“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, Ogos 15, 2010

Bunuh isteri, tetak anak



Polis lepas tembakan apabila suspek serang dengan parang

TELUK INTAN 15/08/2010 : Seorang suami menetak isterinya sampai mati dan mencederakan seorang daripada dua anak perempuannya sehingga parah termasuk putus dua jari kanan di Taman Mawar, Langkap dekat sini, pagi semalam. Bagaimanapun lelaki yang mengamuk itu ditembak mati polis jam 8.30 pagi selepas enggan menyerah diri sebaliknya cuba menyerang anggota polis yang cuba mententeramkannya.

Khairul Bariah Mohamat Aaripin, 36, mati jam 5.15 pagi manakala anaknya, Najihah, 13, selain putus dua jari, cedera di kepala dan bahagian badan. Mohammad Natri Saharuddin, 39, bekas pengawal keselamatan mempunyai rekod sakit mental dikatakan mengamuk sejak jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata seorang lagi anak pasangan itu, Nazuwa, 10, tidak cedera.

Katanya, ketika polis tiba di tempat kejadian selepas menerima maklumat berhubung bunyi bising dari rumah berkenaan, mendapati pintu rumah tertutup dan suara kanak-kanak menangis sebelum lelaki itu keluar dan menjadikan kedua-dua anaknya tebusan dan menggugut akan mencederakan mereka jika polis ataupun sesiapa mendekati rumahnya.

“Polis berusaha memujuk Mohammad Natri menyerah diri tetapi dia terus mengurung diri di dalam rumah. Walaupun polis cuba menembak mangsa menggunakan senjata taser (renjatan elektrik) tetapi tidak berkesan malah menyebabkan dia semakin agresif. Polis terpaksa melepaskan dua das tembakan apabila lelaki itu bertindak ganas dan cuba menyerang dengan parang dan pisau. Dia mati di tempat kejadian," katanya di sini semalam.



Mayat pasangan itu dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat manakala Najihah turut dirawat di hospital sama.

Sementara itu, rakan sekerja Khairul Bariah, Ramlah Abdullah, 36, berkata mangsa yang bekerja di pejabat kilang membuat plastik di Jalan Chui Chak pernah mengadu mengenai suaminya yang sering melakukan kekacauan dalam rumah.

Ramlah yang tinggal berjiran berkata, mangsa juga pernah mengadu hidupnya tidak tenteram kerana merasakan dirinya terumbang-ambing dan sentiasa dalam keadaan bersedih.



"Khairul Bariah datang ke rumah pada jam 4 pagi untuk bertemu namun dia pulang semula ke rumahnya selepas suami saya memberitahu saya tidur," katanya.

Jiran keluarga itu, A Tamarai pula berkata, dia terdengar orang bergaduh dari rumah berkenaan pada awal pagi tetapi tidak mengendahkannya kerana ia perkara biasa sejak berpindah ke taman itu dua tahun lalu.

“Namun hari ini (semalam) saya terdengar bunyi pelik dari rumah itu dan terdengar seolah-olah suara Khairul Bariah dalam ketakutan dan meminta suaminya tidak melakukan perkara buruk terhadap dirinya dan anak-anak dan berterusan dalam tempoh lama sebelum suara dia terus senyap.

"Saya tidak dapat tidur sehingga jam 5.30 pagi dan apabila keluar rumah kira-kira jam 8.30 pagi saya lihat ada anggota polis di depan dan belakang rumah dalam keadaan terhendap-hendap. Saya terkejut apabila mendapati wanita yang tinggal berjiran dengan saya mati dibunuh manakala suaminya pula ditembak polis,” katanya.



Sumber : BHarian 15/08/2010

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails