Assalamualaikum warahmatullah,
Hari ini saya ingin kongsikan artikel oleh Dato’ Dr Noor Laily Dato’ Abu Bakar (NURY) yang sempat saya baca dan saya cuba terapkan ilmu ini kerana saya juga sedang mengharungi fasa yang sama, seperti dalam artikel tersebut.
Anak saya yang ketiga (Ilham Darwish) memang petah bercakap sejak usianya 1.5 tahun lagi. Sekarang usianya sudah mencecah 2.75 tahun dan kata orang Perak, sangat ‘beret’ mulutnya. Hari-hari ada saja keletah yang menghiburkan dan saya paling tak boleh tahan bila mulutnya bertanya bermacam-macam soalan yang kadang-kala agak mencabar akal saya untuk memberikan jawapan yang sesuai dengan usianya.
Suatu petang, dia berkata, “Kenapa ayah berhenti? Cepatlah jalan.”
Saya jawap [on behalf ayahnya], “Ayah berhenti sebab lampu isyarat merah. Kalau lampu merah, kita kena berhenti. Kalau lampu hijau, baru boleh jalan.”
Dia menjawap, “Eeee mama ni… boy tanya ayahlah. Boy bukan tanya mama…”
Pengajaran berharga buat saya : Jangan sibuk-sibuk menjawap jika soalan tidak ditujukan kepada anda!
Seketika kemudian kami melalui lampu isyarat yang bertukar kuning dan suami memperlahankan kereta.
Anak bertanya lagi, “Kalau kuning?”
Saya jelaskan kepadanya, “Kalau kuning kita kena berjaga-jaga, perlahankan kereta dan berhenti sebab lepas ini lampu akan jadi merah. Merah kena berhenti.”
Dia seakan faham dan mengangguk-anggukkan kepala. Tak lama selepas itu, dia bertanya lagi, “Kalau tak berhenti?”
Dalam hati saya mengomel, “Banyak tanya betul budak nih…” tapi saya jawap juga, “Kalau tak berhenti, nanti polis saman.”
Dan perbualan kami meleret pula apa itu saman dan lain-lain.
Anak kedua saya yang berusia 3.75 tahun (Dania Sofea) juga tidak kurang hebat ‘beret’nya. Kadang-kala pertanyaannya benar-benar mencabar kesabaran saya… contoh :
Anak : “Mama, kenapa baby nangis?”
Saya : “Sebab baby kecil lagi.”
Anak : “Kalau baby dah besar, dia tak nangis?”
Saya : “Baby menangis sebab dia lapar.”
Anak: “Kalau baby tak lapar?”
Saya : “….hemmm…”
Dalam hati saya… “Aduh... mencabarnya...”
Ada sesetengah pertanyaan memang sukar untuk saya jawap, contohnya :
Anak : “Kat mana mama jumpa baby ni?” (sambil tunjuk baby yang berusia sebulan lebih)
Saya : “Mama jumpa di hospital. Mama bawa baliklah.”
Ha... ha…
Jika ditakdirkan pada hari itu saya larat melayan, saya akan layan juga pertanyaan mereka. Kadang-kala bila terlalu penat, saya cuba jawap juga walaupun acuh tak acuh. Kesian mereka seharian tak berjumpa, macam-macam soalan disimpan dan tunggu saya balik untuk bertanya. Memang kebiasaannya anak dalam lingkungan umur begini suka sangat bertanya. Soalan seperti, “Apa itu mama?” atau “Mengapa itu ayah?” atau “Bagaimana itu mama?” memang biasa keluar daripada mulut mereka.
Ramai ibu bapa kadang kala tidak terdaya melayan pertanyaan sebegini lebih-lebih lagi ibu bapa yang telah penat bekerja sepanjang hari. Jika tidak larat melayan karenah anak-akan ini, janganlah mereka dimarah, ditengking atau dimaki hamun. Ini akan membuatkan anak ini tidak akan bertanya lagi, malah mungkin akan terus mendiamkan diri atau cuba perkara lain, memberikan tumpuan kepada benda-benda (barang-barang) atau kawan-kawan yang sama senasib dengannya.
Menurut Dato Dr Noor Laily, masalah sosial hari ini adalah disebabkan anak-anak yang terbiar atau dipajak-gadai kepada orang lain dari kecil lagi kerana ibu bapa tiada masa untuk mereka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam perkara ini? Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh para pemimpin, pembuat polisi, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua korporat dan ibu bapa semua. Tetapi hari ini banyak tumpuan diberi kepada perkara yang menambahkan lagi masalah ini. Taska, tadika, pusat jagaan kanak-kanak tumbuh macam cendawan tetapi tidak disediakan dengan program yang sesuai untuk anak-anak. Pihak yang menjaganya sekadar makan gaji sahaja dan tidak ada rasa sayang kepada anak.
Ibu bapa pula tidak dibenarkan langsung terlibat dalam program-program yang dilaksanakan. Malah untuk menghantar anak ke taska dan tadika pun dipajak kepada orang lain.
Pernahkah kita berfikir, mengapa anak-anak kecil suka bertanya? Anak-anak suka bertanya kerana ia adalah anugerah semulajadi Allah SWT supaya dia bukan sahaja mengenal tetapi memahami persekitarannya dan boleh menyesuaikan dirinya dengan sesiapa pun dan di mana juapun.
Jadi, jika anak bertanya, “Ayah, kenapa ayah berhenti?” (walaupun anda menganggapnya sebagai soalan ‘poyo’), cubalah sedaya-upaya anda berikan jawapan yang sesuai, yang senang difahami anak.
Jawapan penuh kasih sayang
Ayah yang penat hanya berdiam diri atau menjawap dengan kasar, “Tak tahu lagi ke? Itu lampu isyarat!”
Anak akan terus bertanya, “Lampu isyarat itu apa, ayah?” atau mungkin saja, “Tadi warna kuning, kenapa sekarang warna merah?” atau “Siapa yang tukar warna lampu itu, ayah?”
Ayah yang penat mungkin saja akan terus berkata, “Diamlah, ayah tak tahu!”
Tetapi ayah yang penuh kasih sayang akan memberikan jawapan yang sebaliknya. Dia akan menjawap, “Ya sayang, merah itu berhenti, kuning itu bersedia dan hijau itu tandanya boleh jalan.”
Mungkin saja anak akan bertanya lagi dan lagi, dan kita sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab cubalah berusaha penuhi persoalan anak. Jika tiada apa-apa urusan pada hari itu, kita boleh usaha pergi ke perpustakaan dan cari buku-buku berkaitan dengan persoalan anak. Boleh juga mencari bahan-bahan melalui internet. Lakukanlah apa saja yang terfikir, asalkan anak-anak tidak ditinggalkan dengan persoalan yang kita tidak boleh jawap. Saya masih ingat sewaktu saya kecil, ayah saya gemar membawa kami adik-beradik ke perpustakaan Tun Razak di Ipoh, tempat kelahiran saya. Hari ini kita amat jarang dapat meluangkan masa untuk ke perpustakaan. Kedai-kedai buku juga amat sunyi sekali dengan kehadiran ibu bapa beserta anak-anak kecil.
Ini amat penting kerana kita tidak mahu perasaan 'curiosity' atau minat anak-anak terbantut, semata-mata kerana ibu bapa jahil dan tidak mahu menimba ilmu. Satu perkata yang amat penting ialah, jawapan yang diberi mestilah tepat, jelas, betul dan tidak mengelirukan. Cara ini, sedar atau tidak, kita akan meminatkan anak mencari dan meneroka ilmu baru.
Ibu dan bapa juga secara tidak langsung, akan terpaksa belajar ilmu baru, umpamanya jika kita mengenalkan anak kepada pokok. Kita seharusnya memberi tahu nama pokok itu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Latin. Kita boleh meminatkan lagi anak kepada pokok dengan memberitahunya ciri-ciri pokok itu, selain menerangkan asal usul pokok, kegunaannya, apa yang baik atau buruk tentang pokok itu dan semua fakta pokok berkenaan. Sekiranya anda ibu bapa yang perihati dan penuh kasih sayang, inilah yang patut dilakukan.
Saya sedang berusaha menjadi mama yang terbaik untuk anak-anak saya.Ya Allah, permudahkanlah urusanku dalam menguruskan amanah-Mu. Amiin.
Selamat mencuba!
salam.
BalasPadamperkongsian yang baik. terima kasih puan bawang. sebenarnya proses yang berlaku kepada anak2 kecil kita adalah pengalaman yang sama yang pernah kita lalui. kalau tak caya cuba tanya kepada mak ayah kita, mungkin mereka masih ingat soalan2 tertentu yang kita tanyakan mereka sehingga menguji keupayaan mereka berfikir.
baru2 ni dalam perhimpunan keluarga, atuk saya buka suatu cerita yang tak pernah dia bagitau sesapa (dan saya juga tak ingat). katanya masa saya kecil dulu (3/4 tahun), sedang saya bermain2 tiba2 saya berhenti dan merenung langit. lama merenung kemudian saya tanyakan atuk.. "mengapa tuhan buat langit?"
lama atuk saya berfikir hinggalah dia terlihat pesawat terbang di udara, dan dia menjawab.. "tuhan buat langit supaya kapal terbang boleh terbang"
my 2 cent
firdaus.
Salam,
BalasPadamTerima kasih juga atas kisah yang ini. Ada idea nak jawap kalau saya ditanya nanti.
Soalan mereka juga berulang-ulang... Mereka menyoal, kita dah beri jawapan tapi mereka tanya juga soalan yang sama... macam iklan 'burung murai'...
Adeh... Kadang-kadang rasa nak cekik pun ada... hik... hik...
salam blog. teman saya pernah diaju oleh anaknya..."mama...tuhan itu baik kan?" kata anaknya...maka jawab si ibu.."ye..tuhan baik terhadap hambanya"...kemudian..tanya si anak.."kalau baik...kenapa kita kena takut tuhan?"..dan si ibu terkedu disitu..betul kata puan...kadang2 pertanyaan anak2 ini perlu dijawab secara halus...saya belum melalui fasa itu kerna anak saya masih kecil (9bulan)..tapi saya pasti..pengalaman itu pasti sesuatu yg sangat berharga dalam meniti kehidupn di bumi allah ini...:)
BalasPadamSalam, hehehe, teringat alkisah anak buah saya Nain...siap boleh tanya dengan ayahnya[ along na ]" Kenapa Nain tak da masa ni?...
BalasPadamp/s bila nain tgk gmbar along kahwin...
Na.