“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Rabu, November 09, 2011

Rosemary mampu kurangkan masalah kelemumur

Rosemary

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rosemary amat terkenal sebagai tanaman serba guna. Ðigunakan untuk menenangkan otot tubuh hinggalah melawan kanser, semua khasiat tersebut dimiliknya. Rosemary atau nama botaninya rosmarinus officinalis, merupakan tanaman yang tahan penyakit dan tahan hama.

Tanaman ini memiliki batang yang tegar dan kulit merekah. Ia memiliki daun berbentuk jarum berwarna hijau serta bunga berwarna putih atau biru perlahan yang mengandungi minyak mudah meruap. Herba ini mudah tumbuh di tanah panas dan banyak mendapat cahaya matahari. Ðaun herba Rosemary memiliki rasa dan bau seperti kapur barus. Rosemary mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B6, asid tannic, resin dan bahan asas pahit dan minyak mudah meruap.

Kandungan utama minyaknya ialah bornoel, bornyl acetate dan ester. Rosemary juga dikatakan mengandungi bahan antikarsenogenik dan juga antioksidan seperti asid carnosic dan rosmarinic.

rosmarinus officinalis


Ðikatakan herba Rosemary pertama kali digunakan sekitar 500 sebelum masihi oleh orang Greek dan Rom dalam masalan dan tujuan perubatan. Sejak itu, herba ini semakin popular. Kemudiannya orang Rom telah memperkenalkan herba ini di kuil mereka bagi menghalang semangat jahat dan untuk tujuan mengelak penyakit. Malah ada kepercayaan yang mengatakan jika Rosemary diletakkan di bawah bantal sebelum tidur, anda akan mendapat tidur yang nyenyak. Ada juga yang mempercayai bahawa jika Rosemary dijadikan rantai leher, ia mampu mengekalkan keremajaan.

Ðaun Rosemary


Ðaun Rosemary ~ closed up ~


Untuk tujuan masakan, herba Rosemary banyak digunakan dalam hidangan Itali, terutamanya dalam masakan yang menggunakan kerang-kerangan dan kambing. Bahan antiseptik dan antioksidan yang terdapat dalam daunnya dikatakan membantu mengawet makanan. Bunga herba Rosemary dikatakan boleh digunakan sebagai bahan hiasan dalam masakan.

Secara tradisionalnya, dalam perubatan pula dikatakan herba Rosemary digunakan untuk memperbaiki ingatan, melegakan sakit otot dan kekejangan, merangsang pertumbuhan rambut dan menyokong sistem peredaran dan saraf. Ðikatakan juga bahawa herba ini mampu meningkatkan pengeluaran haid, bertindak sebagai abortifasien (ubat yang mengakibatkan keguguran), mengingkatkan pengeluaran air kencing dan merawat masalah pencernaan usus.

Bunga Rosemary


Bunga Rosemary ~ closed up ~


Rosemary juga dikatakan mampu bertindak sebagai tonik (meningkatkan tenaga), astringen (mampu menyebabkan sel-sel mengecut dengan memendekkan protein daripada permukaannya), diaforetik (menyebabkan perpeluhan bertambah) dan perangsang. Minyak daripada herba Rosemary mengandungi bahan karminatif (melegakan sendawa) dan juga minyak meruap yang baik untuk melegakan masalah pada perut dan sakit kepala.

Pencegah kebotakan pramatang

Herba ini juga dikatakan amat baik digunakan sebagai losen atau pencuci rambut. Penggunaannya dikatakan mampu memberi kesan merangsang anak-anak rambut memperbaharui aktiviti dan mencegah kebotakan pramatang. Air rendaman daun dan bunga Rosemary kering yang telah dicampurkan dengan boraks (sejenis astringen sederhana dengan tindakan antiseptik yang lemah) dikatakan boleh dijadikan sebagai pencuci rambut yang baik kerana ia mampu menjadi ramuan mencegah kelemumur.

Kulit kering dan gatal antara gejala yang boleh diperbaiki dengan Rosemary. Minyak Rosemary dapat meningkatkan pengaliran air di dalam tubuh sehingga mengurangi kekeringan.

Minyak gosok melegakan otot tubuh

Minyak daripada herba Rosemary juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan luaran terutamanya sebagai rubefasien atau ubat gosok. Selalunya ia disapu pada linimen (suatu persediaan berubat yang digosok pada kulit ataupun digunakan pada pembalut pembedahan) sebagai perangsang bau. Herba Rosemary yang mengandungi alkohol dikatakan boleh dicampurkan dalam air atau gula sebagai ramuan antispasma (ubat melegakan kekejangan).

Meredakan perut kembung

Selain Chamomile, Rosemary juga sedap dan harum apabila diminum sebagai teh. Bukan itu sahaja, teh rosemary juga boleh membantu meredakan perut kembung dengan mengurangkan pengumpulan air dalam badan. Bahagian pucuk, daun dan bunga herba Rosemary juga dikatakan boleh dijadikan sebagai teh (air rendaman herba). Ðikatakan dengan meminum teh herba Rosemary mampu menjadi pelega sakit kepala, koliks, selsema dan penyakit saraf.

Bantu tingkatkan ingatan dan egen penenang

Ingin belajar demi lulus ujian? Hidulah aroma Rosemary kerana ia boleh membantu anda mengingati sesuatu dengan lebih mudah. Aroma Rosemary mengandungi sebatian yang berperanan di dalam sistem neuro transmitter yang terlibat dengan memori.

Herba Rosemary sering digunakan dalam rawatan aromaterapi untuk meningkatkan penumpuan dan melegakan tekanan. Terdapat kajian yang mencadangkan agar herba Rosemary dicampur dengan minyak berbau wangi mampu membantu mengurangkan kegelisahan.

Melawan kanser

Memasukkan Rosemary di dalam hidangan seperti ayam bakar dapat membuatkan sajian lebih sihat untuk dimakan. Ini kerana, daging yang dipanggang atau dibakar biasanya mengandungi bahan kimia yang berpotensi untuk membentuk karsinogen atau bahan yang menjadi penyebab kanser. Antioksidan semulajadi seperti Rosemary boleh membantu mengurangkan kadar sebatian ini sehingga lebih 90%.

Herba Rosemary ini berkhasiat, namun begitu jika diambil dalam dos yang tinggi, dikatakan mampu menyebabkan keguguran. Oleh itu wanita hamil dan menyusukan bayi tidak harus mengambil Rosemary sebagai makanan tambahan. Namun jika ia dimakan sebagai rempah dalam makanan, ia agak selamat untuk digunakan.

Walaupun terdapat pelbagai kebaikan dan khasiat Rosemary, namun begitu penggunaannya perlulah mendapat nasihat daripada pengamal perubatan terlebih dahulu bagi mengelakkan kemudaratan di kemudian hari.




Sumber : MW#1437, MW#1438 dan En.Wikipedia ~ Rosemary.

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails