Assalamualaikum warahmatullah,
Bismillah. Firman Allah SWT yang bermaksud, “...dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir.” (Surah al-Ahzab ayat 53)
Setelah kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat menemui Aisyah r.a. untuk bertanyakan sesuatu masalah agama dan Aisyah r.a. hanya menjawab di sebalik tabir.
Kata pepatah Melayu dari mata turun ke hati. Pandangan mata itu jugalah yang menaikkan nafsu. Kerana itulah kita disuruh merendahkan pandangan daripada memandang perkara yang haram dan wajah wanita atau lelaki yang bukan mahram. Diriwayatkan, Rasulullah berjalan dengan agak laju dan menundukkan pandangan Baginda.
Firman Allah SWT yang bermaksud, “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.” (Surah an-Nur ayat 30)
Selain lelaki, perempuan juga diminta menahan daripada memandang lelaki kerana ia juga boleh menyemarakkan nafsu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud, “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)....” (Surah an-Nur ayat 31)
Walaupun Islam membenarkan perempuan membuka atau menampakkan mukanya untuk urusan harian, namun ianya bukanlah alasan untuk kaum lelaki yang bukan mahram memandangnya sesuka hati. Bahkan Islam melarang seseorang melihat atau memandang ke dalam rumah orang lain sebelum diizinkan.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang mengintip ke dalam rumah sebelum diberi izin untuk masuk ke dalam, maka sesungguhnya dia tidak meminta izin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah kamu bersalah jika seseorang mengintip ke dalam rumahmu tanpa izin dan kamu memukulnya menggunakan batu dan mencederai matanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Akhir kata, ingatlah peringatan Allah SWT yang bermaksud, “...sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya...” (Surah Isra, ayat 36)
Sumber : NasbunNuraini
Capaian entry berkaitan :
* Jaminlah Untukku 6 Perkara, Aku Jamin Syurga Untukmu
* Mata dan bahaya pandang-memandang
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Sabtu, November 19, 2011
Tahanlah pandangan matamu
Susunan :
Bawang Goreng
pada
11/19/2011 07:32:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...