“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Sabtu, November 12, 2011

Awas! Ada alat permainan gugat keselamatan


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Walaupun alat permainan sepatutnya menyeronokkan dan menghiburkan, tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan itu dicipta.

Kanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan meneka fungsinya sendiri. Ini antara sebab mengapa keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting. Pilihan alat permainan harus sesuai dengan umur kanak-kanak dan juga tingkat perkembangan dan bakat mereka. Keadaan fizikal, sosial dan pendidikannya juga harus diambil kira dalam hal ini.



Kemalangan ketika bermain alat mainan sering disebabkan tiga punca utama :

* Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan kepada seseorang.

* Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan kepada anak berusia tiga tahun.

* Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar dan sebagainya.

Ðengan mengetahui bagaimana kemalangan berlaku, ibu bapa boleh membantu mengelak kemalangan dengan memilih alat permainan yang dapat menjauhkan kanak-kanak daripada ditimpa kemalangan. Beg plastik yang selalu ditinggalkan berselerak di merata rumah dan sering dianggap tidak mendatangkan masalah, boleh melemaskan kanak-kanak menyarungnya pada kepala dan muka.



Beli alat permainan mesra alam

Antara sedar dan tidak kita banyak mendedahkan anak-anak kepada permainan yang mengandungi plumbum berlebihan hingga boleh merosakkan otak dan menjejaskan tumbesaran. Oleh sebab itu, marilah kita menggalakkan ibu bapa di luar sana untuk kembali mengamalkan permainan yang dekat dengan persekitaran sekaligus membina hubungan yang lebih erat.

Banyak laporan media yang menyatakan alat permainan di tarik dari pasaran kerana menjejaskan kesihatan dan berbahaya untuk kanak-kanak. Dalam masa yang sama, tidak ramai yang mempunyai bajet untuk membeli mainan yang selamat, tidak bertoksid dan juga mesra alam. Ibu bapa harus menilai barang mainan yang dibeli untuk anak-anak. Alat permainan adalah kemestian dan kanak-kanak banyak belajar melaluinya tetapi ia tidak perlu menggugat keselamatan dan kesihatan mereka. Apa yang penting, lakukan yang terbaik untuk anda dan keluarga.



Membeli alat permainan sepatutnya menjadi kerja yang mudah bagi ibu bapa, namun sebenarnya ia antara tugas yang agak sukar kerana ibu bapa perlu memikirkan beberapa perkara sebelum membeli. Antaranya ialah ia perlu menyeronokkan, mempunyai unsur pendidikan serta anak-anak menyukainya. Semaikan ini dalam minda bahawa masa bermain dengan kanak-kanak tidak perlu banyak alat mainan kerana yang lebih penting ialah bagaimana mereka mengisi masa tersebut.Walau bagaimanapun, alat permainan yang baik akan merangsang minda kanak-kanak supaya lebih kreatif.

Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum membeli permainan. Oleh itu, di bawah ini disenaraikan tips mudah untuk para ibu bapa.

Panduan membeli barangan mainan :

* Pilih alat mainan yang bersifat semulajadi seperti diperbuat daripada kayu (tanpa kilatan toksid) dan juga fabrik organik (kain kapas, kain felt dan sebagainya). Sebaik mungkin, pilih barangan yang organik dan bersifat mesra alam yang menggunakan bahan asas semulajadi, pencelup tumbuhan, fabrik bebas bahan kimia dan sebagainya.

* Cari syarikat pengeluar yang berkualiti dengan melayari laman webnya serta bertanya tentang kandungan bahan tersebut. Sokong syarikat yang menggunakan bajet untuk kajian dan penyelidikan terlebih dahulu terutamanya yang menggunakan bahan bebas kimia.

* Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang baju anak patung yang senang dicabut. Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan pastikan ia tidak boleh mencederakan.

* Beli alat permainan yang dilabelkan dengan ‘bebas bahan kadmium’.

* Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh lentur. Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung.

* “Choking Hazard”- dibimbangi tercekik jika barang permainan diaplikasikan oleh kanak-kanak yang tidak sesuai tahap umurnya. Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai untuk bayi hingga kanak-kanak pra-sekolah. Jadi, ikuti arahan yang disarankan seperti jika ia sesuai untuk umur tiga tahun ke atas, jadi jangan beli untuk anak yang berusia setahun. Fikir tentang kemungkinan siapa yang akan bermain alat permainan tersebut. Jika barangan tersebut sesuai untuk anak yang lebih besar dan dalam masa berbahaya untuk adik-adiknya, tidak bermakna ibu bapa perlu menafikan hak anak yang lebih besar. Namun apa yang perlu dilakukan ialah peraturan serta tempat permainan itu disimpan.

* Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan-bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. Pastikan alat permainan tidak menggunakan cat bertoksid.

* Alat permainan sepatutnya boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.

* Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tapi yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.

* Jadi kreatif dengan menjadikan buku, alat sukan, muzik dan kad permainan sebagai permainan anak-anak anda. Mungkin bersifat tradisional namun ia juga mengembalikan kenangan ketika anda di zaman kanak-kanak.

* Untuk alat permainan yang perlu dicantum atau dibina, ibu bapa perlu sentiasa berada bersama anak-anaknya kerana dikhuatiri boleh menjerut atau membahayakan anak-anak. Antara yang perlu diperhatikan ketika anak-anak sedang bermain tali atau sedang memusingkan tayar yang boleh menarik rambut, pakaian atau apa sahaja perkara buruk. Paling penting baca label dan gunakan akal fikiran ketika mengedalikan mereka.

* Tidak dinafikan banyak barangan mainan yang mengandungi magnet seperti bangunan, kereta hinggakan baju untuk patung. Namun begitu magnet yang kecil boleh menyebabkan kanak-kanak tercekik. Jadi, elakkan kanak-kanak yang suka memasukkan segala benda ke dalam mulut daripada bermain permainan tersebut.

* Banyak juga barang mainan yang terhakis warnanya terutamanya jika dimasukkan ke mulut. Jadi, elakkan barang mainan yang mempunyai pewarna mengandungi bahan kimia. Kenali alat permainan terlebih dahulu sebelum anda membeli seperti material, dari negara mana dan baca arahan sebelum membelinya.

* Kurangkan pencemaran alam sekitar dengan membeli barang permainan yang diyakini tidak menggunakan bahan yang mudarat.

* Elakkan barang permainan berunsurkan barangan kosmetik dan perhiasan murah yang sebenarnya berisiko tinggi. Perhiasan ini mengandungi kandungan cadmium yang tinggi sementara permainan kosmetik pula mengandungi kandungan bahan kimia yang memudaratkan.

Ibu bapa juga boleh menggunakan alat sedia ada namun dengan kreativiti berbeza seperti kotak permainan yang dijadikan alat permainan ajaib. Alat permainan berkualiti tinggi sememangnya lebih mahal namun ia sebenarnya berbaloi untuk poket anda kerana ia boleh diturunkan kepada generasi seterusnya dan jika anda bercadang untuk menjual, ia masih berbaloi bukan?

Semoga bermanfaat!




kompilasi dari sumber : BHarian 21/07/2011 dan Nur November 2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails