PAGE

Ahad, November 20, 2011

Arab Saudi sekat wanita dedah mata memukau

WANITA Arab Saudi sejak sekian lama diwajibkan menutup muka dan seluruh tubuh ketika keluar di khalayak ramai.

Peraturan baru bagi elak pergaduhan

JEDDAH: Wanita yang mempunyai mata menarik mungkin dipaksa menutupnya dengan kain menerusi peraturan Arab Saudi yang baru. Akhbar The Daily Mail melaporkan negara Islam konservatif itu berkata pihaknya mempunyai hak menyekat wanita daripada mendedahkan mata yang cantik dan memukau.

Jurucakap Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar Arab Saudi, Sheikh Motlab al Nabet, berkata cadangan melaksanakan undang-undang itu akan dibentangkan secepat mungkin. Wanita Arab Saudi sejak sekian lama memakai jubah hitam atau abaya yang menutup rambut serta badan dan di sesetengah wilayah menutup muka di khalayak ramai. Jika mereka gagal berbuat demikian, mereka berdepan hukuman termasuk denda dan sebat.

Satu laporan dalam laman web berita Bikya Masr memberitahu cadangan itu dibuat selepas seorang anggota jawatankuasa terbabit terpikat dengan mata seorang wanita ketika berjalan di kaki lima dan mengakibatkan pergaduhan. Wanita itu sedang berjalan dengan suaminya yang berakhir dengan beliau ditikam dua kali selepas berlaku perbalahan.

Jawatankuasa Amar Makruf Nahi Mungkar beberapa kali didakwa melanggar hak asasi manusia. Jawatankuasa yang ditubuhkan pada 1940, berfungsi memastikan undang-undang Islam tidak dicabuli di Arab Saudi. Pada 2002, jawatankuasa itu enggan membenarkan sekumpulan pelajar keluar dari sekolah yang terbakar di Makkah kerana tidak memakai tutup kepala dengan betul. Keputusan itu dilaporkan mengakibatkan kematian 15 pelajar.

Mereka turut melarang wanita memandu dan tidak dibenarkan berjalan tanpa ditemani penjaga lelaki. Pada September lalu, seorang wanita Arab Saudi dikenakan 10 sebatan kerana melanggar larangan memandu tetapi hukuman itu dibatalkan apabila Raja Arab Saudi, Raja Abdullah masuk campur. Pada bulan sama, Raja mengumumkan wanita diberi hak mengundi dan bertanding untuk kali pertama pada pilihan raya majlis perbandaran 2015. – Agensi



Laman-Seri : Tak dapat nak komen lebih-lebih. Dalam entry Tahanlah pandangan matamu ada menyatakan, Islam membenarkan perempuan membuka atau menampakkan mukanya untuk urusan harian, namun ianya bukanlah alasan untuk kaum lelaki yang bukan mahram memandangnya sesuka hati.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (Surah an-Nur ayat 30)

Pandangan mata itu jugalah yang menaikkan nafsu. Kerana itulah kita disuruh merendahkan pandangan daripada memandang perkara yang haram dan wajah wanita atau lelaki yang bukan mahram.

Lagi satu contoh Lelaki mudah ‘bxdxh’ oleh kecantikan dan sejarah awal manusia di bumi ini telah membuktikan lelaki akan bertindak ‘bxdxh’ kerana seorang wanita. Lihat saja yang telah dilakukan Qabil terhadap saudaranya Habil. Begitu juga pemimpin terkemuka dunia seperti Firaun, Julia Ceaser dan lain-lain.

Wahai lelaki, jangan marah dengan entry ini ya. Kamu sekalian boleh menyeru wanita islam menutup aurat. Apa pula tindakan kamu bila melihat non Muslim mendedahkan aurat? Tengoooook... jangan tak tengok, kata mata masing-masing. Nafsu kata tak tengok, rugi... gitu, kan? Tapi jangan disebabkan terliur melihat non Muslim, kamu lepaskan nafsu kepada muslimah, sebab kebanyakan kes jenayah rogol dilakukan oleh mereka yang mengaku Muslim, mangsa pula Muslimah.

Ingatlah! Satu aspek penjagaan aurat yang seringkali diabaikan dan dipandang enteng oleh golongan lelaki ialah tuntutan wajib ke atas mereka untuk MENUNDUKKAN PANDANGAN MATA. Salahkan diri sendiri yang tak mahu menjaga nafsu, jangan asyik menuding jari menyalahkan orang lain dan menyerahkan tanggungjawab menguruskan dan mengekang nafsu anda kepada wanita sahaja!




Sumber : BHarian 20/11/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...