Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Sebaik status diri berubah dari bujang bergelar suami mahupun iseri, maka ada banyak perkara yang perlu dijaga. Ðari aspek tanggungjawab, ia sudah tentu tergalas di bahu sebaik sahaja akad-nikah disahkan oleh saksi dan kadi. Tugas menjaga, menyara dan menguruskan rumahtangga akan automatik terpikul di bahu.
Namun bukan ini sahaja yang harus dijaga sebaik melangkah ke alam perkahwinan, perlakuan diri sesuai dengan status juga harus diperhatikan. Sememangnya jika anda seorang isteri, banyak batas yang perlu dijaga. Tapi sekiranya anda seorang suami, jangan memandang ringan soal perlakuan. Biarpun anda adalah lelaki, bukan bermakna anda bebas dari segi perlakuan dan batas pergaulan. Paling peting, jangan sesekali berbohong akan status anda!
Perkara ini harus ditekankan kerana ia juga antara punca yang menyebabkan keharmonian sesebuah rumahtangga terjejas. Bayangkan apa perasaan pasangan jika anda sebagai iseri bebas keluar bersama dengan rakan lelaki di malam hari?
Kali ini Laman-Seri akan memperkatakan tentang batas pergaulan tentunya dengan teman berlainan jantina, khusus buat pada isteri agar anda dilihat sebagai wanita yang bermaruah dan perasaan suami terpelihara.
Hati suami perlu dijaga
Jika seorang gadis bersahabat dengan lelaki, ia mungkin dapat diterima dan tidak memberi masalah. Maklumlah bujang, tiada hati yang perlu dijaga. Pun begitu, ia tetap ada hadnya, apatah lagi jika wanita yang sudah berumahtangga.
Ada banyak perkara dalam pergaulan yang harus anda jaga dan perhatikan serta tidak boleh berkompromi. Biar sebaik mana sekalipun hubungan anda dengan rakan itu, kalau anda dan dia berlainan jantina, maka jagalah batas pergaulan anda. Berikut adalah antara batas-batas yang harus anda jaga bila bersama rakan lelaki.
1 – Hindari keluar makan malam bersama
Biarpun anda dan rakan lelaki anda itu adalah sahabat lama atau teman sekampung yang sudah lama dikenali tapi elakkan menerima pelawaan makan malan bersama, terutama jika hanya anda berdua sahaja.
Anda tidak boleh makan malam bersama, kecuali jika ditemani dengan suami, mahupun rakan atau adik-beradik anda. Biarpun rakan lelaki anda itu mengajak anda makan di tempat yang cukup enak atau tempat yang anda sukai, sebaiknya tolak dengan cara baik.
Anda sendiri tahu di antara dua orang pasti ada yang ketiga, malah keluar bersama di malam hari juga boleh mengundang fitnah dan curiga, meskipun anda berniat baik dan anda sudah mendapat keizinan daripada suami.
2 – Elak pergi berjauhan berdua
Batasan ini memang ada kalanya membuatkan seorang isteri yang berkerjaya berada dalam dilema. Tuntutan kerjaya kadang-kadang menyebabkan anda tidak boleh berkata tidak, meskipun diri sebenarnya tidak mahu berpergian.
Memang benar anda berniat untuk bekerja, tetapi keluar daerah bersama dengan rakan sekerja lelaki terutama sekali, jika hanya anda berdua saja boleh mengundang rasa tidak senang malah juga ada risikonya. Ikuti kupasan tentang ini di entry Jika suami tiada, isteri jangan tergoda!.
Suami sekalipun mengizinkan anda untuk pergi kerana bekerja, tetapi dalam hatinya tetap berasa risau memikirkan anda pergi bersama dengan lelaki lain. Ðalam hal yang lain, meskipun niat anda baik untuk bertugas tetapi bolehkah anda memastikan bahawa rakan lelaki sekerja dengan anda itu juga berniat yang sama?
Mungkin bekerja di luar daerah sekali dua boleh dimaafkan, tetapi anda harus ingat, jika ia kerap dan asyik dengan rakan lelaki yang sama, tidak mustahil akan terjadi perkara yang lain pula. Berdua-duaan dalam tempoh yang lama boleh saja menumbuhkan kemesraan, malah mungkin perasaan yang tidak sepatutnya hadir dalam hati.
3 – Jauhi tempat yang romantis
Anda tidak boleh menempatkan diri dan rakan lelaki dalam situasi di mana perasaan romantik boleh bercambah. Selalunya perasaan itu boleh tumbuh apabila anda berada berdua di tempat yang sunyi, santai dan dingin. Sekiranya ada wanita berkarier yang kerap bertemu dengan pelanggan sama ada yang anda sudah atau belum kenali, jangan sesekali menetapkan pertemuan di tempat-tempat sedemikian.
4 – Jangan bercerita rahsia
Wanita memang suka bercerita, namun hati-hati kerana tidak semua perkara boleh anda kongsi, terutama sekali dengan rakan lelaki anda. Urusan rumahtangga apatah lagi yang membabitkan hal di dalam kamar jangan sesekali diuar-uarkan. Anda juga tidak boleh membuka rahsia yang tidak anda ceritakan dengan pasangan anda, kepada rakan berlainan jantina. Sekiranya anda berkongsi sesuatu yang eksklusif dengan rakan lelaki dan bukan dengan suami sendiri, bermakna anda meletakkan pasangan anda bukan pada keutamaan.
Ði samping itu, rahsia rumahtangga, terutamanya yang melibatkan konflik rumahtangga, tidak boleh diceritakan kepada rakan lelaki. Sekiranya anda memang sudah terlalu tertekan dan tidak dapat menanggungnya sendirian, cara yang paling baik adalah mencari rakan wanita yang boleh anda percayai, atau boleh saja meminta pendapat atau nasihat daripada orang tua sendiri.
Namun, ada kalanya mereka tidak banyak dapat membantu dan daripada terjebak dengan dosa fitnah, adalah lebih baik anda mengadu kepada yang Maha Esa atau mengadu ke Pejabat Agama Islam yang berdekatan dengan kediaman anda. Ði sana, anda boleh mendapatkan khidmat nasihat dan kauseling tentang masalah keluarga yang dihadapi.
Jangan sesekali menceritakan hal-hal rumahtangga kepada rakan berlainan jantina. Mengadu masalah rumahtangga kepada seorang lelaki boleh saja mengundang rasa kedekatan dan simpati yang pada akhirnya boleh membuahkan perasaan yang tidak sepatutnya hadir dengan status anda sebagai isteri.
5 – Jangan bersahabat dengan bekas teman lelaki
Suami anda mungkin tidak kisah jika anda kembali bersahabat dengan bekas teman lelaki, tetapi sebagai isteri, andalah yang harus bijak membuat pertimbangan sama ada perkara itu akan membuatkan suami terasa hati atau tidak.
Tentunya sebagai isteri yang prihatin, anda tidak mahu melukakan hati pasangan, bukan? Ði mulut suami mungkin berkata tidak kisah, tetapi dalam hatinya, tentu
Selain daripada 5 batas yang disenaraikan di atas, perhatikan juga adab-adab yang digariskan oleh syarak bagi seorang isteri dalam menjalani kehidupan, berdasarkan penulisan Ðr Yusof al-Qardhawi:
1. Memelihara pandangan matanya dan memelihara kesuciannya.
2. Menutup aurat dan perhiasannya dengan baik, tidak berpakaian terlalu sempit dan menjolok mata.
3. Jangan menampakkan perhiasannya yang tersamar, seperti rambut, leher, kedua lengan dan betis, kecuali kepada suaminya atau mahramnya.
4. Hendaklah bersopan dalam berjalan dan berbicara.
5. Hendaklah ia menjauhi segala sesuatu yang menarik perhatian lelaki dari dirinya seperti berdandan dengan dandanan ala jahiliah.
6. Wanita dilarang berdua-duaan dengan lelaki lain yang bukan suaminya dan bukan mahramnya. Hal ini untuk memelihara dirinya dan diri orang lain dari bisikan-bisikan dosa dan memelihara dirinya dari berita bohong.
7. Jangan berikhtilath dengan kaum lelaki lain kecuali kerana keperluan yang terpaksa, kemaslahatan yang dibenarkan dan dilakukan dengan seperlunya, seperti solat di masjid, menuntut ilmu, yang tidak terlarang bagi wanita untuk ikut serta dalam memberi pelayanan kepada masyarakat, tetapi jangan lupa batas syariat dalam bertemu dengan lelaki ajnabi.
Begitulah antara adab yang perlu diamalkan dalam kehidupan seorang isteri solehah. Jadi, kepada para muslimah sekalian, saya ini berpesan kepada diri saya sendiri dan anda juga, jagalah maruah kerana maruah merupakan cermin diri kita.
Semoga bermanfaat!
Sumber : MW#1387 dan iLUViSLAM.com
Capaian entry berkaitan :
* Batas bersahabat dengan wanita, bagi seorang suami
terim akasih atas entri ini.. memang masalah ini sedang dihadapi! sedar yang diri ini telah berkahwin dan tak mahu melukakan hati si suami..
BalasPadamtetapi ada sesetengah orang yang telah beristeri pun , macam tak faham faham... walau telah diberi contoh jika isterinya di ajak begini oleh orang lelaki lain? tapi tetap jugak nak kacau orang.. ntah berapa lama boleh bertahan... nak jerit jerit nak marah marah orang atasan pulak tu! susahnyer...
setakat boleh tepis tepis je.. tahan je la...
terngkiu again.. :)
@kella
BalasPadamSalam Kella,
Terima kasih kembali kerana sudi berkunjung ke sini.
Sebenarnya inilah dilema kebanyakan isteri yang bekerjaya. Jika batas-batas ini tidak dijagai, banyak mudaratnya dalam rumahtangga.
Kisah isteri curang di sana sini juga semakin bertambah dari hari ke hari. Krisis sosial sebegini agak membimbangkan kerana ia boleh menjejaskan institusi kekeluargaan dan masyarakat.
Jangan lupa kongsikan 'peringatan' ini dengan rakan-rakan ya!
Salam Laman seri -
BalasPadamSaya baca dan sya setuju dgn tip2 yg diberikan ini. Betul kata kella, memang sukar utk menggelak perkara2 mcm ni kalau si isteri ada kerjaya sendiri.
Alhamdulillah itu semua tidak tjadi kpd saya. slps mendirikan rumahtangga, mr suami minta saya berkerjaya di rumah kami shj. Itu lebih selamat & terhindar dr fitnah katanya.
slm
BalasPadamterima kasih atas entri yg diberi.. banyak manfaatnya untuk diaplikasi dlm kehidupan seharian demi mempertahankan keharmonian dan kebahagian alam rumahtangga.
mohon share ya..
Assalamualaikum,
BalasPadamMohon share. Terima kasih.
Mohon share..ulasan yg bagus
BalasPadamSesiapa yang membaca cerita ini harus sila bergembira dengan saya kerana saya merasakan ditolak dan kecewa sekali oleh Isteri saya dengan cara yang sama seperti mana-mana lain lakukan dengan kesedihan hati sebelum i bertemu Dr orinoko Online e-mel saya adalah debbyclifford501@gmail.com. Isu saya dengan rakan sekerja, dia sentiasa adalah menghantar mesej mereka walaupun selepas saya memberitahunya bagaimana saya berasa mengenainya. Dia akan berhenti untuk seketika dan kemudian mula seluruh. Dia sentiasa memberitahu saya bagaimana lemak dan lama ini Lelaki tetapi saya tahu bahawa dia telah menggunakan bahawa sebagai gangguan untuk saya tidak mengesyaki beliau. Hari ini saya kini telah mendapat tahu dia adalah menubuhkan tarikh makan tengah hari dengan salah seorang daripada mereka. Saya tidak lagi boleh mengambilnya. Saya tidak faham mengapa dia terus melakukan perkara ini kepada saya. Beliau juga datang rumah lewat selepas kerja sekarang dan dia akhirnya pergi dan berpecah dengan saya, baik i berada di psikik tetapi semua yang sama. apa yang perlu saya lakukan? sehingga kawan saya memperkenalkan saya t Rasulullah yang membantu untuk menyatukan kembali suaminya. mendapatkan dia dengan e-mel pada orinokosolutiontemple1@gmail.com anda boleh menghubungi beliau. jadi saya menggunakan ini cara untuk memberitahu orang bagaimana gembira dan berapa banyak i menghargai dr baik.
BalasPadamterima kasih
BalasPadam