“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Isnin, Ogos 16, 2010

Jenayah : Bapa simbah asid

Mangsa ~ NURUL Dahyatul Fazlinda


Mangsa ~ Mohd Irfan Firdaus

NURUL Dahyatul Fazlinda cedera parah di muka dan mata, manakala adiknya, Mohd Irfan Firdaus turut cedera disimbah cuka getah oleh bapa mereka yang mengamuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu, semalam. Mereka kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.


Suspek

Lelaki disyaki penagih dadah naik angin isteri minta cerai

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki yang terlalu marah terhadap isterinya kerana menuntut cerai bertindak menyimbah cuka getah ke muka wanita itu dan dua anaknya dalam kejadian amuk di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 pagi itu, anak suspek, Nurul Dahyatul Fazlinda Mat Haizan, 8, melecur pada muka dan badan manakala isterinya, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, melecur belakang badan dan sebahagian lehernya.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata seorang lagi anak suspek, Muhammad Irfan Firdaus, 2, melecur pada muka dan badan, manakala ibu mentua, Minah Omar, 56, cedera ringan pada mata kiri.

“Siasatan awal mendapati suspek, Mat Haizan Mat Yasin, 32, yang disyaki seorang penagih dadah dan tidak bekerja, marah dengan isterinya yang bekerja sebagai penjual sayur di pasar di Kuala Berang, kerana menuntut cerai.

“Mereka masih pasangan suami isteri, tetapi sudah tidak tinggal sebumbung sejak lima bulan lalu. Mangsa (Che Ku Zaimah) membawa empat anak mereka berusia antara 10 dan dua tahun berpindah ke rumah ibunya di Kampung Sekayu.

“Bagaimanapun, suspek dikatakan sering ke rumah ibu mentuanya untuk meminta wang daripada mangsa,” katanya.

Katanya, keempat-empat mangsa kecuali Minah yang dibenarkan pulang, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), manakala dua daripada mangsa iaitu Che Ku Zaimah dan anaknya Nurul Dahyatul tidak mampu bercakap kerana melecur teruk.

Manoharan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan serius dan polis kini memburu suspek. (NB : sudah ditahan 18/08/2010)

Sementara itu, Minah berkata, menantunya datang ke rumahnya awal pagi semalam untuk meminta wang RM30. Bagaimanapun, katanya anaknya enggan memberi wang berkenaan menyebabkan menantunya itu berang dan menendang pintu rumah.

“Sebelum ini, menantu saya memang pernah mengugut untuk menyimbah asid di muka anak saya apabila menuntut bercerai, tetapi anak saya tidak ambil peduli sehingga kejadian ini berlaku. Sepanjang pengetahuan saya, menantu saya bukan saja pernah menampar isterinya apabila berlaku pergaduhan, malah pernah menyimbah cat rumah ke atas kepalanya, selain mencederakannya dengan api rokok.”

“Menantu saya tidak bekerja dan hanya tahu meminta wang daripada anak saya yang menjual sayur di pasar, menyebabkan dia tidak tahan dengan kerenah suaminya itu dan pergi ke pejabat agama untuk menguruskan perceraian,” katanya.

Rujukan : BH 16/08/2010


ZAIMAH medukung Mohd. Irfan sambil mengusap kepala Dahyatul di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

Wanita mangsa asid tekad mahu bercerai dengan suami

KUALA TERENGGANU – “Kalau hanya saya seorang yang cedera mungkin saya boleh maafkan tetapi perbuatan dia (suami) telah memusnahkan masa depan anak-anak saya.”

Demikian luahan Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, yang tetap dengan keputusannya untuk meneruskan proses perceraian dengan suami yang telah menyebabkan dia bersama dua anak serta ibunya melecur terkena percikan asid.

Malah, dakwa wanita itu, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, yang melecur teruk dalam kejadian itu juga enggan memaafkan bapanya yang menyebabkan hidupnya menderita sepanjang hayat.

“Saya tanya adakah dia masih sayang ayah? Tapi dia hanya gelengkan kepala dan mengalirkan air mata,” katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.

Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu kelmarin, Zaimah dan dua anaknya, Dahyatul dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56, melecur di beberapa anggota badan akibat perbuatan suaminya.

Kejadian berlaku apabila lelaki itu meminta wang daripada Zaimah dan enggan bercerai dengan Zaimah.

Sebelum ini, Zaimah berkata, Dahyatul sangat akrab dengan ayahnya sehingga makan serta tidur anaknya itu perlu ditemani suami.

Rujukan : Kosmo! 17/08/2010


0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails