“YA ALLAH, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA PERASAAN SEÐiH ÐAN ÐUKACiTA, AKU BERLINÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA LEMAH ÐAN MALAS, AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BAHKiL ÐAN PENAKUT ÐAN AKU BERLiNÐUNG KEPAÐAMU ÐARiPAÐA BEBAN HUTANG ÐAN TEKANAN PERASAAN.”


“YA ALLAH, BUKAKANLAH UNTUKKU PiNTU-PiNTU KEBAiKAN, PiNTU-PiNTU KESELAMATAN, PiNTU-PiNTU KESiHATAN, PiNTU-PiNTU KENiKMATAN, PiNTU-PiNTU KEBERKATAN, PiNTU-PiNTU KEKUATAN, PiNTU-PiNTU CiNTA SEJATi, PiNTU-PiNTU KASiH SAYANG, PiNTU-PiNTU REZEKi, PiNTU-PiNTU iLMU, PiNTU-PiNTU KEAMPUNAN ÐAN PiNTU-PiNTU SYURGA, YA ALLAH YANG MAHA PENGASiH LAGi MAHA PENYAYANG.”


Ahad, November 20, 2011

Sendi baru



Prosedur gantian sendi sepenuhnya sesuai bagi pesakit termasuk osteoarthritis

SETIAP insan hanya dikurniakan sepasang rawan pada lutut sepanjang hayatnya. Sampai ketikanya bahagian rawan yang berfungsi sebagai lapisan lembut yang menghalang geseran dan melancarkan pergerakan serta selesa di antara dua hujung tulang lutut, akan mulai merosot.

Apabila tulang rawan terjejas, sendi menjadi kejang dan menyakitkan menyebabkan beberapa penyakit sendi seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis serta gout.

Menurut Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Sime Darby di Subang Jaya, Selangor, Dr Tai Cheh Chin, sakit sendi adalah kemerosotan sendi secara semula jadi yang mana semua orang akan mengalaminya bergantung kepada usia.

Peluang mereka yang berusia bawah 45 tahun mendapat sakit sendi adalah kurang 5%, 45 hingga 65 tahun (30%), 65 dan ke atas 60% manakala 85 tahun 100%. Dari segi jantina, masalah sendi ini lazim dihidapi wanita berbanding lelaki.

Sendi terbentuk pada hujung dua tulang ataupun lebih yang disambungkan oleh tisu yang tebal. Sendi lutut misalnya terbentuk oleh tulang kaki bawah (tibia dan fibula) dan tulang peha (femur). Pinggul pula adalah sendi yang dibentuk bahagian hujung atas femur dan sebahagian pelvis yang dipanggil acetabulum (soket).

Hujung setiap tulang diselaputi lapisan lembut dikenali sebagai rawan. Peranan rawan yang normal membenarkan pergerakan tanpa geseran dan juga bebas kesakitan. Apabila rawan terjejas atau berpenyakit seperti arthritis, sendi menjadi kejang dan sakit.
Setiap sendi dilindungi tisu fibrous atau kapsul yang beralas tisu lembut dipanggil ‘synovium’ yang menghasilkan cecair bagi mengurangkan geseran dan sendi lusuh.

Bagaimanapun, bukan hanya arthritis yang merosakkan sendi. Banyak lagi faktor lain seperti trauma, bersukan, jangkitan dan keradangan (rheumatoid arthritis dan gout). Pada peringkat serius, pesakit akan mula mengalami kekejangan, kesakitan, kaki berubah bentuk, lutut ‘berbunyi’ ketika berjalan dan mula menjadi bengkok.

Apabila pesakit berada pada peringkat ini, tidak banyak yang dapat dilakukan untuk mengurangkan kesakitan berpanjangan dan penderitaan mereka selain melakukan prosedur gantian sendi sepenuhnya (total joint replacement) bagi membolehkan pesakit bebas kesakitan dan mampu berjalan semula.

Apakah dimaksudkan dengan prosedur ganti sendi ini?

“Teknologi ini digunakan di negara ini sedari 1970-an. Sejak 10 tahun kebelakangan ini, pelbagai perubahan dan kemajuan dicapai dalam memperkasa prosedur ini. Kalau dulu ,lutut hanya boleh dibengkok 90 hingga 100 darjah, kini ia mencecah 120 hingga 140 darjah.

“Bahannya juga kini tahan 15 hingga 20 tahun, rekaan lebih baik dan praktikal serta luka pembedahan tidak lebih enam inci. Malah, kini ada teknologi navigasi komputer bagi menjamin ketepatan ketika prosedur berlangsung,” katanya yang mengakui pesakit akan kembali normal pada tempoh 6 hingga 12 minggu selepas pembedahan.

Dr Tai berkata, pengurusan kesakitan juga lebih baik menerusi bius separa. Kaedah ini mengurangkan komplikasi selepas pembedahan, malah ia mengurangkan kesakitan kerana boleh diteruskan 36 hingga 40 jam selepas pembedahan.

Bagaimana dengan faktor usia? Menurut Dr Tai, usia juga bukan isu kerana pesakit paling tua yang pernah menjalani prosedur ini untuk kedua-dua lututnya berusia 93 tahun,” jelas Dr Tai yang mengendalikan lebih 2000 prosedur sepanjang 15 tahun berkhidmat.

Apa dikesali, walaupun kejayaan prosedur ini mencecah 90 hingga 97 peratus, salah tanggapan dalam kalangan masyarakat menyebabkan mereka lebih rela menderita dalam diam. Berbanding Australia yang mencatatkan 60,000 prosedur gantian sendi pinggul dan lutut setahun, hanya 6,000 prosedur dijalankan di Malaysia setahun, bukan kerana jumlah pesakit yang tidak ramai tetapi rasa takut pada kesakitan, kurang yakin dengan kejayaan prosedur dan tidak yakin dapat berjalan semula.

Rakyat negara Eropah yang mengalami masalah ini akan sedia melakukan prosedur sebaik dicadangkan pakar sebaliknya di Malaysia, kebanyakan pesakit yang datang sudah terlambat kerana hanya mendapatkan rawatan selepas mengalami masalah sendi serius.

Jelas Dr Tai, kriteria pesakit yang layak menjalani prosedur ini antaranya sudah menderita sakit sekian lama, pernah menjalani pelbagai rawatan awal (konservatif, nutrisi tambahan, fisioterapi, mengubah gaya hidup, mengurangkan berat badan), kaki sudah mula berubah bentuk atau cacat.” tambahnya.

“Mengapa saya begitu menekankan pilihan prosedur ini adalah kerana kita punya kepakaran itu dan pesakit tidak perlu menderita sekian lama dan hakikat bahawa rawatan dan prosedur itu yang boleh memberikan mereka harapan untuk kembali menjalani kehidupan yang gembira, normal, aktif dan bebas dari kesakitan.”

'Lutut sakit, kehidupan terjejas

EMPAT tahun lalu, kehidupan Chew Nam Heng, 63, mula suram dan diselubungi kesakitan tanpa mengetahui kesihatan kedua-dua sendi lututnya mula merosot akibat usia yang semakin meningkat. Selepas beberapa lama mengadu sering kesakitan setiap kali berjalan, anak lelakinya mula membawanya bertemu pakar.

Selepas menjalani pemeriksaan termasuk imbasan sinar X, ibu kepada dua anak lelaki ini disahkan menghidap masalah osteoarthritis dan keadaan rawannya sudah merosot dan terjejas.

“Masalah rawan di kedua belah kaki menjadi semakin serius sejak dua tahun kebelakangan ini walaupun sudah mendapatkan rawatan awal. Saya cuba ubah gaya hidup, ambil nutrisi tambahan dan kurangkan berat badan dan pelbagai ubatan, namun itu semua tidak lagi berkesan,” katanya.

Kehidupannya ketika itu agak suram. Dia tidak gembira apabila tidak mampu melakukan perkara yang digemari. Chew juga tidak mampu berjalan tanpa alat bantuan malah duduk dan berbaring pun terasa amat menyakitkan. Dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh bertahan dengan kesakitan itu selama ini.

“Kesakitan yang dirasai ketika itu tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Kaki saya sentiasa kejang, teramat sakit dan mula berubah bentuknya,” katanya lagi yang turut dicadangkan menjalani latihan fisioterapi bagi menguatkan otot kaki sebelum meneruskan rawatan ke peringkat seterusnya.

Hanya selepas anak saya mendapatkan janji temu dan dirawat Dr Tai Cheh Chin dari Pusat Perubatan Sime Darby, saya semakin jelas dengan semua penerangannya mengenai pilihan rawatan terakhir yang ada iaitu menjalani prosedur gantian keseluruhan sendi untuk kedua belah kaki.

Seperti diberikan peluang kedua dalam hidup, Chew cukup berpuasa hati dengan hasil pembedahan yang dijalankan pada 6 Mei lalu itu. Mengimbas kembali proses pemulihannya selepas pembedahan Chew menjelaskan dia sudah mula menggerakkan kaki dan lutut beberapa jam selepas selesai pembedahan.

“Pada hari ketiga, Dr Tai meminta saya berdiri dan berjalan beberapa langkah dan tanpa saya sedari hanya selepas dua minggu saya sudah boleh berjalan sepenuhnya tanpa bantuan sebarang alat. Ketika itu saya merasa sangat hebat dan bertenaga semula untuk menjalani kehidupan.

“Saya merasa sangat bersyukur, bersemangat dan gembira, malah kehidupan saya juga mula berubah sejak kaki ini mampu berjalan dengan baik tanpa menderita sebarang kesakitan,” katanya yang masih mengamalkan pemakanan seimbang bagi mengawal berat badan selain pilihan diet berkhasiat.

Sehingga kini Chew yang menetap di Setia Alam, Selangor, masih mengamalkan senaman dan urutan secara betul yang diajarkan ahli fisioterapi bagi memastikan otot lutut dan kaki sentiasa kuat dan aktif. Dia juga lebih kerap keluar bersiar, bertemu rakan dan saudara mara serta boleh bermain dengan tiga cucunya.

INFO: Pasca prosedur
* Lutut pesakit yang kembali tegak sudah mula digerak dan di bengkokkan beberapa jam selepas pembedahan.
* Pergerakan lebih lagi sehari selepas prosedur.
* Mampu bangun dan berjalan beberapa tapak dua hari selepas prosedur.
* Hari ketiga mampu berjalan lebih baik lagi.
* Hari keempat dibenarkan pulang.
* Prosedur sebelah lutut - memakan masa tiga hingga empat hari.
* Prosedur dua belah lutut - lima hingga tujuh hari.




Petikan : BHarian 06/11/2011

0 KOMEN:

Catat Ulasan

Kongsikan komen anda di sini...

Related Posts with Thumbnails