“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, November 19, 2011

Pelajar perempuan terdedah jenayah seks

PREMA menunjukkan kandungan buku panduan yang dikeluarkan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai pergaulan remaja di Georgetown, semalam.

Tinjauan WCC peroleh keputusan membimbangkan

GEORGETOWN: 30% daripada 100 pelajar perempuan berumur 15 hingga 17 tahun di Pulau Pinang pernah diminta melanggan bahan berunsur seks menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan khidmat pesanan multimedia (MMS) daripada pihak tidak bertanggungjawab.

Tinjauan Pusat Kesedaran Wanita (WCC) Pulau Pinang, turut mendapati 36% daripada responden pernah melalui pengalaman berkenaan melalui internet, 80% mengakui pernah menerima panggilan atau SMS daripada orang tidak dikenali, manakala 54% berhubung melalui internet.

Sebanyak 23% pula berkongsi maklumat peribadi dengan orang tidak dikenali melalui internet dan 17.7% pernah keluar bersama kenalan yang dikenali menerusi telefon bimbit. Tinjauan itu dibuat Januari hingga Ogos lalu membabitkan 100 pelajar perempuan di 11 sekolah sekitar daerah Timur Laut dan Seberang Perai Selatan (SPS).

Pengarah Program WCC, Dr D Prema, berkata pihaknya mendapati perangkaan itu membimbangkan dan membuktikan pelajar wanita amat terdedah kepada ancaman jenayah seksual.

“Kebanyakan mereka sering terdedah kepada ancaman seks pihak tidak bertanggungjawab melalui panggilan telefon, SMS, MMS dan laman jaringan sosial. Pihak tidak bertanggungjawab ini biasanya terdiri daripada rakan lelaki dan lelaki tidak dikenali selain kekasih sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di sini semalam yang turut dihadiri Presiden WCC, Mariam Lim dan Anggota Jawatankuasa Agungnya, Prof Madya Shakila Abdul Manan. Dr D Prema berharap tinjauan itu dapat memberi maklumat kepada kerajaan supaya mencari jalan terbaik menangani isu terbabit selain bekerjasama untuk melakukan tinjauan pada skala lebih besar pada masa depan.

Sementara itu, Shakila berkata, tinjauan itu dilakukan untuk mengenal pasti masalah membabitkan wanita muda pada peringkat sekolah dan menentukan kaedah paling baik untuk menanganinya. Kumpulan wanita muda terbabit perlu diberi bimbingan oleh keluarga dan pihak sekolah berhubung cara untuk berkomunikasi dengan selamat tanpa sebarang ancaman jenayah seksual atau jenayah lain.

“Peranan ibu bapa dan pihak berwajib lain amat penting dalam menjaga keselamatan anak gadis kita ini supaya tidak menjadi mangsa jenayah seksual dan kita berharap satu mekanisme pencegahan khusus dapat dirangka berhubung perkara ini,” katanya.




Petikan : BHarian 19/11/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails