“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, Ogos 10, 2010

ISU : Kahwin Muda dan Pasangan remaja jual anak

BERKAHWIN pada usia remaja dipercayai dapat mengelak gejala sosial termasuk kes pembuangan bayi.

KEPUTUSAN Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan menimbulkan pelbagai polemik di kalangan masyarakat.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan, sekiranya seorang pelajar bawah umur mahu berkahwin mereka perlu ke mahkamah syariah dan melalui proses temu duga.

Menurut seorang aktivis pertubuhan wanita yang enggan disiarkan namanya, keputusan MAIM itu tidak mampu menyelesaikan masalah sosial di kalangan remaja.

“Ini menjadi seperti satu kredit bagi mereka. Perkahwinan itu bukan sekadar seks tetapi harus diiringi tanggungjawab. Apa yang akan berlaku kalau mereka gagal melaksanakan kewajipan berkeluarga dengan sebaiknya. Kes perceraian mungkin meningkat selain timbul masalah sosial lain,” ujarnya.

Beliau berpendapat, sistem pendidikan hari ini perlu digubal sebaiknya bagi melahirkan insan yang lebih berwibawa dan berakhlak mulia.

“Kita membentuk mereka (remaja) dahulu agar menjadi insan yang bertakwa dan tahu batas hukum. Jika mereka mengetahui tanggungjawab mereka, barulah soal perkahwinan itu dapat direalisasikan. Realitinya, ada di kalangan pelajar sekolah, universiti malah ibu bapa kita dahulu yang berkahwin awal bahagia sehingga ke akhir hayat kerana mereka tahu fungsi sebenar perkahwinan itu,” katanya.

Bagi Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Profesor Madya Datuk Mohd. Ali Hassan, MAIM tidak perlu terburu-buru melaksanakan perkara sedemikian.

“Tindakan itu menyelesaikan masalah dalam jangka masa pendek semata-mata. Tugas seorang suami amat berat dan memerlukannya bersedia,” katanya.

HARLINA HALIZAH SIRAJ

Jual anak


Bagi Naib Presiden Pertubuhan Jemaah Islah Malaysia (JIM), Profesor Madya Dr. Harlina Halizah Siraj, institusi kekeluargaan perlu dibetulkan terlebih dahulu.

“Mereka berkahwin disebabkan masalah sosial dan peranan ibu bapa dalam mengawal tingkah laku dan pergaulan anak seharusnya diberi keutamaan. Dahulu perkahwinan dalam usia muda tidak menjadi masalah kerana mendapat restu kedua-dua keluarga. Kini, perkahwinan itu berlaku kerana terdapatnya masalah. Tetapi saya berharap remaja tersebut bertaubat dan memulakan hidup baru sebaiknya,” katanya.

Beliau ternyata gusar kerana pernah menerima kes pasangan remaja berkahwin muda yang terpaksa menjual bayi mereka.

“Kes ini berlaku di Puchong, Selangor. Keluarga pasangan remaja itu tidak memantau pasangan tersebut sehingga si suami bertindak menjual anak mereka. Sebaik sahaja dilahirkan, anak itu terus dijual kepada orang ketiga. Malah, keadaan rumah juga cukup daif selain untuk makan seharian juga tidak mencukupi,” katanya.

Beliau berpendapat syor MAIM itu wajar jika semua syarat perkahwinan dipenuhi selain masyarakat sudah terdidik dengan ajaran Islam yang sempurna.

Peguam syarie, Musa Awang berpendapat remaja bawah umur (16 hingga 18 tahun) perlu lebih bersedia sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Katanya, berdasarkan pengalamannya mengendalikan kes-kes pasangan remaja, kira-kira 70 peratus berakhir dengan perceraian.

“Namun, kalau tujuannya untuk mengelakkan maksiat, perkahwinan itu mungkin menjadi penyelesaian terbaik. Ia juga dapat menghindari kes-kes pembuangan bayi yang banyak berlaku kini. Cuma saya harapkan ibu bapa dapat melakukan pemantauan berkala terhadap pasangan bawah umur ini kerana realitinya mereka belum matang sepenuhnya,” katanya.

TERDAPAT pasangan remaja bawah umur yang berkahwin terpaksa menjual anak mereka kerana desakan hidup selain kurangnya pemantauan oleh keluarga masing-masing. - Gambar hiasan

Ujarnya lagi, ibu bapa perlu memberikan sepenuh perhatian sehingga pasangan bawah umur itu mampu hidup berdikari.

“Tempoh awal perkahwinan merupakan tempoh yang sangat genting. Jika mereka dapat bertahan selama lebih tiga tahun, perkahwinan itu pasti dapat bertahan lebih lama bahkan sehingga akhir hayat,” katanya.

Pakar psikologi dari Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof. Suradi Salim pula berpendapat, tiada masalah jika remaja ingin berkahwin awal sama ada lelaki mahupun perempuan.

“Ini kerana perempuan lebih cepat matang berbanding lelaki manakala lelaki pula apabila memikul tanggungjawab, mereka dapat memberikan yang terbaik. Cuma keluarga perlu membantu mereka dahulu sebelum mereka dapat berdikari kerana sifat remaja yang kurang serius selain kurang pengalaman dalam membuat sesuatu keputusan,” katanya.

Rujuk : Kosmo! 08/08/2010




Capaian entry berkaitan :

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails