“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, November 01, 2011

KDN wujud unit khas tangani isu Program 6P


Putrajaya : Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan menubuhkan satu unit khas bagi menangani pelbagai isu membabitkan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa izin (Program 6P) dan segala masalah yang dibangkitkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

Unit khas itu akan dibahagikan kepada empat sub unit yang bertanggungjawab secara khusus bagi Sarawak dan Sabah; jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, isu pelarian dan pelajar asing.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, hasil laporan unit khas itu akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing/Pendatang Tanpa Izin (JKKPA/PATI) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Unit khas ini akan dianggotai semua agensi berkaitan seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen serta kementerian antaranya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Luar. Kerjasama ini adalah penting bagi menangani segala masalah membabitkan pekerja asing, pelajar asing dan pelarian, sekaligus memastikan kejayaan perlaksanaan Program 6P,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Pengarah Imigresen Negeri di sini, semalam.


Hishammudddin berkata, sehingga kelmarin, seramai 27,514 PATI didaftarkan secara sah di seluruh negara membabitkan 2,208 majikan. Justeru, katanya, majikan yang mempunyai keperluan mendesak untuk mendapatkan pekerja boleh mengemukakan permohonan bserbuat demikian di kalangan PATI yang tidak bermajikan dengan melayari laman web www.moha.gov.my.

Mengenai proses pengampunan pula, Hishammuddin berkata, PATI yang ingin meninggalkan negara dan menyerah diri secara sukarela boleh berurusan terus dengan Jabatan Imigresen bagi mendapatkan Memo Periksa Keluar, bagi mengelak dikenakan tindakan.

Dalam pada itu, beliau berkata, kementeriannya menilai semula beberapa keistimewaan yang diberikan kepada pelajar asing yang menuntut di negara ini bagi membendung kegiatan penyalahgunaan pas pelajar untuk melakukan kegiatan jenayah dan salah laku sosial.

Antara keistimewaan terbabit ialah bekerja separuh masa di restoran, stesen minyak, hotel dan pasar mini pada waktu tertentu, termasuk cuti semester.




Petikan : BHarian 01/11/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails