“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, November 13, 2011

Imej boleh cetak untuk aktiviti mewarna

Imej Hello Kitty

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jika ada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berminat dengan coloring aktiviti mewarna, bolehlah check out lihat website laman sesawang ini Coloring-Book ...

Ada banyak imej yang boleh dicetak dan untuk diboleh beri anak-anak mewarnakannya. Tak perlu lagilah ibu bapa keluarkan duit untuk beli buku mewarna, sebab boleh cetak sendiri. BG paling tak suka bila buku mewarna dikoyak-koyak atau direnyuk-renyukkan oleh anak yang lebih kecil.

Anda juga boleh melatih anak-anak menggunakan perisian mudah seperti paint yang terdapat di komputer peribadi. Inilah hasil lukisan yang telah diwarnakan anak sulong BG yang akan menyambut ulang tahun ke 7, pada 25 haribulan November ini. Macamana? Cantik, kan? Imej ini boleh disimpan di belog sebagai kenang-kenangan untuk tatapan anak bila besar kelak.

Fifi and the Flowertots ~ sebelum dan selepas diwarnakan


Ni Hao Kai-Lan ~ sebelum dan selepas diwarnakan

Ada banyak lagi imej yang pasti menarik perhatian anak-anak kecil anda seperti Sesame Street, WonderPets, Handy Manny, Thomas & Friends, Chuggington, Jimmy Neutron, BEN 10 dan banyak lagi...

Selamat mencuba!



0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails