“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Ogos 12, 2010

Buku Panduan Untuk Proses Nikah, Cerai Dan Rujuk Dilancar

JAMIL KHIR menunjukkan buku Panduan Proses Nikah, Cerai dan Rujuk di Putrajaya semalam.


KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom melancarkan Buku panduan nikah, cerai dan rujuk dalam proses perkahwinan dan penceraian, bagi membantu menyelesaikan masalah rumahtangga.

Beliau berkata buku itu mempunyai carta aliran lengkap 14 perkara dalam perkahwinan serta penceraian, dan mula diedarkan esok di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, masjid selain tempat awam di seluruh negara.

"Ini merupakan cita-cita lama saya untuk menerbitkan buku panduan ini, dan hari ini dengan terlancarnya buku ini, saya berharap ia dapat menjadi rujukan bagi Majlis Agama Islam di seluruh negeri serta orang ramai, bagi hal-hal yang berkaitan perkahwinan, penceraian dan juga untuk rujukan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran buku itu di Bangunan Daruzzakah di sini.


Jamil Khir yang turut mengedarkan makanan serta bubur lambuk kepada fakir miskin berkata buku itu mengandungi panduan yang boleh membantu orang ramai berkaitan proses perkahwinan, penceraian serta rujuk semula.

"Selain memberi panduan dan ilmu lengkap, ia turut juga memberi panduan seperti jabatan mana harus dirujuki, kaunter mana seseorang itu harus pergi, siapa yang harus ditemui, ataupun nombor telefon mana yang harus dihubungi," katanya. - BERNAMA


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails