Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Entah mengapa, kebiasaannya bila saya baru saja berkira-kira hendak memasukan entry berkaitan sesuatu hal, secara kebetulan, ada saja search keyword dalam statistics blogspot yang mencari info hal yang berkaitan. Untuk entry kali ini, search keyword pilihan saya ialah ‘tekanan perasaan ibu hamil’.
Ðalam entry Rawat segera tekanan perasaan ketika hamil, ada menjelaskan punca tekanan perasaan bagi ibu hamil dan sedikit kisah ‘kenan dari ibu dan ayah’. Ðalam entry kali ini pula kita lihat kupasan lebih mendalam tentang ‘kenan’ yang boleh diwarisi atau disalurkan kepada anak dalam kandungan.
Banyak kajian telah dilakukan berkenaan kesan stres terhadap ibu yang hamil. Kebanyakannya mendapati bahawa stres dan juga kerisauan yang dialami semasa kehamilan akan meningkatkan risiko ibu hamil melahirkan bayi yang juga akan stres dan mudah cemas.
Bayi yang stres akan mudah menangis, meragam dan juga sukar tidur ataupun mudah terjaga. Kesannya, si ibu mungkin akan mengalami kesukaran dalam menjaga bayi sebegini. Itulah sebabnya ibu hamil perlu tahu cara untuk merehatkan diri untuk mengelakkan diri daripada stres.
Ibu sebagai penjana tenaga anak
Salah satu daripada kajian yang dapat dikongsikan di sini ialah kajian yang dijalankan oleh Eddy Rosyadie, Konsultan Pengurusan Hala Tuju Hidup dan Perniagaan. Beliau adalah seorang pengasas kaedah potensi dan prestasi dinamik astronumerologi. Ðalam penyelidikan itu, beliau mengkaji bagaimana angka atau nombor tertentu yang ada pada seseorang itu boleh menjelaskan kehidupannya. Satu daripada hasil kajiannya , daripada angka tarikh lahir mengairkan kelakuan seseorang itu daripada kelakuan keturunannya.
Kajian yang dilakukan selama 6 tahun daripada ratusan individu yang ditemuramah mendapati majoriti daripada pengalaman kisah hidup seseorang itu adalah berulang daripada keturunannya, sama ada mengikut kisah lama ayah atau ibu atau kedua-dua ibu dan ayah. Terdapat segelintir individu yang mengikut kisah lama datuk atau neneknya atau saudasa jauh seperti pakcik atau datuk saudara. Namun, terdapat satu hasil kajian yang menarik iaitu terdapat segelintir indvidu yang ‘terkenan’ dek kelakuan semasa ibunya mengandungkannya.
Ðalam cara kehidupan alternatif seperti metafizik malah daripada penjelasan sains perubatan moden juga ada menyatakan bahawa proses poertumbuhan janin atau bayi dalam kandungan seorang wanita sangat penting untuk membina kehidupan bayi yang akan membesar sebagai seorang insan di muka bumi ini. Terdapat banyak kes perubatan moden yang mengaitkan kecacatan seseorang disebabkan oleh masalah ketika ibunya mengandungkannya. Malah, di dalam dunia orang Melayu, perihal ‘terkenan’ menjadi satu bentuk pantang larang yang diamalkan oleh orang Melayu, walaupun dinafikan oleh dunia perubatan moden.
Apa-apa pun pendapat yang ada, kita percaya sama ada dari segi genetik biologi ataupun metafizik, kita semua setuju, adalah amat penting untuk seseorang wanita yang mengandungkan bayi berada di dalam keadaan positif sepanjang tempoh kehamilan.
Ðalam perihal ibu mengandung, adalah menjadi satu fokus yang boleh diberikan kepada proses mengandung untuk membangunkan seorang insan baru yang lebih produktif. Ini adalah kerana kajian yang dilakukan mendapati, majoriti individu yang bermasalah dalam hidup seperti masalah kesihatan, perkahwinan, kewangan dan sebagainya mempunyai kesukaran untuk membetulkan kehidupannya secara diri sendiri.
Konsep pemulihan atau rawatan moden malah rawatan alternatif seperti ‘mandi bunga’ dan sebagainya didapati hanya sekadar pemulihan sementara dan masih ramai yang telah dirawat tidak dapat dibetulkan sebaiknya. Oleh itu, jika kita dapat menggunakan platform ibu mengandung sebagai satu tempat untuk menjana insan yang sihat, maka tidak perlulah lagi insan yang membesar itu mengalami masalah-masalah kehidupan yang ada pada ramai orang sekarang.
Walaupun perbincangan ini nampak remeh atau sukar diterima logik atau dilabelkan sebagai kebetulan, tetapi hasil kajian yang dilakukan selama enam tahun menampakkan adanya sebentuk hubungan di antara ibu mengandung dengan proses turun naik perjalanan seseorang itu.
Umpama membeli sebuah kereka baru dan ia mengalami kerosakan-keorosakan sehingga kita terpaksa berhabis ribuan ringgit untuk membetulkannya. Padahal jika kereta tersebut dibangunkan dengan baik semasa proses pengilangannya itu maka tidak pelulah pengguna yang menanggung sensaranya kelak. Begitu jugalah umpamanya dengan analog ibu mengandung yang perlu memastikan anak yang dikandung itu dibesarkan dengan perkara-perkara positif.
Ada beberapa pihak pengkaji menyatakan bahawa seorang bayi dalam kandungan mampu mendengar apa yang dicakapkan oleh ibunya malah merasai apa jua perasaan ibunya. Oleh yang demikian, amatlah penting seseorang ibu mengandung perlu bercakap, berfikir, mendengar malah merasai perkara-perkara positif.
Menariknya, satu kajian Koleh Perubatan Madras India mendapati kanak-kanak yang kerap menangis adalah dikaitkan dengan sikap ibu-ibu yang mengandungkan mereka itu selalu tidur lewat malam ataupun sering menonton filem seram. Walaupun kajian ini adalah satu penemuan, maka eloklah kita menggunakannya sebagai satu panduan yang positif. Rujuk Kesan tonton TV ke atas wanita mengandung di Tamil Naidu.
Oleh itu kita dapati di sini bahawa ibu mengandung adalah individu yang paling penting dalam kehidupan kita. Jika sesebuah keluarga mahu kehidupan keluarga yang positif, maka –perlulah si suami atau keluarga memastikan ibu mengandung diberi perhatian positif sepanjang masa. Begitu juga jika negara mahu generasi yang positif, maka perlulah program ibu mengandung diberi keutamaan yang lebih mendalam.
Sama ada anda yang sendang atau akan mengandung, anda perlu berikan tumpuan untuk perkara positif. Kepada suami dan ahli keluarga yang lain juga perlulah berikan perkara positif kepada ibu mengandung manakala pihak kerajaan boleh memainkan peranan dengan memberikan perakara positif kepada ibu mengandung meliputi bukan sahaja aspek pertumbuhan bayi dalam kandungan tetapi aspek mental, pemakanan dan sebagainya kepada ibu mengandung.
Selain daripada sokongan oleh suami dan ahli keluarga yang lain, ibu hamil juga perlu tahu cara-cara untuk mengelakkan diri daripada stres. Kali ini Laman-Seri senaraikan cara-cara merehatkan diri yang boleh dicuba oleh ibu-ibu hamil ialah :
1 – Mengatur pernafasan
Mengatur cara pernafasan perlu dibiasakan sekalipun anda tidak hamil. Cara pernafasan yuang betul akan meningkatkan bekalan oksigen ke dalam tubuh dan otak. Cara yang boleh anda lakukan adalah memejamkan mata, menarik nafas dalam-dalam melalui hidung (tapi mulut ditutup rapat).
Rasakan perut dan dada anda berisi dengan udara, tahan beberapa saat sebelum meniupnya perlahan-lahan melalui mulut hingga paru-paru terasa kosong. Lakukan teknik pernafasan ini beberapa kali.
Pernafasan yang berirama seperti itu akan memberi kesan yang menenangkan, menurunkan ketegangan otot dan membuat ibu mudah tidur. Bahkan di waktu proses bersalin, cara pernafasan ini juga aklan membantu mengurangkan rasa sakit akibat kontraksi.
2 – Berjalan sebentar
Berdiri dan berjalanlah sebentar di persekitaran anda (terutama jika pekerjaan anda memerlukan anda duduk dlam tempoh waktu yang lama). Ketika makan tengah hari tiba, usahakan untuk berjalan keluar dari pejabat atau tempat kerja untuk menikmati udara segar. Sambil itu, cubalah melakukan senaman regangan yang ringkas untuk mengendurkan otot kaki dan penggung yang letih setelah duduk dalam waktu yang lama.
3 – Santai di lantai
Jika sedang berada di rumah, berbaringlah di lantai yang beralaskan tilam nipis, gunakan bantal untuk membantu menyangga punggung atau duduk bersandar di dinding. Luruskan kaki dan tarik otot-otot telapak kaki ke arah dalam, tahan sebentar, kemudian lepaskan perlahan-lahan.
Lakukan gerakan ini dengan otot-otot tubuh lain seperti betis otot, peha, perut, dada, lengan, serta otot-otot wajah. Pada akhir latihan, biasanya ibu hamil akan berasa sangat relaks dan tenang.
4 – Sentuhan atau urutan
Ini adalah satu cara relaksasi yang paling baik. Kini sudah banyak teknik urutan yang telah diketahui baik untuk para ibu hamil. Contohnya bahagian tubuh yang mana boleh atau tidak boleh diurut.
Apa kebaikan daripada teknik urutan ini? Salah satunya adalah untuk melancarkan peredaran darah. Sekiranya anda tidak punya masa untuk pergi mendapatkan urutan dari mereka yang pakar, mintalah pertolongan pasangan anda untuk melakukan urutan.
Minta pasangan mengusap bahagian tulang belakang. Tindakan ini boleh meredakan stres yang sedang dialami. Paling mudah untuk dilakukan adalah urutan lembut di kepala, yang mampu mengusir tekanan setiap hari.
Lakukan perkara ini tatkala anda sedang bersantai dengan pasangan seperti ketika sedang menonton televisyen ataupun sebelum masuk tidur. Paling baik jadikan ia sebagai rutin harian anda dan pasangan.
5 – Manjakan diri
Kehamilan adalah waktu yang paling baik untuk memanjakan diri dengan melakukan perawatan kecantikan. Misalnya melakukan perawatan tubuh seperti mandi susu, urutan, perawatan wajah mahupun rawatan untuk kuku tangan dan kaki.
Pergilah ke salon dan biarkan pakar merawat anda. Rasakan suasana relaks dan usahakan untuk melupakan sejenak masalah-masalah di tempat kerja yang anda alami.
Tips untuk tenang dan nyaman :
- Jangan rasa bersalah – rehat sebentar bukanlah untuk anda membuang waktu. Jika anda berasa relaks dan gembira, bayi anda juga akan turut menikmatinya.
- Lakukan setenang yang mungkin – teknik kerehatan yang baik di rumah mahupun di pejabat haruslah dalam keadaan yang nyaman dan tenang. Cari suasana yang sesuai untuk memastikan anda mendapat kerehatan yang maksimum.
- Jangan fikir masalah – bila sedang berusaha merehatkan diri, jangan terus memikirkan masalah atau sters yang sedang anda hadapi. Tinggalkan seketika masalah tersebut dan nikmatilah ketenangan.
Selamat mencuba!
Sumber : MW#1184 & MW#1437
Capaian entry berkaitan :
* Panduan elak meroyan
* Wanita dan kemurungan
* Kesan tonton TV ke atas wanita mengandung di Tamil Naidu
* Rawat segera tekanan perasaan ketika hamil
* Kenali personaliti ibu hamil
* Ibu murung lahir bayi saiz kecil
* Masalah jiwa selepas bersalin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...