KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 32 individu ditahan tahun ini kerana membuang bayi, menjadikan keseluruhan 63 individu ditangkap sepanjang dua tahun lalu, peningkatan ketara berbanding hanya 38 individu ditahan dalam tempoh tiga tahun dari 2007 hingga 2009.
Tangkapan tahun ini, termasuk terbaru membabitkan wanita berusia 20 tahun yang ditahan kerana disyaki membuang bayi baru dilahirkannya ke dalam parit kebun sawit di Kampung Melayu Raja, Ledang, Johor, minggu lalu.
Perangkaan terbaru Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menunjukkan jumlah tangkapan tahun ini melebihi 31 tangkapan sepanjang tahun lalu, dengan sebahagian besar suspek adalah wanita selain sebilangan kecil warga asing.
Pada 2007, hanya lapan tangkapan direkod berbanding 76 kes pembuangan bayi, manakala 16 individu ditahan pada tahun berikutnya berbanding 102 kes dan pada 2009 pula, 11 tangkapan dicatat dari 79 kes buang bayi.
Daripada keseluruhan 94 tangkapan sepanjang lima tahun lalu, 19 individu sudah didakwa di mahkamah dengan 15 daripadanya wanita, manakala 12 dijatuhkan hukuman dengan sembilan perempuan.
Bagaimanapun, perangkaan itu tempoh dua tahun menunjukkan jumlah tangkapan masih rendah berbanding keseluruhan kes pembuangan bayi dalam tempoh itu, iaitu 164 kes, termasuk 96 bayi ditemui sudah mati.
Mengulas mengenainya, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata tindakan proaktif pelbagai pihak perlu bagi ramai suspek kes buang bayi ditangkap. Katanya, cadangan banyak pihak supaya diwujudkan pangkalan data mencatatkan butiran lengkap kelahiran bayi dan ibu bapa di negara ini, termasuk rekod ujian asid deoksiribonukleik (DNA) perlu dilaksanakan segera dalam usaha mengesan pasangan yang membuang bayi.
“Cadangan mewujudkan pangkalan data DNA sesuai dipertimbangkan kerana ia boleh membantu polis mengesan penjenayah termasuk kes buang bayi,” katanya kepada BHarian.
BHarian sebelum ini melaporkan 73 kes pembuangan bayi, termasuk yang dibunuh kejam dicatatkan di seluruh negara antara Januari hingga Ogos tahun ini, menjadikan keseluruhan 571 kes direkodkan sepanjang lima tahun lalu dengan 318 bayi mati, manakala 253 pula ditemui masih hidup. [Rujuk entry 73 bayi dibuang dalam tempoh lapan bulan]
Laman-Seri : Kita harapkan mereka yang bertanggungjawab “menyumbangkan” benih yang tidak dikehendaki ini juga dapat ditangkap dengan penangkapan pasangan yang ditinggalkan. Elok juga ada DNA database, sekurang-kurangnya yang bersalah tidak akan terlepas begitu sahaja dan “menyumbangkan” benih kepada orang lain pula...
Petikan : BHarian 21/11/2011
Capaian entry berkaitan :
* 73 bayi dibuang dalam tempoh lapan bulan
* Laporan Khas: Remaja perlu miliki ilmu seks elak ditipu
* Seksyen 302 langkah wajar elak buang bayi
* Hukuman mati kes buang bayi
* Hemmm.... apa pengajarannya?
* Bekas pelajar UiTM dipenjara 12 bulan
* Akibat cinta bersandarkan nafsu
* Jenayah buang bayi salah siapa?
* Buang bayi luar nikah bukan penyelesai masalah
* Eksklusif : 3 daripada 6 remaja terbabit seks bebas
“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”
“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”
Isnin, November 21, 2011
32 individu ditahan buang bayi tahun ini
Susunan :
Bawang Goreng
pada
11/21/2011 09:40:00 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 KOMEN:
Catat Ulasan
Kongsikan komen anda di sini...