PAGE

Jumaat, Ogos 26, 2011

Adakah jodoh kita tepat?


Assalamualaikum warahmatullah,

Apakah petua untuk cepat mendapat jodoh? Soalan ini sering berlegar di sekeliling kita, terutama sekali jika sahabat kita sudah melewati usia suku abad. Baru-baru ini juga saya membaca sebuah posting yang dikirimkan ke egroup yang saya sertai yang berbunyi :
“Kenapa ye kita ni berat sangat jodoh? Ada orang tu senang sangat jumpa jodoh, tak payah susah-susah usaha cari jodoh. Ada orang tu tak payah nak buat solat hajat, solat istikharah nak dapatkan jodoh. Senang je jalannya. Kita ni doa pun sudah, solat hajat, solat istikharah pun sudah, tapi tak juga-juga dapat. Apa makna semua ni? Saya dah malas nak buat solat hajat dan solat istikharah dah. Sama je. Tak ada hasil pun. Orang lain tak payah buat solat hajat solat istikharah pun dah lama kahwin, bahagia lagi...”

Menurut sahabat yang menjawab persoalan ini, siapakah kita untuk mempertikaikan urusan Allah? Bukankah sejak azali setiap manusia telah ditetapkan rezeki, ajal dan jodohnya sebelum di tiupkan roh pada jasad. Ði alam itu, kita telah membuat perjanjian bahawa akan terima apa saja yang Allah telah tetapkan. Lewat atau cepatnya jodoh, bukanlah urusan manusia. Kalau sudah bertemu, masa dan ketikanya telah Allah tetapkan sejak azali, siapa yang dapat mengubahnya. Walaupun kita mahu dan ingin tetapi bukan dalam qudrat dan iradat Allah, sezarah pun tidak mampu untuk dicapai hajat itu. Jika kita menolak tetapi di dalam kehendak dan kekuasaan Allah, tidak selangkah pun kita mampu untuk berundur.

Tepat sekali penjelasan ini, namun, sedarkah kita, cepat atau lambatnya mendapat jodoh bukanlah satu isu yang perlu diheboh-hebohkan, sebaliknya apakah jodoh kita tepat, itulah yang patut kita perhalusi. Berapa ramai orang mengalami petaka dalam hidup oleh jodoh yang tidak serasi. Berkahwin itu senang, tetapi membina kebahagiaan hasil daripada perkahwinan itu bukanlah sesenang yang kita sangka, apatah lagi sebelum melangkah ke alam rumahtangga.

Sepatutnya kita tidak perlu terlalu risau oleh jodoh yang lambat, tetapi risaulah kalau-kalau jodoh kita itu nanti hanya memberikan kesusahan dan kesengsaraan pada kita yang menyesakkan dada, memedihkan mata dan memekakkan membingitkan telinga sahaja. Bukan sedikit rumahtangga yang terpaksa mengharungi onak dan duri kehidupan meskipun pada awalnya semuanya kelihatan okey.

Apabila satu hari anda diuji dan terpaksa pula mengalami cabaran mental, fizikal dan perasaan emosi disebabkan karenah pasangan yang menyakitkan hati, sampai hati, zalim dan tidak bertanggungjawab misalnya, anda tentu terfikir, “Mengapalah aku berkahwin dahulu, kalau hidup membujang, kan lebih senang!” ataupun “Menyesal kahwin, kalau tahu hidup berumahtangga begini, lebih baik membujang...” dan sewaktu dengannya.

Tidak mustahil, ada yang berfikiran begini. Bahkan, sering juga ayat-ayat begini sampai ke telinga saya. Tidak saya nafikan, kadang-kadang saya juga berfikiran begitu.... Kui kui kui.... Memang kenyataan ini pahit untuk ditelan, tetapi sebenarnya, adalah lebih baik lambat berkahwin daripada terpaksa hidup dengan orang yang ‘mereng’ akalnya ‘pincang’ emosinya dan ‘tempang’ pula perasaannya.

Ði Rochester, Amerika Syarikat, seorang lelaki, Gilbert Herrick berkahwin buat kali pertama semasa dia berumur 99 tahun. Mengapa hingga sebegitu lama? Herrick yang pernah menjadi askar semasa Perang Ðunia Kedua melangsungkan perkahwinan dengan seorang balu berusia 86 tahun, Virginia Hartman.

“Saya tidak pernah menemui seorang wanita yang sesuai sehinggalah saya menemui Virginia,” kata Herrick. Ketika ditanya sebelum majlis perkahwinan itu berlangsung jika dia mempunyai nasihat mengenai hubungan romantik, Herrick berkata, “Cinta akan mencari anda.” (Sumber : Agensi 25/06/2011)

Andainya jodoh terus tidak kesampaian sehingga penghujung usia, itu bukanlah lambang kekurangan, yang jelas, anda tidak mempunyai beban yang perlu digalas. Tanggungjawab dan kewajipan perkahwinan bukanlah mudah, seandainya gagal dipenuhi, ia mendatangkan dosa. Berbuat dosa yang berterusan, mampu menjadikan anda seorang yang fasik. Aduhai... malang sungguh!

Pada yang tidak berkahwin hingga ke sudah, mereka bebas dari sebarang persoalan berkaitan hak-hak pasangan di akhirat kelak. Memang betul perkahwinan adalah laluan mudah untuk ke syurga, tetapi andainya gagal menjalankan tanggungjawab, yang membawa dosa adalah lebih baik hidup tanpa perkahwinan pun. Di dunia ini pula, mereka tidak teruji dengan kes-kes keganasan rumahtangga yang mampu mencarik ketenangan mental dan emosi. Bukankah ini satu bonus bagi mereka?

Penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan 2% untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita. Data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 itu diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, pada sidang media Pemakluman Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas Demografi Banci 2010. Berdasarkan data itu, bilangan lelaki melebihi perempuan dengan nisbah 106:100. Mengikut negeri pula, Pahang mempunyai paling ramai lelaki (113), diikuti Johor (112), Negeri Sembilan (107), Sabah (107), Selangor (107), Labuan (107) dan Sarawak (106), manakala bilangan lelaki kurang daripada perempuan untuk Putrajaya (89) dan Perlis (97).

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8% dan 32.2% mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.

Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1% manakala yang berkahwin 59.6%. Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8% dan 59.4%. Menurut laporan itu lagi, mengatakan 30% wanita di antara umur 25 dan 29 tahun belum berkahwin, berbanding 25% untuk lelaki di antara umur 30 dan 34 tahun yang masih bujang. (Sumber : Wanita banyak pilihan)

Melihat angka sebegitu banyak, nyata anda bukanlah keseorangan dalam situasi yang serupa. Ada ramai rupanya yang masih bersendiri dan bukan sahaja mereka itu wanita, malah lelaki tidak kurang juga.

Jadi, adalah tidak betul menganggap anda telah kehilangan sebahagian daripada sebab untuk berbahagia daripada sebab untuk berbahagia andainya belum bertemu jodoh. Andainya jodoh itu datang dengan mudah, sambutlah ia dengan mudah, andainya ia sukar lagi payah, anggap sahaja kecepatan bukanlah terbaik buat anda.

Andainya ia tidak datang-datang juga dan andainya hingga ke sudah, itulah rahmat Tuhan untuk memudahkan laluan anda ke syurga. Mereka yang tiada tanggungan bakal lebih mudah kira-kiranya untuk menikmati ganjaran terbaik di akhirat. Dan di syurga sudah sedia menanti segalanya, termasuk soal pasangan hidup.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya Tuhanmu melapangkan rezeki kepada siapa juga yang Dia kehendaki (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) dan Ðia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ðia Maha Mendalam Pengetahuan-Nya lagi Maha Melihat akan hamba-Nya.” (Surah al-Israk 17:30)

Sabarlah, jaga solat dan bersedia menempuh apa juga dugaannya adalah tiga ungkapan penting dalam menjalani hidup yang sementara di dunia ini....



Sumber : Diubah-suai dari Ðr HMTuah di MW#1446

Capaian entry berkaitan :
* Berbaik sangka, berusaha cari jodoh sesuai
* Manusia perlu bijak hadapi pilihan takdir
* Lambat kahwin, apa silapnya?
* 16 alasan salah untuk bernikah
* Cara menilai lelaki bakal suami
* Perkahwinan, tujuan dan falsafahnya
* Bercintalah kerana Allah
* ISU : Jodoh singkat
* Cinta pudar, salah siapa?
* Jodoh itu keserasian

3 ulasan:

  1. usah disesali takdir dan jika itu yg telah ditetapkan, redhalah. lelaki yg baik utk perempuan baik dan perempuan yg baik utk lelaki yag baik, bersyukurlah dan tempuhilah hidup bersamanya selagi terdaya.
    setiap pasangan mengharapkan kebahagiaan, cari dan ketemukanlah 'titik' itu dan satukannya, insyaAllah kebahagiaan tetap ada di situ...

    BalasPadam
  2. Buat para sahabat, kita perlu usaha ikhtiar dalam kehidupan. Jodoh tidak dating sendiri tetapi perlu diusahakan. Selain dari bersifat ramah (bertempat) , doa dan ikhtiar lain jangan diabaikan. Saya suka mencadangkan (bagi yg dah jemu berusaha) bertemu seorang ustaz di kampong belahan tampok, rengit, batu pahat, johor ( ustaz adi wijaya bin iskandar) sebagai usaha ikhtiar. Mungkin ada sesuatu penghalang yg kita tidak tahu (berhubung kes syaitan, badi, alam ghaib) menghalang jalan usaha ikhtiar kita. Ada rakan kita dah masukan ritual perubatan beliau dalam laman web : http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    BalasPadam
  3. apa yg berlaku kena terima sebagai takdir namun tetaplah berusaha mengubati @ mencari penawar. mungkin info ini dapat membantu.
    Saya /keluarga / rakan2 di selatan tanahair selalu menemui seorang pengamal perubatan altenatif bila sahaja ada masaalah khususnya berkaitan benda2 ghaib sebegini. ustaz adi wijaya beralamat di kg seri belahan tampok, rengit, batu pahat, johor. ustaz ni merawat dengan ayat al-quran dan peralatan bersih, tak pakai kemenyan atau benda kotor dan tak pernah minta upah sebab katanya Allah yg menyembuhkan,dia usaha ikhtiar sahaja. Tetapi kalau dah minta tolong tu kita sendirilah yang patut memberi. Bila lawat laman web rupanya ada juga sahabat kita yg sempat merakam ustaz tu menjalankan ritual perubatannya….
    http://my.opera.com/saharaaban/albums/show.dml?id=14706102

    BalasPadam

Kongsikan komen anda di sini...