“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Khamis, Ogos 05, 2010

Islam memandang tinggi wanita berilmu


Peranan hawa diiktiraf dalam pelbagai aspek bantu perkasa ekonomi negara

PELANTIKAN dua hakim syarie wanita baru-baru ini, mengorak langkah positif terhadap usaha membersihkan Mahkamah Syariah daripada sangkaan berat sebelah terhadap golongan hawa. Sebenarnya sudah banyak sektor dalam negara ini dikuasai wanita.

Penguasaan wanita dalam jawatan sektor awam ada kalanya menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak kerana dikatakan menimbulkan ketidakseimbangan dalam tataatur masyarakat di Malaysia. Peranan dimainkan golongan itu sering disalahertikan.

Melihat kepada sejarah, wanita pada zaman Rasulullah sangat cekal serta menjadi pendorong kepada Rasulullah dan sahabat berjuang menegakkan syiar Islam. Perjuangan Rasulullah akan menjadi lebih sukar tanpa nama besar wanita seperti Siti Aminah, Khadijah, Aishah, Halimatussa’diah, Ummu Salamah, Ummu Aiman dan banyak lagi. Peranan mereka sangat besar dan memberi kesan mendalam kepada Nabi.

Dalam bidang politik, wanita sering menghadapi pelbagai persoalan seperti sejauh manakah Islam membenarkan Muslimah bergerak cergas dalam arena politik? Bolehkah seseorang Muslimah bertanding untuk menjadi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen?

Imam Al-Ghazali mengatakan, politik berteraskan kehidupan manusia. Ahli politik memerlukan diri mereka terbabit dengan masyarakat. Justeru, politik berkait rapat antara individu dengan masyarakat.

Ada pandangan mengharamkan wanita menceburi politik kerana pada zaman Nabi Muhammad dan sahabat, tidak ada seorang pun wanita diajak membincangkan masalah berhubung urusan negara atau hukum syarak.

Ada juga berpandangan wanita boleh berpolitik untuk pembangunan serta kemajuan negara kerana Khalifah Umar ibn Al Khatab juga pernah mendapat nasihat dan teguran dalam melaksanakan undang-undang pentadbiran negara daripada Muslimah.

Ramai ahli falsafah Barat berpendapat, wanita dijadikan hanya untuk berkhidmat kepada lelaki. Rosseau umpamanya, mengatakan wanita itu tidak dijadikan untuk ilmu pengetahuan, hikmat, berfikir, mempunyai keahlian, menjadi sarjana dan berpolitik atau tugas negara, tetapi dijadikan hanya untuk menyusukan anak.

Hanya menjelang abad ke-20, pemikir Barat mula memberi kebebasan kepada wanita seperti dinikmati lelaki iaitu kebebasan bersuara, mencari ilmu, bekerja dan memimpin. Kerjaya wanita sebagai pendidik mula terserlah.

Islam menyebarkan dasarnya dengan jelas mengenai wanita dalam segala aspek kehidupan terutama dalam bidang pendidikan.

Rasulullah bersabda maksudnya: “Mempelajari ilmu itu wajib bagi setiap orang Islam, lelaki dan perempuan.”

Dasar itu ditegaskan sejak kemunculan Islam pada abad keenam Masihi, masih terpakai dan terus menjadi tunjang kepada dasar pengajaran Islam hingga hari ini.

Islam bukan saja meletakkan wanita di tempat paling wajar sebagai manusia dan teman hidup lelaki, tetapi Islam menghargai sifat kehalusan serta ketajaman perasaan wanita yang menjadikan mereka layak memegang tugas sebagai pendidik berbanding lelaki.

Wanita dijadikan daripada tulang rusuk lelaki adalah dekat di hati lelaki, bukan di kepala untuk dijunjung atau di kaki bagi dipijak. Wanita dekat di hati lelaki untuk disayangi. Sejak zaman Rasulullah lagi, kecekalan wanita diuji dengan pelbagai cabaran dan paling utama menuntut ilmu, kerana ilmu perkara penting berjaya dalam kehidupan.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Sebaik-baik wanita ialah wanita kaum Ansar, mereka tidak ada perasaan malu untuk mendalami ilmu berkaitan urusan agama mereka.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Islam tidak pernah membezakan status lelaki dan wanita dalam aspek keilmuan. Mereka diberikan peluang sama kerana memperkasa wanita perlu untuk mencapai pembangunan sosial, ekonomi dan politik.

Jika merujuk kecekalan Saidatina Khadijah, contoh wanita cerdik dan pintar dalam ilmu perniagaan sehingga beliau menjadi antara hartawan paling disegani di Kota Makkah. Begitu juga kesungguhan Saidatina Aisyah yang petah berhujah mencari kebenaran isu diketengahkan.

Saidatina Aisyah memahami maksud hadis tersirat sama ada berbentuk ungkapan, sikap dan perbuatan, malah dalam keadaan diam Rasulullah. Sumbangan dan jasa Aisyah dalam perundangan Islam khususnya fiqh wanita diakui Urwah bin Zubir yang belum pernah melihat seseorang lebih alim dalam ilmu fiqh, kedoktoran dan syair selain Aisyah.

Saidatina Aisyah bukan saja menjadi rujukan wanita malah lelaki termasuk sahabat Nabi. Abi Musa al-Asyari berkata: “Setiap kami, sahabat Rasulullah SAW mengalami kesulitan mengenai sesuatu hadis, lalu kami bertanyakan Aisyah. Kami mendapatkan pengetahuan (memuaskan daripadanya).”

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan secara amnya wanita hari ini masih kurang pengetahuan mengenai haknya di sisi undang-undang. Ramai wanita mengalami masalah di tempat kerja, rumahtangga serta persekitaran, membiarkan masalah berlarutan atau dipendamkan begitu saja.

Kebanyakan wanita lebih sanggup menanggung derita daripada membuka pekung di dada. Wanita perlulah diiktiraf dan dihargai semua pihak dan tanggungjawab itu tertakluk kepada hukum yang ditetapkan Islam.

Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi melalui emel di zainul.rijal@abubakar.my




Rujuk : BH 02/08/2010

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails