PAGE

Jumaat, Mac 18, 2011

Lelaki memasak nampak... seksi?

~ Host Iron Chef ~

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Memasak sering kali dikaitkan sebagai tugas hakiki seorang wanita sehingga ada mengatakan, seorang perempuan itu wajib pandai memasak sebelum meneruskan niat untuk berkahwin. Dahulu, antara kriteria calon isteri disarankan orang tua adalah memilih anak gadis yang pandai memasak. Kononnya, kerana masakanlah hati suami tertambat di rumah, hingga tidak lagi terliur masakan di luar. Sejauh manakah kebenarannya?

Sinonim seorang lelaki pula, kebanyakan mereka hanya tahu bertanya bila makanan dah sedia. Paling kurang, hendak tahu menu apa yang ada. Jarang-jarang lelaki akan masuk ke dapur untuk menolong menyediakan makanan. Apatah lagi hendak memasak. Setakat sebagai 'tukang rasa', pasti ramai... :)

Ada juga yang memandang serong apabila seorang lelaki berkebolehan dalam memasak. Jika lelaki bujang, ada yang cuba mencadangkan lelaki yang memasak mungkin seorang 'lelaki lembut'. Andai sudah berkeluarga, pandangan nakal mungkin menyusul bahawa barangkali mereka takutkan isteri! Tak patut sungguh!

Namun, jika dilihat fenomena di restoran atau kedai makan, biasanya tukang masaknya adalah lelaki. Bagaimanapun, jika anda sedar, kebanyakan rancangan masakan tempatan atau luar negara sering menampilkan tukang masak atau chef yang terdiri daripada lelaki.

Chef Wan


Jamie Oliver

Lihat saja gaya bersahaja Chef Wan yang leka memasak sambil berceloteh atau aksi Jamie Oliver dan Martin Yan di saluran Asian Food Channel (AFC). Mereka tampak begitu yakin, malah cukup mahir di dapur sehingga mampu menarik perhatian wanita dek kerana penampilan yang tampak seksi atau mungkin juga macho.

Mungkin itu hanya alasan direka wanita supaya suami atau teman lelaki mereka rajin masuk dapur atau mungkin itu kebenaran yang wajar menjadi pendorong bagi lelaki jika ingin memikat perempuan.

Kalau lelaki pandai memasak, ia sebenarnya bonus buat kaum wanita. Situasi sekarang sudah berubah. Jika dahulu kebanyakan isteri surirumah sepenuh masa, kini isteri turut sama membanting tulang empat kerat keluar rumah untuk mencari rezeki. Mereka juga tentu sama penatnya dengan suami dan ada kalanya tidak punya kesempatan untuk menyediakan makanan di rumah.

Jika suami punyai skil memasak, di sinilah untungnya si isteri. Andai punya ruang terluang lelaki juga wajar membantu mengambil alih tugas isterinya di dapur. Sekurang-kurangnya ringanlah sedikit beban isteri. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Aisyah r.a. pernah ditanya seorang lelaki yang bernama Aswad tentang apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ketika berada di dalam rumahnya? Maka Aisyah menjawab: “Rasulullah SAW sentiasa membantu ahli keluarganya melakukan kerja rumah. Dan apabila tiba masuk waktu solat, baginda keluar untuk solat.”

Nah... Bukankah Rasulullah SAW membantu isteri-isteri baginda melakukan kerja-kerja rumahtangga? Rasulullah sering menolong isterinya melakukan kerja di rumah yang baginda dapat melakukan sendiri seperti menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain. Sifat ringan tangan suami membantu isteri melakukan kerja rumah bukan semata-mata meringankan tugas isteri, tetapi menimbulkan rasa hormat isteri. Isteri berasakan dirinya lebih disayangi dan dihormati.

Cuba bayangkan keadaan begini. Seorang lelaki yang punya jawatan besar di syarikatnya pulang ke rumah namun tidak lokek meluangkan kudrat untuk memasak bersama isteri. Bayangkan dengan masih memakai baju kerjanya siang tadi, seluar belum bertukar, tetapi menyinsing lengan memotong bawang. Nampak 'cool' B-) tak? Memasak, mengemaskan rumah, menjahit serta menyediakan pakaian anak, sepatutnya bukan perkara kekok yang tidak boleh dilakukan oleh kaum lelaki pada hari ini.

Kajian buktikan lelaki memasak kerana rasa kacak atau mahu memikat wanita

Menurut kajian Teori Gastrosexuals, yang mana Gastrosexuals merujuk kepada kelompok lelaki yang menjadikan memasak sebagai hobi, mengaitkan populariti chef selebriti lelaki seperti Gordon Ramsay dan Jamie Oliver adalah kerana aktiviti itu yang memperlihatkan diri mereka kacak.

Sementara itu, kajian oleh syarikat makanan, PurAsia menunjukkan 48% responden percaya, individu pandai memasak mampu menarik minat orang terhadapnya, manakala 23% lelaki berusia 18 tahun hingga 34 tahun memasak kerana ingin memikat perempuan. Pulak... ;;) Itu mungkin pendapat masyarakat luar, apa pandangan wanita tempatan? Kali ini Laman-Seri membuat tinjauan...

Pemilik agensi model, Ida Shafinaz Nazri, 29 - “Memang seksi. Saya sangat suka lelaki yang pandai memasak. Pada pandangan saya, tugas memasak secara tradisinya dipegang oleh kaum wanita tapi sekarang ini lelaki juga tidak kurang hebat di dapur mungkin kerana itu ramai lelaki menyandang gelaran chef di hotel besar seluruh dunia. Daya kreativiti, imaginasi dan bakat semula jadi dimiliki lelaki mahir memasak membuatkan kelompok itu terlihat istimewa pada pandangan wanita.”

Model sambilan dan setiausaha, Norzazarina Omar, 33 - “Lelaki yang pandai memasak adalah satu bonus dalam sesebuah rumahtangga dan pasti saya setuju jika mereka dilabel seksi atau mungkin juga macho. Contoh itu, ada pada bapa mentua dan suami yang sememangnya rajin ke dapur. Untungnya tentulah isteri kerana sekurang-kurangnya mereka boleh bantu meringankan tanggungjawab tugas isteri. Bagaimanapun, sebagai seorang isteri, kelebihan itu tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mereka mengabaikan tugas memasak.”

Hazleen Mohd Ghazali, 29 - “Memang seksi tapi bukan pada penampilan kerana saya percaya, seksi itu juga sesuatu yang subjektif. Pada saya, lelaki pandai memasak dan rajin ke dapur ini punya daya penarik serta kelebihan tersendiri berbanding lelaki lain. Ia menampakkan dia sebagai seorang yang romantis dan berjiwa lembut. Sikap suami yang rajin masuk dapur juga sebenarnya boleh membuatkan isteri rasa istimewa dan besar hati.”

Kakitangan kerajaan, Marina Mohamad, 29 - “Memang seksi dan kacak sangat sebab suami saya bila memasak tak pakai baju (dalam nada bergurau). Saya suka apabila suami masuk ke dapur kerana selalunya sajian dihasilkan suami memang menjadi dan sedap.”

Laman-Seri : Erk... Seksi ke? Hemm... tak kut... BTW, Kena tambah point dalam entry Ciri-ciri suami pilihan... Suami juga kena pandai memasak. Tak perlulah kena terror macam chef Wan, tapi cukuplah sekadar tahu memasak ala kadar. Jika isteri sakit atau dalam pantang, siapa lagi yang boleh diharapkan? Takkanlah hendak menyusahkan harapkan ibu mertua pula, betul tak?




Ubah-suai dari sumber : BHarian 18/03/2011

Capaian entry berkaitan :
* Ciri-ciri suami pilihan

4 ulasan:

  1. yea.. tukang masak lelaki dimata saya memang seksi.. jamie oliver memang pujaan la.. tapi sekarang ni tengah minat chef yang jadi host rancangan 5 rencah 5 rasa kat tv3 tu, kalau tak silap namanya sheerson lian..
    **harap la ejaan nama tu betul.. kalau tak betul saya mohon maaf..

    BalasPadam
  2. assalamualaikum cik onion!

    waa. topik hangat jugak ni. hehe

    hmm seksi? for me tak kot. ok, memang diakui la bahawasanya, kaum Adam memang memonopoli arena masak memasak ni.

    Yela, pandangan orang berbeza2 kan. for men, lelaki yang siap ke bersongkok berbaju melayu tu lagi menarik mungkin. hee :)

    BalasPadam
  3. btol ke......???

    BalasPadam
  4. sekali skali tgk lelaki masak ok gk kn hehe
    http://duniadalamjaket.blogspot.com/2011/07/lelaki-fobia-dengan-memasak.html

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...