersendirian menggunakan ubat kuat dan minyak urut selain berjumpa tukang urut. Umumnya masalah ED di kalangan lelaki muda dikaitkan dengan gaya hidup tidak sihat, misalnya kuat merokok dan mengambil minuman keras. Ia juga dikaitkan dengan obesiti, tidak bersenam dan gaya hidup penuh tekanan. Obesiti kemudian menyebabkan masalah kesihatan lain misalnya peningkatan kolesterol, kencing manis dan darah tinggi,” katanya.
Dr Ismail berkata, ada juga kes mereka yang berhadapan dengan ED bergantung kepada ubat kuat dan apa yang menakutkan adalah kebanyakan ubat kuat dalam pasaran berformulasikan bahan kimia larangan yang mengandungi racun dan perosak kesihatan.
“Sebilangan besar ubat-ubatan itu diharamkan Kementerian Kesihatan, tapi kekal dalam pasaran gelap kerana ketagihan pengguna. Masalah penggunaannya ialah kandungan kimia tidak sama dan kesan sampingan boleh menjadi ketara sehingga membawa kepada masalah kesihatan kekal yang mana boleh menyebabkan ED yang amat ketara. Pengambilan ubat kuat bukan saja tidak menyelesaikan masalah mati pucuk malah pengambilan tanpa kawalan dan batasan membuatkannya langsung tidak berfungsi. Jadi, tidak salah kalau dikatakan ubat kuat boleh menyebabkan ED,” katanya.
Mati pucuk bukan hanya masalah orang Melayu tetapi turut membabitkan bangsa lain kerana ia adalah masalah global. ED tidak mengenal bangsa atau keturunan dan kini ia tidak mengenal umur dan bukan lagi sebahagian daripada komplikasi penuaan.
“Mungkin kalau dilihat lebih teliti sebenarnya kes ED membabitkan lelaki berusia lebih tinggi berbanding lelaki muda. Ini disebabkan oleh komplikasi kesihatan. Misalnya, kadar lelaki berusia menghidap kencing manis tinggi manakala masalah kolesterol mungkin lima kali ganda. Jadi anda boleh bayangkan ED yang ketara dalam golongan ini. Mengikut unjuran saya, lebih empat juta rakyat Malaysia mengalami ED dan angka ini tentunya akan terus meningkat,” katanya.
Rawatan
Satu daripada cara terbaik menangani ED adalah menukar gaya hidup lebih sihat, antaranya bersenam secara kerap, amalkan diet tinggi serat tetapi rendah lemak tepu dan gula, tidak merokok dan mengambil minuman beralkohol. Pengambilan alkohol, merokok dan dadah sangat membahayakan sistem kardiovaskular. Merokok misalnya menyebabkan arteri tersumbat dan mengganggu aliran darah, manakala alkohol menyebabkan lelaki sukar mencapai ereksi dan orgasm.
Penggunaan ubat-ubatan pula harus mendapatkan pandangan doktor pakar. Ada empat ubat diluluskan Pentadbiran Dadah Kebangsaan (FDA) bagi menangani ED, iaitu Cialis, Levitra, Staxyn dan Viagra yang semuanya bertindak meningkatkan aliran darah pada zakar, sekali gus membantu stimulasi seksual yang membolehkan ereksi. Di pasaran, satu lagi ubat diluluskan bagi membantu menangani ED adalah Zydena.
Info: Erectile Dysfunction (ED)

- Tidak upaya membantu dan mengekalkan ereksi ketika hubungan intim.
- Berbeza dengan ejakulasi pramatang.
- Ereksi tercapai apabila darah memenuhi tiga ruang pada zakar yang berbentuk span.
Sumber : BHarian 05/12/2010
Capaian entry berkaitan :
- Awas! Lemah tenaga batin ada kaitan sakit jantung
- Jimak berapa lama boleh ditinggalkan?
- Antara kuantiti dan kualiti seks suami isteri
- 'Mati pucuk' (disfungsi seksual) versi wanita
- Melayu yang ‘layu’ dengan ubat kuat...
- Pulih tenaga batin lelaki
- Petunjuk kesihatan dan kepuasan hidup
- Suami : Perbaikilah kesalahan di ranjang
- Lelaki abai mukadimah seks
- Kemaruk ubat kuat
- Kemaruk ubat kuat?!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...