WATAK Sam (tengah) lakonan Imuda menerusi sitkom 2 + 1 pernah mencetuskan kontroversi dalam dunia hiburan tanah air suatu ketika dulu.
Pernahkah anda terserempak dengan lelaki yang berperwatakan lembut? Lembut bukan sahaja daripada segi tutur kata, tetapi juga melalui gaya kehidupan seharian mereka. Penampilan diri yang ke arah kewanitaan seperti memakai beg tangan wanita, bersolek dan cenderung bercakap tentang kekacakan lelaki juga merupakan antara ciri-ciri golongan terbabit.
Bercakap mengenai ‘lelaki lembut’, ia bukanlah suatu perkara yang baru. Fenomena lelaki lembut sedang berlaku di seluruh dunia dan sejak dari dulu lagi, sudah ada lelaki yang berperwatakan sebegitu. Bukan menafikan kewujudan mereka, malah tiada siapa pun yang mahu ditakdirkan sebegitu. Namun, sama ada ia naluri semula jadi atau sengaja dibuat-buat, ramai yang belum pasti dengan realiti gejala sosial tersebut. Ia merupakan senario atau trend yang kini semakin popular terutamanya di kalangan anak-anak muda. Kurang pasti daripada manakah punca utama datangnya pengaruh tersebut?
Menurut pakar terapi seks, seseorang lelaki itu ditentukan oleh empat komponen dalam menentukan sejauh mana ia lelaki sejati. Empat komponen tersebut adalah :
- perasaan atau emosi,
- tingkah-laku,
- nafsu dan
- pemikiran.
Dari sudut perasaan atau emosi, seorang lelaki lazimnya mempunyai emosi yang kuat, cekal hati, tidak mudah putus asa, tidak cepat sensitif seperti wanita. Manakala tingkah laku atau perlakuannya pula perlu menunjukkan sifat yang kasar, agresif, gagah, mampu melakukan kerja-kerja berat, tidak gemar kerja yang rumit dan memiliki sifat-sifat kelakian yang umum.
Jika dia gemar kerja-kerja seperti yang dilakukan oleh wanita seperti gubahan, memasak, menjahit dan lain-lainnya, maka orang sering tersenyum dengan kecenderungannya. Manakala nafsu pula, dia akan berahi kepada kaum yang berlainan jantina iaitu kepada wanita dan akhir sekali pemikiran atau akalnya yang tidak mudah mengikut perasaan. Kalau mengikut pujangga Arab (BUKAN Nabi cakap, tau!), dikatakan lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu, manakala wanita pula sembilan nafsu dan satu akal.
Kombinasi keempat-empat komponen ini tidak dapat digariskan dengan jelas. Ada orang yang keempat-empatnya seimbang, menjadikan dia kurang mempunyai masalah dalam menjalani kehidupan sebagai lelaki normal. Namun jika salah satu daripada komponen ini terlalu jelas kekurangannya atau ketidak-sempurnaannya, maka besar kemungkinan dia mempunyai masalah dalam menjalani kehidupan lelaki normal.
Contohnya dikatakan pemikiran dan nafsunya stabil, namun fizikalnya yakni tingkah lakunya lemah lembut seperti wanita, maka berkemungkinan besar dia disingkir oleh sebilangan lelaki lain yang tidak mahu mendekatinya. Ini menjadikan dia lebih mendekati wanita lantaran hanya wanita yang boleh memahami perasaannya dan minat atau hobinya yang cenderung ke arah itu.
Dia mungkin rasa rendah diri apabila berada di kalangan lelaki lain, lantaran mungkin tidak mendapat penghargaan disebabkan sifat-sifat yang dimilikinya. Namun, ada juga lelaki yang nampak seimbang dari segi pemikiran, emosi dan perasaan, malah fizikal dan tingkah lakunya nampak gagah seperti lelaki tulen yang banyak mencerminkan sifat kelelakian, namun nafsunya tiada siapa yang tahu.
Kategori lembut
Lelaki lembut dikategorikan kepada dua jenis iaitu :
- Lelaki yang semulajadi lembut tetapi tetap lelaki sejati (nalurinya cenderung kepada perempuan)
- Lelaki lembut yang seolah-olah dibuat-buat dan cenderung kepada kaum sejenis (lelaki juga) juga dipanggil transeksual.
Konteks kebudayaan dan keagamaan
Menurut pandangan Islam, gender (jantina) terbahagi kepada empat kumpulan iaitu lelaki, perempuan, khunsa dan mukhannis atau mukhannas.
Khunsa, pada dasarnya bermaksud dwi jantina. Manakala mukhannas adalah golongan yang mahukan jantina yang lain dari jantina mereka lahir. Mereka mahu menjadi wanita dan membenci identiti kelakian mereka. Golongan mukhannis pula, mereka adalah golongan lelaki yang tinggi sifat kewanitaanya tetapi tidak mahukan pembedahan jantina.
Pada tahun 1983, Majlis, Raja-Raja telah menetapkan fatwa bahawa pembedahan jantina adalah haram hukumnya kerana pembedahan itu adalah salah di sisi Islam. Perbuatan silang-pakaian (cross dressing) juga dilarang. Golongan khunsa, menurut Islam, dibenarkan untuk menjalani pembedahan jantina supaya mereka dapat menjadi samada lelaki atau wanita.
Maka secara dasarnya, golongan maknyah sebenarnya adalah tidak diiktiraf bagi masyarakat Malaysia. Ramai dari mereka menerima kenyataan bahawa Islam melarang transeksualisme. Ini selaras dengan dalil-dalil yang dinyatakan melalui hadis.
Daripada Ibn Abbas r.a. katanya, Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berkelakuan seperti perempuan dan perempuan yang berkelakuan seperti lelaki, dan kata baginda lagi “halau mereka dari rumahmu.” (Sahih Bukhari)
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW melaknat lelaki yang berpakaian seperti perempuan dan wanita yang berpakaian seperti lelaki. (Hadis riwayat Abu Daud)
Punca lelaki lembut
Hanya orang yang paling dekat dengannya mengetahui sejarah lelaki lembut yang menyebabkan dia terjerumus cenderung ke arah nafsu kepada lelaki dan tidak perempuan. Mungkin ramai di kalangan kita tertanya-tanya mengapa semakin ramai lelaki jadi begini. Kita boleh lihat faktor-faktor dibawah sebagai punca lelaki menjadi lembut :
1 – Ibu bapa dan keluarga
Ibu bapa tidak bertanggungjawab, gagal membimbing dan mengasuh anak-anak dalam menerapkan nilai-nilai murni, ajaran agama dan kasih sayang. Ibu bapa yang bersikap materialistik dan sibuk mengejar kebendaan tidak mengambil berat atau ambil tahu gerak-geri dan aktiviti anak-anak menyebabkan anak-anak hilang panduan.
2 – Perkembangan Teknologi Maklumat
Internet dan saluran informasi yang tidak berfaedah mudah didapati dan boleh mencetus diffusi budaya (budaya songsang). Budaya luar diserap masuk ke dalam budaya kita seperti pngaruh cara bercakap, berpakaian, bersosial dan berfikir.
3 – Kejiwaan (al-Nafs)
Salah satu unsur kejadian manusia dan mempunyai dua kecenderungan: kebaikan dan kejahatan. Firman Allah SWT yang bermaksud, “…dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya.” (Surah asy-Syams, ayat 7-10)
- Al-nafs Mutma’innah (kebaikan) – zat yang sangat halus, bertabiat mulia dan mempunyai darjat yang tinggi manakala
- Al-nafs al-Ammarah (keburukan) – yang menurut hawa nafsu
4 – Media Massa dan kesan Globalisasi
Hakikatnya, media massa banyak memaparkan pengaruh negatif Barat dan tidak menitik-beratkan nilai-nilai Islam. Cuba kita lihat rancangan-rancangan hiburan dan drama-drama di kaca TV, kebanyakkannya menjadikan budaya Barat jadi garis panduan dalam rancangan mereka. Kurang/tidak ada pengisian minda yang berfaedah akan menyebabkan lebih banyak masalah sosial.
Konsep dunia tanpa sempadan dan segala maklumat & perkembangan dapat diketahui & dicapai (baik atau buruk) dengan hujung jari sahaja. Sifat yang suka mencuba sesuatu yang baru dan cepat terpengaruh atau teruja dan tidak dapat mengelak daripada melihat/berinteraksi terhadap apa yang dilihat dan dipaparkan oleh media massa.
5 – Rakan Sebaya
Rakan sebaya adalah orang yang sangat berpengaruh kepada perkembangan remaja. Rakan sebaya mempunyai tahap mentaliti dan tahap pemikiran yang sama. Seorang sahabat mestilah mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang dapat memberi faedah keagamaan.
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Seseorang itu berada di atas agama kawannya. Oleh itu hendaklah seseorang dari kamu melihat dengan siapakah dia berkawan.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at Tirmizi)
6 – Kelonggaran Penguatkuasaan Undang-undang (Sivil dan syariah)
Penguatkuasaan tidak tegas dan hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan.
Faktor lain yang boleh dipertimbangkan
Baru-baru ini saya membaca artikel yang diforwardkan oleh bro Manntrex di Plastic Chemicals "feminise" Boys. Artikel ini mencadangkan salah satu punca dapat anak lelaki lembut. Hasil penyelidikan sains terhadap bahan kimia dalam plastic dan amat membimbangkan Suruhanjaya Plastik Eropah dan Persekutuan Plastik Britain. Besar kemungkinan ada bahan kimia yang diharamkan di US dan EU masih digunakan oleh Malaysia dan terdapat pada barangan plastik yang diimport dari China.
Banyak lagi artikel yang patut dibaca sebagai rujukan seperti :
Saya tidak nafikan, faktor pemakanan juga boleh jadi salah satu punca lelaki menjadi lembut. Jika kita lihat faktor pembetukan janin dalam entry Pembentukan zuriat & sesudah kelahiran, kita dapati ada benarnya pemakanan juga boleh mempengaruhi pembentukan sahsiah anak-anak.
Pencegahan
Menurut bro Manntrex lagi, selain daripada membaca al-Quran dan berdoa, Rasulullah SAW juga menggalakkan ibu mengandung memakan kurma supaya dapat anak yang tenang dan penyabar. Rasulullah pernah memberitahu kebaikan madu, zaitun, buah tin, jintan hitam, air sejuk, cuka, nasi, susu dan banyak lagi. Jelas sekali, Rasulullah memberitahu kita bahawa ada banyak khasiat yang boleh diperolehi dari benda-benda di bumi ini untuk keperluan manusia yang ingin hidup sihat. Semuanya dengan keizinan Allah di dalam dunia Darul Asbab yang juga telah diterangkan oleh Imam Ghazali dalam hal qada’ dan qadar.
Dan Allah telah memberi amaran pada kita semua di dalam al-Quran bahawa kerosakan dan kemusnahan di mukabumi ini adalah hasil tangan manusia sendiri. Jelas dan tidak salah dalam konteks perbincangan kita ini, bahawa banyak perkara dunia ini boleh memberi pengaruh BAIK maupun BURUK terhadap janin dan anak-anak yang sedang membesar. Jadinya, selain daripada hidup dengan adab dan doa, kita juga perlu guna ilmu, akal dan usaha untuk mendapat kebaikan dan mengelakkan kerosakan.
Kemungkinan SALAH SATU FAKTOR UTAMA daripada BANYAK FAKTOR penyebab lelaki lembut sejak lahir ada dalam artikel yang disebutkan seperti di atas. Jika kita ambil-pakai penyelidikan doktor tersebut, nescaya kita patut mengurangkan penggunaan plastik PVC serta tidak membeli permainan daripada plastik PVC.
Jika penyelidikan doktor tersebut didapati benar dan disahkan oleh ramai lagi di masa hadapan, ada dua implikasi untuk komuniti :
- Lelaki lembut boleh mempersalahkan ibubapa mereka sebagai orang yang cuai kerana menyebabkan keadaan mereka sebegitu seumur hidup.
- Risiko tinggi lelaki lembut menjadi homoseks kerana suasana atau menjadi mangsa orang homoseks, nescaya bertambah-tambah lagi maksiat yang menarik bala besar.
Wallahu‘alam.
Capaian entry berkaitan :
Salam,
BalasPadamGood info