“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, Disember 16, 2009

Lemak bina payu dara

Payu dara pesakit kanser kini boleh dibina semula tanpa risiko.

FAKTA sains membuktikan pembentukan kanser payu dara tidak melibatkan lemak yang terdapat pada tubuh.

LAZIMNYA, lemak yang terdapat pada mana-mana bahagian tubuh seringkali menimbulkan masalah hinggakan ada sesetengah individu sanggup menjalani prosedur liposuction atau membuang lemak.

Namun, di sebalik ‘kehodohan’ gumpalan lemak yang terdapat pada perut, paha atau lengan, ia memberi nafas baru pada pesakit kanser payu dara yang menjalani rawatan Lumpectomy atau Mastectomy.

Menurut Pakar Bedah dan Perunding Pembedahan Plastik dan Rekonstruktif Pusat perubatan Prince Court, Dr. Yap Lok Huei, lemak yang diperolehi dari bahagian tubuh dapat membina semula payu dara bagi mereka yang kehilangan aset berharga itu akibat kanser payu dara.

“Secara am, prosedur pemindahan lemak atau lebih dikenali sebagai fat grafting sebelum ini hanya digunakan bagi tujuan pembedahan kosmetik.

“Namun bagi tujuan pembinaan semula payu dara, lemak akan dikeluarkan dari tubuh pesakit dengan menggunakan jarum khas atau liposuction cannula.

“Setelah mendapat jumlah lemak yang dikehendaki, ia akan disuntik ke bahagian atas otot pectoralis secara berperingkat sambil membentuk payu dara,” jelas Lok Huei.

Penggunaan lemak yang diambil daripada pesakit itu sendiri untuk digunakan dalam pemindahan lemak tersebut dikenali sebagai autologous fat grafting.



Pemindahan lemak secara autologous dibahagikan kepada dua jenis iaitu TRAM flap (tranverse rectus abdominis muscle flap) dan DIEP flap (deep inferior epigastric artery perforator).

“TRAM flap merujuk kepada penggunaan tisu lemak yang diambil dari perut. Dengan menggunakan saluran darah asal, lemak tersebut akan disuntik di bawah kulit sekitar payu dara,” ujarnya.

Merungkai lebih jelas kaedah pemindahan lemak ini, prosedur kedua yang digunakan ialah DIEP flap yang merupakan variasi kepada TRAM flap. Ia tidak melibatkan pemindahan otot dan kaedah ini dipercayai mempunyai risiko lebih rendah terhadap kelemahan abdomen atau pun hernia (burut).

“Ia menggunakan sel dan lemak yang asal namun tidak melibatkan otot bagi membentuk payu dara. Prosedur ini juga akan menegangkan semula bahagian abdomen bawah,” jelas Lok Huei.

Tambahnya, dengan hanya satu bukaan kecil sekitar dua milimeter, teknik ini cukup selamat di samping tidak mengganggu saluran darah atau saraf di sekeliling payu dara yang terlibat.

Lebik baik dari implan

Menurut Lok Huei lagi, kebaikan prosedur pemindahan lemak secara autologous ialah ia mengambil masa lebih singkat daripada prosedur pembedahan mikro serta memerlukan insisi (bukaan) yang kurang.

LEMAK yang diperlukan untuk merawat pesakit kanser payu dara yang menjalani rawatan Lumpectomy atau Mastectomy boleh didapati daripada tubuh pesakit sendiri.

“Kelemahannya pula ialah ia mempunyai kadar penyerapan tertentu, tidak bersesuaian bagi payu dara yang bersaiz besar serta memerlukan lebih daripada satu prosedur.

“Pesakit juga harus faham bahawa pembentukan semula payu dara adalah prosedur yang bergantung kepada individu. Terdapat banyak pesakit yang berpuas hati dengan implan silikon ataupun pembentukan semula jenis autologus,” ujar Dr. Yap.

Tambah beliau, selain boleh diolah menjadi bentuk payu dara, prosedur pemindahan lemak ini juga banyak digunakan bagi pembedahan kosmetik.

“Ia boleh dianggap selamat dan tidak akan menjejaskan ujian kanser,” katanya.

Di samping mengurangkan parut, prosedur ini juga mampu mengelakkan sebarang risiko penolakan kerana ia menggunakan lemak yang berasal dari tubuh pesakit itu sendiri.

“Berbanding penggunaan implan silikon, pemindahan lemak ini lebih selamat kerana ia serasi dari segi biologinya,” katanya.

Malahan, jangka hayat penggunaan lemak sebagai bahan bagi pembinaan semula payu dara ini lebih panjang dan menjadi sebahagian daripada tubuh.

Tambah Lok Huei, apa yang lebih penting ialah pembentukan kanser payu dara tidak melibatkan lemak yang terdapat pada tubuh pesakit itu sendiri.

KERATAN rentas menunjukkan kedudukan otot Pectoralis.

“Jadi, pesakit tidak perlu bimbang mengenai kemungkinan lemak dalam tubuhnya mempunyai sel kanser,” jelasnya yang turut menyatakan prosedur ini langsung tidak mengganggu proses pengimbasan MRI serta sinar X.

Sekiranya pesakit bimbang mengenai lemak dalam badannya tidak mencukupi, Lok Huei menegaskan, hanya sekitar 160 carbon copy (cc) hingga 200cc lemak yang digunakan bagi setiap prosedur.

Menjelaskan mengenai risiko dan kesan sampingan, keberkesanan suntikan lemak ini pada pembentukan semula payu dara bergantung kepada kecekapan dan pengalaman pakar perubatan memindahkan lemak.

“Namun, prosedur ini tidak digalakkan kepada wanita yang menghidap diabetes atau sebarang penyakit yang melibatkan sel tisu,” jelasnya. – SHANIKA ABDULLATIB

Sumber : Kosmo!

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails