“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Selasa, November 01, 2011

Budak sekolah terbabit 26 kes pecah rumah

ABDUL RAZAK (tengah) menunjukkan antara barang yang ditemui berikutan penahan dua budak sekolah di rumah mereka.

Penghuni tinggal kunci dalam kasut ~ Murid Tahun 1, 2 curi masuk 26 kediaman

PUTRAJAYA: Umur mereka masing-masing baru tujuh dan lapan tahun. Namun, selain bersekolah, mereka terbabit dalam sekurang-kurangnya 26 kes pecah rumah di sekitar kuarters kerajaan di Presint 8, di sini sejak enam bulan lalu.

Antara barang berharga yang dilaporkan dicuri termasuk wang tunai RM350 dan seunit telefon bimbit Sony Ericson, cakera padat (CD) dan pelbagai barangan lain. Siasatan polis mendapati mereka juga menggunakan kunci rumah yang ditinggalkan pemilik dalam kasut di luar rumah untuk memasuki rumah mangsa dan mencuri. Pemilik rumah dipercayai meninggalkan kunci dalam kasut bagi memudahkan anak mereka memasuki kediaman lebih awal daripada waktu pejabat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid, berkata dua murid sebuah sekolah di sini itu ditahan selepas polis menerima aduan daripada seorang kakitangan kerajaan rumahnya di Blok D, Fasa 4C, di Presint 8, dimasuki pencuri, Khamis lalu.

“Kegiatan murid Tahun Satu dan Dua itu terbongkar selepas mereka dikatakan mahu memulangkan semula CD diambil dari satu kediaman kepada rakan sepermainan yang juga anak mangsa. Anak mangsa yang curiga, memaklumkan tindakan dua rakannya itu kepada bapanya, sebelum polis menahan suspek di rumah mereka antara jam 5 petang hingga 6.30 petang 28 Oktober lalu,” katanya.

Abdul Razak berkata, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk dua topi, tiga pemacu pen, serangkai kunci rumah, dompet, wang tunai RM14, dua pasang kasut kanak-kanak dan kereta kawalan jauh yang dipercayai dibeli dengan wang curi, di rumah suspek. katanya, hasil soal siasat, kanak-kanak terbabit mengaku terbabit dalam 26 kes pecah rumah walaupun sehingga kini polis hanya menerima satu laporan berhubung kejadian. Beliau berkata, kedua-dua suspek terbabit sudah dibebaskan pada hari sama selepas percakapan mereka dirakam.

“Ibu bapa suspek mengetahui kegiatan kanak-kanak itu, namun tiada laporan polis dibuat kerana semua barang dicuri termasuk basikal, komputer riba dan alat permainan video diarah dipulangkan semula kepada pemilik asal,” katanya.

Justeru, polis akan memaklumkan penahanan murid terbabit kepada pihak sekolah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut termasuk proses kaunseling atau dihantar ke pusat pemulihan akhlak.




Sumber : BHarian 01/11/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails