Salam,
Hemm… Tak habis lagi cerita fasal mas kahwin di LAMAN-SERi. Macam-macam feedback yang saya baca, ada yang setuju tidak kurang juga yang membantah. Yang membantah itu pula menyertakan sebuah hadis yang elok saya sebutkan di sini. Seperti yang sudah saya jangkakan, mereka akan berhujah dengan hadis ini. Islam tidak menetapkan kadar terendah, sederhana atau paling tinggi dalam pemberian mas kahwin kerana tidak mahu membebankan umat. Jumlah mas kahwin tidak semestinya lumayan tetapi sebaik-baiknya mesti dengan kadar yang mampu dan disenangi pihak yang memberi. Mas kahwin boleh berupa mengajarkan al-Quran, cincin besi dan sebagainya. Bagi orang yang tidak keberatan, sebaiknya mahar itu senilai lima ratus dirham, sila rujuk SiNi.
Rasulullah SAW bersabda kepada seorang laki-laki yang hendak menikah untuk menyediakan mahar :
[Diriwayatkan oleh Al-Bukhari no. 5126 dan Muslim no. 1425].
Cuba lihat versi penuh hadis di Hadith.al-islam.com.
Elok pun hadis ini disebut dalam salah satu blog kegemaran saya, FiKRAH iSLAMiAH. Komen Ustaz Ahmad Baie tentang Mas kahwin atau hantaran jadi penghalang juga sangat menarik untuk dibaca. Antara komen ustaz :
Saya percaya semua ini adalah kerana salah faham umat Islam terhadap nilai mas kahwin berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik mas kahwin ialah yang mudah.” (Riwayat Abu Daud)
Dalam hadis lain baginda bersabda: “Sebaik-baik wanita ialah yang memudah untuk diri mas kahwin.” (Riwayat at-Tabrani)
Rasulullah sebut, wanita yang paling baik ialah bila mas kahwinnya paling mudah (mudah bukan murah). Ya, mudah bagi lelaki untuk memberi mas kahwin kepada isterinya. Perlu dijelaskan di sini, mas kahwin yang mudah itu adalah hanya sekali seumur hidup sama seperti kita menjadi ahli seumur hidup dalam sesuatu persatuan.
Maksud mudah bolehlah saya anggarkan begini, kalau gaji lelaki itu sebulan RM 3,000 tentulah hendak beri mas kahwin RM300 sekali seumur hidup tidak susah, mudah sahaja. Tapi kalau gajinya RM10,000 sebulan tentu mudah baginya untuk memberi kepada isteri RM1,000 sebagai mas kahwin. Jadi, kalau seseorang lelaki bergaji besar tetapi sewaktu hendak beri mas kahwin hanya RM 30 atau RM 80 tentulah tidak sepadan, dan dia boleh dikatakan lelaki kedekut. Tetapi dia tidak merasai begitu dan tidak pula malu kerana menganggap itulah kadar mas kahwin yang wajib baginya.
Hal ini kerana mereka tidak faham maksud hadis di atas. Sebaliknya memahaminya sebagai mas kahwin itu hendaklah murah. Lalu padanya kadar mas kahwin yang paling rendah itu menggambarkan wanita yang baik. Sebenarnya mas kahwin bukan harga bagi wanita atau isteri tetapi pemberian yang selayaknya diberikan oleh suami sebagai tanda dia rela mengambil tanggungjawab menjaganya. Kalaulah wanita itu hendak dinilai dengan harga dan perlu ditawarkan dengan mas kahwin, sudah tentu tidak ternilai dengan wang, mungkin satu juta pun bukan nilainya.
Alhamdulillah, penjelasan ustaz dapat merungkai fahaman yang salah tentang mas kahwin. Saya juga sangat bersetuju dengan komen bro MannTrex, katanya terlalu sedikit nilai mas kahwin yang telah ditetapkan oleh semua kerajaan negeri. Ia hanya memberi reflection betapa kedekutnya komuniti terhadap perkara yang baik. Sebaliknya terlalu boros komuniti dengan memberi wang hantaran yang berbelas ribu. Ramai yang memberi mas kahwin dalam bentuk coin wang emas yang nilainya berlipat kali ganda. Mungkin sekeping coin wang emas jika diupah dikedai emas hanya minimum RM80 ke atas. Dengan menggunakan wang emas, nilainya meningkat sepanjang hayat sepertimana yang telah di-setkan oleh Sayyed Umar Al-Khattab untuk Emas dan Perak.
Hadis riwayat Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah SAW melihat warna bekas wangian pengantin di tubuh Abdurrahman bin Auf, lalu beliau bertanya: "Apakah ini?" Abdurrahman menjawab: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku baru saja menikahi seorang wanita dengan mahar seharga lima dirham emas." Rasulullah SAW lalu bersabda: "Semoga Allah memberkahimu dan rayakanlah walaupun dengan seekor kambing." (Sahih Muslim)
Takkanlah nak berkira sangat apabila nak memberi pada partner hidup yang akan kita tidur bersama, makan bersama, mengurus rumah bersama, sakit sihat bersama dan seterusnya. Kalau kita terlalu berkira sangat dengan sesiapa, nescaya Allah akan berkira dengan kita.
Tersebut kisah kisah Khalifah Umar al-Khattab yang berlapang dada menerima teguran daripada seorang wanita berkenaan saranan beliau supaya kadar mas kahwin yang diletakkan oleh pihak pengantin perempuan haruslah rendah kadarnya. Wanita berkenaan membantah pandangan Khalifah dan menegaskan bahawa sebarang penetapan kadar mas kahwin sememangnya hak pengantin perempuan dan ia tidak sepatutnya dipertikaikan. Khalifah tidak menganggap teguran tersebut sebagai perkara yang memalukan bahkan menegaskan dengan kata-katanya, “Perempuan ini benar dan Umar telah bersalah”. Penegasan Khalifah seiring dengan doa beliau sebagai seorang pemimpin yang menyebut sebagai, “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kepadaku tentang keaiban diriku”.
Saya setuju dengan komen bro Manntrex, mengapa perlu kedekut (kikir) dengan partner hidup yang akan kita tidur bersama, makan bersama, mengurus rumah bersama, sakit sihat bersama dan seterusnya.
Mas kahwin wajar dinaikkan 'harga syiling'nya. Jika suami mahu beri lebih, adalah lebih digalakkan. Itu lebih afdal daripada beri hantaran berpuluh-ribu ringgit. Pada pendapat saya, hantaran dalam lingkungan kurang RM10,000 masih 'reasonable', jika kita mengambil kira penat lelah ibu bapa 'melepaskan' anak perempuan mereka. Siapa ada anak boleh cuba buat kira-kira berapa perbelanjaan anda untuk membesarkan seorang anak. Bukanlah bermaksud nak jual anak, tapi sebagai menjaga kebajikan isteri.
Duit mas kahwin dan hantaran boleh disimpan isteri, tidak semestinya digunakan untuk kenduri. Bila sah jadi partner sehidup (atau sehabis talak), TIADA JAMINAN yang suami akan memberi nafkah kepada isteri, walaupun termaktub dalam al-Quran suami WAJIB beri nafkah dan dalam cukai pendapatan peruntukan untuk isteri RM3,000 setahun (erk… silap! Peruntukan potongan zakat pendapatan sebenarnya…). Ada suami beri duit poket (untuk kegunaan isteri sahaja) RM250 sebulan tak? Ada sesetengah isteri, RM10 sebulanpun belum tentu lagi! Ada sesetengah kes pula, isteri pula kena bantu suami dan termasuklah suami berhutang dengan isteri tiap-tiap bulan sebab duit gaji selalu tak cukup. Kesian orang perempuan macam ini....
Lagipun duit mas kahwin dan hantaran boleh digunakan isteri jika perkahwinan putus di tengah jalan (atau kematian). Sungguhpun isteri boleh menuntut mutaah dan nafkah anak-anak, tetapi membuat tuntutan memakan masa yang lama dan hampir tidak munasabah. Belum tentu pula pihak suami (suami dan wali anak-anak) mahu membayar. Sementara itu, apa anak-anak nak makan, jika isteri tidak bekerja? Suami atau wali/waris anak-anak ini mungkin boleh lepas di dunia, tapi jawaplah di mahkamah Allah esok.
Berapa banyak kes begini di mahkamah? Berapa ramai pula isteri yang tiada skil, terpaksa menjual nasi lemak, mee goreng, kuih-muih atau lebih malang ada yang ambil jalan singkat jual diri, jadi GRO etc sebab nak beri anak makan.
Tak usahlah berkira, jika mahu berkira, maknanya tak mahu pikul tanggungjawap. Bukankah Nabi berpesan, kalau tak sanggup pikul tanggungjawap, lebih baik kamu berpuasa (daripada berkahwin). Itulah yang lebih baik bagi kamu.
Hadis riwayat Abdullah bin Mas'ud r.a. : Dari Alqamah ia berkata: Aku sedang berjalan bersama Abdullah di Mina lalu ia bertemu dengan Usman yang segera bangkit dan mengajaknya bicara. Usman berkata kepada Abdullah: Wahai Abu Abdurrahman, inginkah kamu kami kawinkan dengan seorang perempuan yang masih belia? Mungkin ia dapat mengingatkan kembali masa lalumu yang indah. Abdullah menjawab: Kalau kamu telah mengatakan seperti itu, maka Rasulullah saw. pun bersabda: Wahai kaum pemuda! Barang siapa di antara kamu sekalian yang sudah mampu memberi nafkah, maka hendaklah ia menikah, karena sesungguhnya menikah itu lebih dapat menahan pandangan mata dan melindungi kemaluan (alat kelamin). Dan barang siapa yang belum mampu, maka hendaklah ia berpuasa, karena puasa itu dapat menjadi penawar bagi nafsu. (Sahih Muslim)
Hadis riwayat Uqbah bin Amir r.a. : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya syarat yang paling berhak untuk dipenuhi ialah syarat yang karenanya kamu menghalalkan kemaluan kaum wanita (syarat nikah)." (Sahih Muslim)
Sedikit masa dulu, saya pernah ditanya, apa pendapat saya jika seorang yang masih menuntut (student) berkahwin. Bagi saya, student tak payahlah kahwin dulu kalau tak maknanya anda menyusahkan (menzalimi) diri sendiri dan pasangan pula. Kalau dah ada pendapatan sendiri, lain cerita. Takkan nak beri nafkah guna duit biasiswa? Itu dah tak amanah namanya, salah guna duit biasiswa. Esok kena jawap fasal amanah pula di mahkamah Allah. Sanggup?
Yang tak wajar, ibu bapa gunakan duit hantaran untuk kenduri, sedangkan wang tersebut sepatutnya digunakan pada waktu kecemasan sahaja. Apa-apapun, tak perlulah kita panjangkan isu kewajaran mas kahwin dinaikkan nilainya kerana Cina/India kahwin pun duit habis berpuluh-puluh ribu, boleh jadi beratus ribu malah mereka boleh juga menyediakan rumah double story, kenderaan yang selesa etc untuk isteri masing-masing. Mereka tak bising-bising pun seperti kita (orang Muslim) yang hendak menetapkan duit mas kahwin yang cuma RM22.50 pun heboh satu Malaysia.
Memalukan….
Capaian entri berkaitan :
Kesimpulannya..
BalasPadamTeman sangat bersetuju dgn tindakan kerajaan Selangor yg menaikkan maskahwin baru2 ni. Kalau RM500.00 pun okay lagi. berdasarkan keadaan semasa laa ni..
Salam.. Tujuan itu tidak salah.. namun tujuan jua tidak menghalalkan cara. Tiada dalil atau nas dari al-quran maupun hadis dari rasulullah yang mengatakan mahar atau maskahwin itu mesti ditetapkan oleh kerajaan dengan jumlah yang tertentu. Bukan soal 300 itu mahal, tapi persoalannya Undang2 Allah atau undang2 kerajaan yang patut didahulukan? Adakah kita menganggap bahawa maskhawin/mahar itu adalah harga seorang wanita? Bagaimana pula dgn hadis rasulullah yang mengatakan "sebaik2 wanita ialah yang mudah maharnya"? Sebentuk cincin besi dan rm300 mana lebih mudah? Jadi apakah yang kita rujuk sebenarnya? Al-quran dan hadis, atau undang2 malaysia? Jangan pula kita menuduh mereka yang x setuju sebagai kikir atau kedekut.
BalasPadamMaaf juga sedikit tambahan komen dari saya yang cetek ilmunya ini. Sedikit berkenaan hantaran. Dalam ayat mana atau hadis apa yang ada menyebutkan berkenaan hantaran? Ibu Bapa membesarkan anak adakah kerana imbuhan apa2? Bermakna bukan kerana Allah? Bolehkah kita kira penat dan lelah membesarkan anak perlu dibayar? Jika begitu apa bezanya anak kita dgn haiwan peliharaan? Bukankah segala tanggungjawab termasuk menganwinkan anak (perempuan) itu adalah tanggungjawab ibubapa? ada duit lebih buat kenduri besar sikit dan panggil org ramai sikit. klau kurang duit buat la kecil2an. klau xder duit nikah je la. Kenapa nak buat kenduri punya hal bakal suami pula yang kena tanggung dgn hantaran mengikut harga semasa? Bila masa plak kenduri tu termasuk dalam syarat sah untuk berkahwin?
Maaf andai terkasar bahasa.. Sedikit pandangan dari hamba yang x pandai ini. Islam itu mudah.. tapi kita yang menyusahkan. Wallahualam.