Salam sejahtera,
Dah lama tak masukkan entry kategori 18SX. AMARAN! Bacaan ini khas untuk mereka yang sudah ada sijil nikah sahaja. Kepada mereka yang masih tidak ada pasangan atas sebab musabab tersendiri, jangan nak menggatalkan mata membaca artikel ini. Adalah menjadi tanggungjawab kalian menanggung apa-apa risiko jika masih berdegil untuk menghabiskan artikel ini. parents yang ada anak bawah umur, sila pantau ya...
Ramai antara kita yang sanggup melakukan pelbagai perkara untuk meningkatkan kekuatan seksual. Tanpa mengira wang dan risiko yang bakal mereka terima, ada yang sanggup menggunakan ubatan tradisional dan juga moden yang belum dipastikan keberkesanannya bagi memastikan mereka kuat dari segi tenaga batin.
Namun tahukah anda terdapat cara yang lebih mudah untuk anda mencapai kekuatan seksual tanpa perlu berbelanja besar dan berhadapan dengan risiko. Tip di bawah boleh membantu anda yang sememangnya sedang mencari cara untuk meningkatkan kekuatan seksual.
1. Anggap dalam bulan madu
Ingatkah anda kali pertama anda melakukan hubungan seks dengan pasangan? Semuanya mengakui merasakan sesuatu yang indah dan istimewa. Hidupkan kembali kenangan berciuman, berpelukan, bermesraan dan cumbuan - cumbuan saat itu terhadap pasangan anda. Si dia pasti akan merasakan ghairahnya menggelora kembali.
2. Buang dendam lama
Buanglah segala perasaan dendam pada pasangan sekiranya ada meskipun ia menyakitkan.
Maafkan dan lupakan semuanya. Setelah anda membuang perasaan tersebut inilah saat anda bersama pasangan meneguk kenikmatan dan kebahagiaan bersama.
3. Bergembiralah
Seks juga seperti aktiviti rekreasi yang menyenangkan. Ciptakan kembali kegembiraan dan kebahagiaan yang pernah anda alami terus - menerus setiap kali berhubungan seks dengan pasangan.
4. Bersenamlah
Senaman dan bergerak badan membantu melancarkan peredaran darah., membuat tekanan darah menjadi normal dan teratur, serta memperkuatkan stamina. Aturkan jadual untuk anda melakukan senaman walaupun sekejap.
5. Ambil makanan sihat dan vitamin bila perlu
Makanan berlemak tinggi akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan tubuh dan hasrat seksual anda. Banyakkan pengambilan buah dan sayuran segar, ikan segar dan makanan tanpa lemak. Lengkapi makanan dengan multivitamin dan dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui apakah anda perlu vitamin tambahan atau tidak.
Seks itu penawar penyakit
Kajian yang dilakukan oleh beberapa pakar seksologi menyatakan seks boleh dijadikan penawar kepada penyakit jika ia dilakukan dengan tenang dan teratur. Antara kajiannya adalah :
- Seks mempunyai kaitan rapat dengan berat badan wanita. Kekerapan melakukan seks mampu melangsingkan badan kerana ia juga ibarat gerakan senaman.
- Tekanan jiwa dapat dihilangkan dengan melakukan hubungan seks secara teratur dan mendapat kepuasan sepenuhnya.
- Terdapat juga wanita ataupun lelaki yang mengalami masalah buasir kemudian hilang setelah melakukan seks.
- Ketidakpuasan dalam hubungan seks juga boleh menyebabkan seseorang mengalami tekanan jiwa, sering dalam kecemasan, sakit dada dan penyakit jantung.
- Tekanan jiwa yang dihadapi oleh penagih alkohol boleh hilang sekiranya mendapat kepuasan seksual.
- Seks juga merupakan satu cara bagi mereka yang mengalami kesukaran tidur. Seks merupakan pil tidur yang mujarab.
- Tentunya anda bertanya apakah hubungan sakit jantung dan seks? Sebenarnya aktiviti seks merupakan satu senaman seperti penarikan nafas yang dalam dan dapat menenangkan fikiran jika dilakukan dengan tenang dan teratur.
- Bagi mereka yang mahu awet muda, lakukan seks dengan kerap kerana ia menghindarkan berlakunya penuaan dengan cepat.
Selamat mencuba!
Sumber : MW#1360 [11~17 December 2009]
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...