“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, November 08, 2011

73 bayi dibuang dalam tempoh lapan bulan


Siasatan sebagai kes bunuh gagal bendung gejala

KUALA LUMPUR: Langkah pihak berkuasa menetapkan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh sejak tahun lalu, masih belum dapat membendung jenayah itu apabila 73 kes buang bayi, termasuk yang dibunuh kejam, dicatatkan di seluruh negara sepanjang lapan bulan tahun ini.

Jumlah itu menjadikan keseluruhan 571 kes pembuangan serta ‘pembunuhan bayi’ direkodkan di seluruh negara sepanjang lima tahun lalu dengan 318 bayi disahkan mati, manakala 253 pula ditemui masih hidup.

Perangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hingga Ogos lalu itu bagaimanapun tidak termasuk kes pembunuhan kejam membabitkan bayi perempuan yang mati dikelar di asrama sebuah sekolah di Betong, Sarawak serta seorang bayi perempuan ditemui mati dalam longkang selepas dicampak dari tingkat dua flet di Selayang, bulan lalu.

Malah, semakan Berita Harian mendapati, sekurang-kurangnya 10 lagi kes pembuangan bayi dilaporkan sepanjang dua bulan lalu menjadikan jumlah keseluruhan kes tahun ini hampir menyamai 91 kes sepanjang 2010.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata daripada 73 kes buang bayi sejak Januari hingga Ogos lalu, 44 bayi ditemui mati, manakala 29 masih hidup.

Beliau berkata, daripada keseluruhan kes pembuangan bayi tahun ini, 26 daripadanya adalah lelaki, 30 perempuan selain 17 lagi tidak dapat dikenal pasti jantinanya kerana sudah reput.
“Secara keseluruhannya, PDRM terbabit dari sudut penyiasatan yang kini dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atau Seksyen 307 kanun sama, iaitu cubaan membunuh, namun usaha membendung gejala itu dari terus berlaku perlu membabitkan pelbagai pihak,” katanya kepada BHarian.

Tahun lalu, Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, dalam usaha menimbulkan rasa gerun di kalangan pihak terbabit.

Sejak 2007 hingga 2010, perangkaan kes pembuangan bayi menunjukkan graf secara turun naik, iaitu pada 2007 sebanyak 76 kes dicatatkan, namun ia meningkat secara mendadak pada 2008 dengan 102 kes, tetapi menurun semula kepada 79 kes tahun berikutnya, manakala 91 kes dicatatkan tahun lalu.

Sepanjang lapan bulan pertama tahun ini, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu 20 kes, diikuti Johor dan Sabah masing-masing 12, Kuala Lumpur serta Perak dengan sembilan dan tujuh kes, manakala tiada sebarang kes direkodkan di Perlis, Pahang dan Terengganu.




Petikan : BHarian 08/11/2011

Capaian entry berkaitan :
* Laporan Khas: Remaja perlu miliki ilmu seks elak ditipu
* Seksyen 302 langkah wajar elak buang bayi
* Hukuman mati kes buang bayi
* Hemmm.... apa pengajarannya?
* Bekas pelajar UiTM dipenjara 12 bulan
* Akibat cinta bersandarkan nafsu
* Jenayah buang bayi salah siapa?
* Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah
* Eksklusif : 3 daripada 6 remaja terbabit seks bebas

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails