“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Jumaat, Ogos 13, 2010

Hukuman mati kes buang bayi


Tindakan dianggap cubaan bunuh boleh dipenjara 20 tahun; Polis guna ujian DNA kenal pasti ibu bapa bayi

KUALA LUMPUR: Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata bukan saja wanita terbabit dengan kes pembuangan bayi akan dikenakan siasatan tetapi juga lelaki yang menyebabkan wanita itu mengandung. Katanya, polis juga diminta menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti ibu bapa bayi berkenaan.

Keputusan itu dicapai selepas kementerian sekali lagi membawa isu pembuangan bayi ke mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin kerana perbuatan itu berleluasa walaupun kerajaan mengambil pelbagai inisiatif menangani masalah berkenaan.

“Saya tidak mahu ada pihak mengambil ringan kes pembuangan bayi sehingga membiarkan menjadi budaya yang menular dalam masyarakat seolah-olah kita berada pada zaman jahiliah.”

Sekian lama kerajaan menangani masalah kes pembuangan bayi menerusi pendekatan kebajikan termasuk kempen dan pelbagai program, malangnya masih ada manusia sanggup membunuh bayi, katanya selepas majlis penyerahan bantuan khas perbendaharaan kira-kira RM2.7 juta kepada 59 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di kementeriannya, semalam.

Shahrizat berkata, langkah itu wajar untuk membawa pihak bertanggungjawab membunuh bayi dihadapkan ke mahkamah, sekali gus diberikan hukuman setimpal dengan tindakan tidak berperikemanusiaan. Jika ada pasangan yang terlanjur dan terdesak mendapatkan bantuan, mereka boleh datang ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), hospital, polis, NGO dan pemimpin politik terutama Barisan Nasional (BN) supaya mereka boleh dibantu.

Oleh itu, tiada alasan dan maaf bagi mereka yang masih sanggup melakukan kesalahan membuang bayi kerana pelbagai program dan bantuan disediakan untuk golongan berkenaan.

“Saya juga mahu memberi amaran kepada lelaki yang bertanggungjawab menyebabkan wanita hamil luar nikah bahawa mereka tidak terlepas daripada tindakan undang-undang,” katanya.

Rujuk : BH 13/08/2010


Nik Aziz sokong hukuman mati kes buang bayi - BH 14/08/2010

KOTA BHARU: Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan Kabinet bertindak tepat dalam usaha membendung peningkatan kes buang bayi di negara ini dengan mengenakan hukuman bunuh kepada pesalah terbabit.

Beliau yang juga Mursyidul Am PAS berkata, hukuman seperti itu bukan saja harus dikenakan kepada pesalah pembuangan bayi malah seharusnya diperluaskan terhadap umat Islam yang melakukan zina.

“Saya setuju (dengan hukuman bunuh itu)... biarlah setiap hukuman itu menimbulkan rasa perit (takut) bukan saja kepada pihak yang melakukan kesalahan itu, malah mereka yang berhasrat melakukan perbuatan terkutuk itu.”

“Saya juga bersetuju sekiranya hukuman bunuh itu juga turut dikenakan terhadap orang yang melakukan zina juga. Ini menunjukkan kita bersungguh-sungguh membendung kegiatan yang dilihat semakin berleluasa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaatnya, di Dataran Ilmu, di sini, semalam.


NGO beri reaksi berbeza hukuman berat - BH 14/08/2010

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi reaksi berbeza terhadap cadangan supaya tindakan membuang bayi disiasat sebagai kes bunuh dan cubaan membunuh.

NGO yang bersetuju menyifatkan tindakan tegas seperti itu sepatutnya sudah lama dilaksanakan, namun yang membantah berpendapat ia tidak wajar kerana ditakuti memberi implikasi lebih besar dan dikhuatiri mendorong ibu atau bapa bayi terbabit membunuh atau menyembunyikan bayi di tempat sukar ditemui.

Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA), Datuk Mustapha Ma, berkata usaha mencegah perbuatan keji perlu disokong dengan pelaksanaan hukuman yang setimpal kerana mereka yang meninggalkan bayi dengan harapan si kecil diselamatkan juga perlu dihukum kerana bayi boleh meninggal dunia dan ibu atau bapanya akan jadi pembunuh.

Kelmarin, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh dan percubaan membunuh bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes cubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun. Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh didenda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Presiden Persatuan Malaysia Hindu Sangam, RS Mohan Shan, juga menyokong usaha kerajaan itu dengan menyatakan tindakan membuang bayi adalah perbuatan tidak berperikemanusiaan walaupun si kecil mungkin ditinggalkan di tempat tertentu dengan niat baik supaya ditemui.

Presiden Majlis Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan, bagaimanapun membantah cadangan itu kerana bimbang jika hukuman mati dilaksanakan, ia akan membawa implikasi lebih besar dan remaja terbabit tidak akan tampil ke depan sebaliknya akan membuang atau menanam bayi di tempat sukar ditemui bagi mengelak dikesan dan dikenakan hukuman.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata cadangan itu boleh menjadi langkah terakhir kepada pesalah yang mempunyai niat membunuh atau cuba membunuh bayi tetapi berpendapat pencegahan lebih efektif perlu untuk membendung gejala itu.

MCPF menyarankan lima langkah, termasuk sistem pendidikan menekankan :

  1. nilai murni dalam mata pelajaran kemahiran hidup,
  2. pendidikan kepada ibu bapa mengenai gejala itu,
  3. penerangan meluas kepada remaja dan belia mengenai salah laku sosial itu,
  4. menyediakan platform untuk mereka yang tersalah langkah kembali ke pangkal jalan
  5. dan menumpukan kepada remaja lelaki yang dilihat mungkin penyebab utama gejala itu.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails